Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mac 14, 2011

RUMAH ADUN PKR DIPECAH MASUK



Rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang dipecah masuk dipercayai antara tengah malam hingga awal pagi ini. Beliau telah menemui keadaan rumahnya yang dimasuki dengan beberapa laci telah digeledah. DUN Teja terletak di dalam Dewan Undangan Negeri Perak. Gambar: Lih Kang sedang memberi keterangan dalam laporan kepada pihak polis di kediamannya.

Melalui penulisan Lih Kang di dalam laman Twitternya itu, bilik stor dan dapur rumahnya juga turut diselongkar. Lih Kang merupakan pemimpin PKR di negeri Perak. Beliau tidak mengesyaki rumahnya dimasuki oleh pencuri kerana barangan berharga tidak disentuh.

“Bilik stor pun kena selongkar, apa sebenarnya mereka (pencuri) mahu?” tulisnya yang diterjemahkan dari bahasa Inggeris.

“Dapur juga. Cari makankah?” sindir beliau.

Beliau melalui Twitter itu juga, dengan mengambil kira kejadian itu telah mengkritik statistik jenayah menurun yang kononnya didakwa oleh pihak PDRM.

Beliau dilihat yakin ada motif tertentu selain rompakan atau kecurian yang menyebabkan kediamannya itu dipecah masuk.

Setakat ini, laporan polis sudah dibuat dan polis sudah mengambil keterangan beliau berdasarkan gambar yang dipaut pada twitternya. Maklumat terperinci berkaitan kejadian belum diketahui, setakat ini.

Lih Kang menjadi Adun Teja selepas mengalahkan calon Barisan Nasional, Yeu Sau Kham dengan majoriti sebanyak 175 undi, pada pilihan raya umum (PRU) ke-12. Beliau memperolehi 6,533 undi berbanding lawannya 6,358 undi.

KL-Today.com


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive