Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mac 16, 2011

Dana Awam : Putrajaya Anak Tirikan Negeri PR


SHAH ALAM 15 MAC : Kerajaan Persekutuan Umno-Barisan Nasional menganak-tirikan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat dalam pengagihan peruntukan sungguhpun Selangor dan Pulau Pinang menjadi tonggak utama ekonomi Malaysia, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebagai contoh, Selangor menyumbang RM16 bilion setahun kepada Kerajaan Persekutuan tetapi hanya diberikan RM400 juta setahun atau 2.9 peratus…ini adalah jumlah yang tidak munasabah,” tegas Anwar.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan wacana berjudul Federalisma : Keadilan Dalam Pengagihan Kekayaan Negara di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam.

“Amat jelas bahawa beberapa prinsip asas Perlembagaan bersabit hak-hak negeri semakin terhakis…bukan sahaja yang membabitkan Sabah dan Sarawak tetapi juga di negeri yang ditadbir oleh PR,” tambah beliau.

Anwar berkata sebelum pilihanraya umum 2008, negeri-negeri seperti Selangor yang ditadbir oleh BN menerima dua kali ganda peruntukan daripada apa yang diberikan ketika ini.

Beliau yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat berkata Perlembagaan Malaysia memperuntukan bahawa jumlah peruntukan untuk negeri harus berasaskan formula tertentu termasuk jumlah kepadatan penduduk.

"Yang kita pertikaikan ialah, mereka (kerajaan pusat) tidak mempunyai kaedah yang tetap dan rasional. Jika negeri itu diperintah oleh Pakatan Rakyat, maka peruntukan di sekat, malah untuk Pulau Pinang jumlah peruntukan adalah lebih kecil" kata Anwar.

Pulau Pinang menyumbangkan hasil cukai RM2.5 billion kepada kerajaan persekutuan dan merekodkan Keluaran Dalam Negara Kasar RM48 bilion pada tahun lalu. Namun peruntukan Putrajaya untuk kerajaan negeri pimpinan PR itu hanya sekitar RM150 juta.

Anwar berkata beliau peka kepada keperluan Kerajaan Pusat membela nasib penduduk di negeri-negeri yang kurang maju dan justeru itu memerlukan peruntukan yang lebih tinggi.

“Saya menerima prinsip itu. Tetapi jelas mereka (kerajaan pusat) tidak mempunyai kaedah pengagihan yang rasional dan konsisten. Jika negeri itu ditadbir oleh Pakatan Rakyat , peruntukan serta merta disekat,” kata Anwar.

“Kami terima hakikat bahawa BN adalah kerajaan pusat dan mempunyai kuasa untuk menguruskan dana awam dan dasar-dasar tetapi mereka harus mengiktiraf mandat penduduk di negeri-negeri (pimpinan Pakatan),” kata Anwar.

“Ini bukan soal menyusup kuasa Kerajaan Persekutuan dalam pengagihan peruntukan. Namun amalan Kerajaan Pusat bertindak secara tidak telus dan konsisten dalam mengagihkan peruntukan tidak boleh dipertahankan," tegas Anwar.

“Tidak lojik jika negeri-negeri PR diberikan hanya 2.9 peratus dan negeri-negeri pimpinan Umno-BN diberi 20 peratus. Saya menekankan pengagihan peruntukan harus berlandaskan sistem yang rasional dan berpaksi kepada ketelusan dan prosedur kewangan yang ditetapkan,” kata beliau.

“Tidak apa jika negeri-negeri miskin diberi peruntukan lebih, namun di Selangor juga bukan semua rakyatnya berpendapatan tinggi. Justeru mereka juga harus dibantu. Kita seharusnya memberi pertimbangan kepada kawasan-kawasan di mana penduduknya di pinggirkan,” kata Anwar.



tvs


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive