Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mac 31, 2011

Sekiranya berlaku gempa bumi, larilah ke loji nuklear!

Cita-cita Nuklear Malaysia: Sebuah Harapan


“Sekiranya berlaku gempa bumi, larilah ke loji nuklear!” kata seorang pensyarah berkaitan teknologi nuklear di sebuah universiti di Jepun.

Biar pun berbunyi agak dramatik, konotasinya ialah keyakinan pakar-pakar nuklear Jepun terhadap tahap keselamatan loji nuklear di negara berkenaan. Dunia yakin, Jepun adalah benchmark yang wajar pada mengukur kematangan dan kemajuan teknologi nuklear.


Namun pada 11 Mac 2011 yang lalu, perhitungan manusia rebah pada kuasa alam. Gempa bumi pada magnitiud 9 dan Tsunami maha dahsyat, bukan setakat memusnahkan kediaman manusia dan meragut ribuan nyawa, loji nuklear Jepun turut terjejas teruk. Tiga letupan besar berlaku dan radiasi yang terlepas ke ruang udara menjadi kegusaran mega bukan hanya penduduk tempatan malah mendebarkan masyarakat antarabangsa.

Kita berhadapan dengan masalah yang serius.

Banyak negara, seperti India, segera menyemak dan menilai kembali projek masing-masing berkaitan nuklear. Eropah seperti Perancis dan Jerman juga bertindak sama.

Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini membuat kenyataan bahawa Malaysia akan meneruskan cita-cita nuklearnya menjelang 2021 dan 2022.

Nuklear adalah subjek yang rumit. Aspek teknikalnya hanya difahami oleh pakar-pakar, tetapi potensi dan risikonya ditanggung bersama oleh semua lapisan masyarakat. Rakyat sendiri tidak tahu apa yang hendak ditanya tentang nuklear ini. Kerisauan mereka hanya mampu diluahkan dalam bentuk soalan “selamatkah?”, “perlukah?” “mengapa tidak solar sahaja?” dan “empangan hidro itu tidak cukupkah?” yang mana kesemua soalan itu akan berbunyi penghinaan di telinga pakar yang telah membuat yang terbaik untuk kemajuan bidang mereka.

Namun kegusaran rakyat jangan diketepikan. Kerisauan mereka berasas. Bukan hanya semata-mata soal ‘kejahilan’ mereka tentang teknologi nuklear, tetapi ada isu yang lebih besar di sebalik itu.

Kita tinggal di sebuah negara yang maju tetapi jalanrayanya berlubang-lubang tanpa henti, stadium runtuh, sekolah roboh. Bakun diselaputi konflik dan amalan rasuah, nepotisme dan kronisme antara kerajaan, GLC dan sektor swasta, semua ini menjadi asas keraguan terhadap integriti kerajaan pada bertindak sebagai pelantik dan tulang belakang di sebalik pembangunan stesyen janakuasa nuklear negara.

Tambahan pula, kebebasan dokumen serta maklumat berkenaan hal-hal seperti ini teruji dengan akta-akta seperti ISA, OSA dan yang seumpama dengannya.

Apatah lagi jika aspek pelan bencana yang turut membabitkan kepakaran perubatan kecemasan, turut tidak jelas di mata rakyat, apakah kita mempunyai sistem sokongan ini seperti apa yang ada di Jepun?

Justeru, kita berharap agar pihak kerajaan serta agensi terbabit lebih bekerja keras pada mendidik rakyat agar berpengetahuan setanding dengan teknologi nuklear. Perlu telus dan jelas pada membentangkan maklumat yang diperlukan kepada rakyat dan wakil-wakilnya di Parlimen.

Jangan hanya mengambil teknologi secanggih Jepun, namun pastikan integriti kita lebih maju daripada mereka kerana kita adalah MUSLIM yang ISLAM!

Nuklear pun, ada dosa dan ada pahala. Ada Syurga dan ada Neraka. Jangan mencipta Neraka Dunia.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive