Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mac 30, 2011

SPR letak ‘hantu’ di rumah ibu saya – Azmin


SHAH ALAM: Jika daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diguna pakai, rumah ibu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, ada ‘hantu’.
Bercakap pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, Azmin (KEADILAN-Bukit Antarabangsa), berkata terlalu banyak pengundi hantu muncul dan bilangannya bukan satu tetapi lapan karakter.
“Kalau ikut istilah pengundi hantu sebenarnya orang yang mati dihidupkan semula tetapi yang berlaku kini melibatkan penambahan pengundi dan pengalihan nama-nama pendafar.
“Contohnya, rumah ibu saya didafarkan seramai lapan orang dengan kaum Cina dan India sedangkan ibu saya tinggal seorang diri dan saya tidak mempunyai adik beradik kaum lain,” katanya yang menyifatkan SPR sebagai kuda tunggangan Umno.
Pendedahan itu menunjukkan daftar pemilih atau pengundi SPR tidak bersih hingga menimbulkan banyak keraguan besar walaupun pimpinan Umno kerap menyebelahi SPR yang didakwa mereka sebagai ‘telus’ dan ‘cekap’.
Beliau yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata, pengundi hantu yang diwujudkan Umno pasti akan mengundi parti pemerintah itu untuk dijadikan sebagai taktik kemenangan pilihan raya akan datang.
“Ikut tradisi, pengundi hantu akan undi Umno, kerana hati mereka juga mati. Mereka akan memberikan kemenangan kepada Umno,” katanya.
Azmin juga menyarankan kerajaan negeri supaya melakukan pemantauan terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana beliau mendapat maklumat jabatan itu menjalankan ‘kerja kotor’ selepas waktu kerja.
“Kerajaan negeri perlu pantau JPN kerana mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing yang dilakukan selepas waktu kerja.
“Perkara itu berlaku di Sepang yang didakwa lebih 200 orang diberi kad pengenalan kerana sedar rakyat negara ini tidak memberi sokongan dan terpaksa bergantung kepada warga asing,” katanya.keadilandaily

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive