Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mac 24, 2011

23 Mac 2010,hari pembalasan kecil kepada si pendusta besar!

Detik Terbaik Melebur Fitnah 1, 2 dan 3 !! (WAJIB BACA!!!)

Jam 2.48 am, malam ini walaupun aku belum tidur, jiwa aku rasa tenang. Kalau nak tidur pun bila-bila masa boleh lelap. Tapi sebab nak menulis sikit tentang rentetan peristiwa tiga hari ini, aku mengambil keputusan untuk tidur lewat sikit walaupun esok kerja. Menulis dengan bahasa yang santai.


Aku yakin malam ini tidur aku nyenyak, begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangan, blogger, penyokong Pakatan Rakyat dan bakal pengundi baru Pakatan Rakyat (setelah melalui detik dua hari ini semenjek video seks halal ditayangkan di hotel terkemuka negara) dan semua yang berjuang menegakkan keadilan, pasti akan tidur nyenyak.


Tak tau lah pulak apa nasib Najib dan gerombolannya yang sudah terkantoi sepanjang hari ini. Sudah tidur ke belum si Najib? Sudah tidur ke belum wahai datuk-datuk 'T' stooges?


Pertama, aku bersyukur kepada tuhan kerana telah menerbitkan secebis kebenaran. Benarlah bahawa doa orang-orang yang teraniaya akan diangkat tanpa hijab lalu dimakbulkan. Kesempatan ini ingin aku ceritakan detik-detik penting yang aku lalui sejak semalam yang menjadi crucial time kepada perlawanan menentang fitnah demi fitnah. Ia seolah-olah satu kemuncak kepada beberapa siri fitnah yang tiap kalinya menemui kegagalan walaupun dirancang dengan bantuan yahudi lakhnatullah.


Bermula kelmarin (21 Mac 2010), pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan satu BBM yang mengatakan sekumpulan wartawan akan dipanggil untuk sesi tayangan video seks yang membabitkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Aku terus check twitter, memang benar bahawa satu tayangan lucah akan berlangsung di Carcosa Sri Negara.


Bayangkan sekiranya rakyat awam seperti aku telah ketahui lebih awal aktiviti jahat ini, mengapa tidak pihak polis yang punya intel mengambil tindakkan wajar? Contoh tindakkan ialah menahan Datuk T dan merampas klip video yang ditayangkan. Tetapi ia tidak berlaku!


Dalam masa yang sama, aku terfikir di manakah anak muda dari AMK pagi-pagi Isnin itu? Adakah mereka bangun lewat pada hari tersebut? Sepatutnya AMK harus bertindak pantas menghimpit perjumpaan di Carcosa yang menjurus kepada penayangan video lucah kononnya membabitkan Anwar Ibrahim. Mengapa aku katakan membabitkan Anwar ialah kerana Datuk T sendiri mengatakan pemimpin PR terlibat itu harus berundur bersama isterinya! Ini bermakna isteri si tertuduh adalah merupakan seseorang yang mempunyai jawatan dalam parti, yang membolehkan satu ugutan supaya berundur telah berlaku. Polis masih tidak mengambil tindakkan, begitu juga dengan kelembapan AMK.


Ketika itu aku yakin bahawa bukan Anwar Ibrahim yang terlibat. Aku tidak akan mudah terbeli dengan penyebaran berita Anwar Ibrahim melanggan pelacur di spa, begitu juga dengan kepimpinan PR yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim.


Sekiranya Anwar adalah orangnya, maka wajar Anwar Ibrahim berundur. Aku petik quote ini dari che'GuBard. Apa yang salahnya kenyataan ini berbanding dengan kenyataan "Tidak kira walau Anwar dalam video itu ataupun bukan, kita tetap mahukan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Pakatan Rakyat"? Apa yang penting adalah keyakinan kita sejak azali, kerana ini adalah fitnah ke-tiga buat Anwar Ibrahim. Apa yang jauh lebih penting ialah, peranan kita menyampaikan kebenaran kepada pelbagai lapisan masyarakat agar mereka juga yakin seperti apa yang kita yakin - Anwar tidak terlibat dalam Fitnah 1, 2 atau 3! Baca lagi kenyataan che'GuBard dan fahamkan dalam tajuk "Isu video : awat anak muda kalut ?"


Masuk tarikh 22hb, keadaan tiba-tiba berubah apabila tersebarnya berita yang menyatakan pelakon dalam video seks itu berperut buncit walaupun irasnya seperti DSAI. Ketika ini, blog-blog pro-BN yang berpesta sehari sebelumnya dengan kenyataan Anwar Ibrahim lah lelaki X dalam video tersebut, telah mula bertukar rentak dengan sungguh-sungguh mengatakan video itu direkayasa oleh Anwar Ibrahim.


Blogger murahan Zul Nordin sudah langsung diam seribu bahasa. Aku malas cerita pasal YB binatang nie, kalau nak baca klik di entry "Ahli Parlimen Binatang Punya Teori Bangsat Junjung Pemerintah Zalim". Zul Nordin juga sungguh-sungguh mengatakan video seks itu kerja DSAI untuk mengalih perhatian mengenai penyerahan DNA.


Kemudian datanglah tanggal 23 Mac 2010, tarikh yang harus dikenang sebagai hari pembalasan kecil kepada si pendusta besar. Pagi-pagi lagi Malaysia dikejutkan dengan keputusan mahkamah yang menterbalikkan keputusan awal, apabila dengan dengan tidak semena-mena menerima semula bukti DNA lokap yang telah ditolak sebelum ini. Bayangkanlah jika hakim dah jatuh hukum, tapi menarik balik hukuman tersebut tanpa alasan munasabah. Ini sesuatu yang agak pelik seumpama ada yang tidak kena di sebalik penyebaran betapa Anwar Ibrahim tidak sebuncit si pelakon porno.


Memang masa itu semua syak ada yang tak kena sebab skandal video seks dikatakan sudah gagal, tetapi belum kantoi lagi ketika itu. Rakyat kebanyakkan yang mengikuti skandal video seks ini telah lebih ramai yang meragui daripada mempercayai.


Tiba-tiba seorang sahabat aku yang bernama ephol telah menjumpai satu berita dari MalaysianUnpluge yang mendedahkan siapakah Datuk 'T'. Entry tersebut di sini, dan entry ini meletup kerana belum ada pendedahan lain dalam entry pro-pakatan rakyat yang regular. Sewaktu entry tersebut dipublish, aku dapat beberapa panggilan yang bertanya akan kesahihan maklumat yang aku dapat. Belum sempat aku jawab, kira-kira sejam selepas pendedahan di blog edyesdotcom, maka hadirlah kenyataan akhbar yang merungkai segala persoalan, yang mengsahihkan sebijik-sebijik dengan maklumat awal yang dipapar sebelumnya.


Maka tidak hairanlah mengapa mahkamah menterbalikkan keputusan asalnya apabila tetap menerima DNA yang diperolehi secara tidak sah. Apakah rakyat semua tidak sedar lagi? Adalah menjadi tanggungjawab pembaca blog edyesdotcom untuk sampai menyampaikan kebenaran. Pikullah amanah ini dengan yakin!


Syabas dan tahniah YB Johari Abdul kerana berani dan tidak tumbang dengan umpan yang dilempar. Kenyataan YB Johari kemudiannya dipublish dalam entry "Kenyataan Akhbar Dato Johari Merungkai Segalanya !!!" . Sebuah kenyataan yang mendedahkan modus operandi UMNO memikat ahli parlimen Pakatan Rakyat bagi melunaskan nafsu mereka dengan cubaan mencukupkan bilangan majoriti dua per tiga Dewan Rakyat.


Sedari tidak, perancangan jahat ini juga merupakan satu cubaan checkmate buat Anwar Ibrahim kerana dengan pelbagai tohmahan termasuk dua siri fitnah, DSAI diyakini tidak akan mampu lagi menahan beban satu lagi fitnah lebih besar dan jahat biarpun ia secalit persepsi, ia akan memusnahkan terus karier DSAI. Ini dinamakan political assasination. Namun, Allah itu maha pengasih dan penyayang, tidak membenarkan negara Malaysia terus hanyut. Justeru itu, kita harus bersyukur kerana kebenaran itu tiba tepat pada masanya.


Najib sudah pening, Muhyidin sudah semak, Datuk 'T' stooges sudah tak tahu mana mau lari, cybertrooper UMNO sudah ontok seontoknya, Zul Kulim dah surrender dek dua kenyataan baghalnya yang tidak menepati sasaran dari awal hingga akhir. Binawe sungguh, aku masih petik namanya. Penyokong tegar UMNO yang tiada kepentingan mulai rasa menyesal dan rasa bersalah, bukan kepada Anwar Ibrahim, tetapi kepada apa yang mereka dukungi selama ini. Penyokong atas pagar sudah mula memilih haluan yang lebih tepat, iaitu menolak regim jahat yang mengotorkan siaran tv dengan aksi berita lucah, lucah dan lucah!


Apa lagi idea yang masih belum digunapakai untuk menyelamatkan maruah UMNO apabila mereka yang terlibat adalah seorang pengerusi RISDA, seorang pembida jambatan bengkok dan seorang lagi adalah bendahari pejuang melayu tulen PERKASA. Ini dah menghampiri check-mate buat BN. Rakyat di bandar dan di kampung harus buka mata luas-luas! Lebih penting, pastikan maklumat ini sampai kepada semua.


Akhir sekali, timbul satu lagi cubaan penghabisan apabila Datuk 'T' stooges tampil dalam satu sidang media. Dengan membuat pengakuan oleh datuk Eskay sendiri berada dalam video seks tersebut, tanpa menyatakan kedudukkannya sebagai pelakon yang mana. Pelakon utama ataupun tambahan. Kegemparan ini dirakam dalam sebuah lagi entry yang bertajuk "Datuk Eskay: Saya Dalam Video Itu"


Kecelaruan tahap maksimum cuba ditimbulkan daripada sidang media ini. Tiba-tiba juga beberapa menteri melenting dengan mengatakan UMNO dan kerajaan BN tidak terlibat. Tetapi persoalan lebih parah yang tertimbul secara automatis;


Mengapa RISDA terlibat sehingga dikatakan membuat tempahan dan membayar kos hotel Carcosa? PERKASA juga terlibat? Mengapa ketiga-tiga stooges ini masih belum ditangkap walaupun pengakuan penglibatan mereka dalam pembikinan dan penayangan video seks itu adalah sangat jelas?


Muka Datuk Eskay agak seiras dengan muka DSAI, mungkin perbezaannya adalah perut siapa yang lebih buncit. Adalah sesuatu yang janggal apabila dikatakan Datuk Eskay adalah teman rapat Anwar sebulan yang lalu, benarkah begitu??


Paling penting, mereka juga telah mengugut Anwar Ibrahim dan Kak Wan pada Isnin lalu supaya berundur dari jawatan dalam parti melalui satu video seks fitnah (yang akhirnya terbongkar dibikin sendiri). Kalau Datuk 'T' stooges menyuruh Anwar dan isterinya berundur, bukankah itu yang UMNO dan Barisan Nasional mahu supaya mereka selamat di PRU ke 13?


Akhir kalam, aku menyeru agar artikel peristiwa yang aku lalui sepanjang tiga hari berturut ini disampaikan kepada semua blog dan facebook. Aku yakin, rakyat hari ini telah terbuntang matanya menyaksikan kejahatan sebenar sebuah kerajaan terdesak yang ingin mempertahankan kuasa dengan slogan;


Biarpun hancur tulang belulang(rakyat), Putrajaya harus dipertahankan.


Hanya satu ayat yang bermain dalam kepalaku di saat ini;


"Wama karu wama karullah.. Allahukhairun makireen.." yang bermaksud "Kita merancang, Allah juga merancang.. Namun perancangan Allah itu lebih baik"


Takbir!!
Takbir!!
Di hari tumbangnya sebuah regim jahat, ketika itu jugalah sebuah REVOLUSI bermula !!




EDYES @ edyesdotcom


edyesdotcom

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

5 ulasan:

  1. dan 2 hari saya menangis semasa berdoa,kerana amat sedih mengenang nasib DSAI dan keluarganya,saya tahu ramai yang merayu supaya Allah kembalikan fitnah ini kepada pelakunya.(tidak kah mereka2 yang terlibat dan menyokong gerakan jahat ini terasa sekiranya perkara ini terjadi kpd keluarga mereka satu hari nanti).
    mereka2 yang muslim tidakkah mereka takut sekiranya nabi tidak mengaku kamu umat baginda kelak,
    Ya Allah cukuplah fitnah2 ini,kami terlalu kerdil,kami tidak terdaya melawan mereka,bantulah kami,kasihanilah kami semua,kembalikanlah fitnah2 ini ke lubangnya.kami takut terjerumus ke dalamnya.

    BalasPadam
  2. http://www.loginwang.com/?a=SITINURARISSADAMIA

    BalasPadam
  3. 1998 telah dicatat dalam sejarah. Reformasi dan kebangkitan rakyat hasil inisiatif Anwar mempertahankan diri telah disambut dengan begitu hebat sekali oleh rakyat.

    Pada waktu itu sebilangan rakyat mempercayai anwar bulat-bulat. kerana apa ? Kerana Anwar membawa ikonik kegemaran orang melayu bijak dalam mengupas isu agama,hebat berpidato, punyai karisma sebagai the next great leader. Segalanya yang hebat itu ada pada anwar.

    Aku yang ketika itu masih muda mendokong kuat perjuangan ini. bergolok bergadai segalanya kami lakukan demi untuk meneruskan aura anwar ibrahim. Meneruskan aura kerana pada waktu itu Anwar sudah ada di dalam penjara Sungai Buloh.

    Waktu berlalu. 1998 dan hari ini 2011 sudah hampir 12 tahun sejarah ini meninggalkan kita.
    Sepanjang saat-saat itu pergi berlalu kita dihidangkan gambaran sebenar Anwar Ibrahim.

    Satu demi satu hijab dibuka. siapa anwar, kenapa anwar dan mengapa anwar sudah mulai menimbulkan persoalan di kepala. Lina joy anak melayu yang murtad Anwar sokong. Katanya ini hak asasi manusia.

    Pra pilihanraya 2008 Anwar sudah mula menampak belang dendamnya. Habis semua institusi dan hak melayu diserang. Kenapa pembangkang sejak 1957 gagal mengambil alih kerajaan ?

    Kerana mereka tidak menyerang hak islam dan melayu. 1969 percubaan pertama telah dilakukan oleh Kit Siang. Memandangkan ia dilakukan oleh sebuah parti lahanat cina DAP, maka orang melayu mengambil keputusan untuk membalas biadap mereka dengan 'darah'.

    Anwar melihat move ini. Kepada yang anti status quo mereka ternanti-nantikan munculnya 'messiah melayu' yang berani untuk ganyang hak bangsa mereka sendiri. Muncul Anwar Ibrahim. Watak kesinambungan judas iscariot,utimutraraja,raja medeliar dan buang.

    Kronologi penceritaan bagaimana Anwar mengganyang, mempluralisme, menghina islam dan melayu sudah ada di benak pengetahuan anda.

    Kes liwat antara Anwar dan Saiful telah menceritakan akan satu perihal bab yang penting. apa yang pernah diceritakan/dilakukan oleh Dr Mahathir selepas 12 tahun baru sekarang rakyat faham maksudnya. Kes video seks yang bisa memamposkan karier politik Anwar telah membenarkan dakwaan Dr Mahathir 12 tahun yang lepas.

    Rakyat sudah tahu menilai siapa Anwar Ibrahim. Lakukan perubahan itu bila tiba masanya nanti.

    BalasPadam
  4. kes liwat pun dah kantoi...ada ka spenda tertinggal di umah kekasih ada bagai2 dna?
    ada ka sebelum kena liwat pi jumpa pm minta biasiswa?

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama25/3/11 7:11 PG

    Jgn buat konklusi bro...ianya baru bermula....sudah Menjadi bahan kes polis...relax...pengakuan dato eskay diexplotasi media pembangkang seolah Olah sebenarnya dato eskay mengaku beliau lah dlm video itu dan bukan anuar...pada hal dato eskay mengaku beliau ada dlm video itu tetapi tidak menyatakan sama ada beliau Pelakon utama atau tidak...jelasnya penhakuan dato eskay di manupilasi seolah kes Ini sudah berakhir.....malang buat pembangkang...mereka fikir rakyat bodoh....ramai yg sedang menunggu apa Babak seterusnya....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive