Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mac 27, 2011

Bukan Anwar dalam video itu – blogger Umno


KUALA LUMPUR: Selepas Datuk Johari Abdul dan Badrul Hisham Shaharin mengesahkan lelaki yang melakonkan pelakuan seks dengan seorang pelacur dalam video yang didalangi Datuk T, kali ini seorang blogger Umno pula membuat pengakuan yang sama – lelaki itu bukan Anwar.


Blogger berkenaan, Anuar Mohd Nor pada paparan blog Umno Reform mengakui lelaki yang melakukan hubungan seks dalam video yang didedahkan Datuk T, bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Mereka yang dipanggil pada petang/ malam 21 Mac 2011 – setakat ini membuat pengakuan bahawa orang dalam video itu bukan Anwar,” kata secara tidak langsung dalam blognya bertajuk ‘Pengakuan Anuar Mohd Nor’ bertarikh 25 Mac 2011.


Anuar mengakui blogger Umno yang disebut dalam kenyataan Badrul atau Chegubard sebelum ini dan menyertai Ketua Cabang KEADILAN Rembau itu untuk menonton video lucah di Hotel Carcosa, adalah beliau sendiri.


Paparan yang memuatkan kenyataan Anuar


“Saya perlu menyatakan bahawa orang yang dikatakan bersama Badrul Hisham Shaharin, merujuk kepada kenyataan media beliau – yang beliau rujuk sebagai: Blogger Umno itu adalah saya sendiri!” katanya.


Namun, pada halaman komen di blog Anuar, beliau dikecam hebat penyokong Umno yang mengunjungi laman web pro- Umno itu.


Keadilan Daily juga mendapati ramai blogger pro-Pakatan Rakyat memetik dan memaparkan entri berkenaan di blog masing-masing.



keadilandaily

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama28/3/11 8:16 PG

    itu lah dia blogger2 upahan umno sanggup mengiyakan yg pelaku dlm video seks itu anwar ibrahim walaupun hakikatnya mrk sendiri tahu bahawa yg melkukan adegan seks itu bukan dsai anwar tp ada insan lain yg menyerupai wajah DSAI tp krn duit sanggup terima dosa dan duit yg anda dpt itu adalah duit ISTIDRAJ makna nya duit yg x di berkati oleh Allah swt dan dgn duit itu kamu memberi makan anak isteri kamu dan kmdn akan lahirlah zuriat dan nasab keturunan kamu nanti yg x dpt membantu kamu apabila kamu dah berada di alam kubur sesungguhnya pada ketika dan saat ini lah kamu memerlukan doa anak2 yg soleh tp jika anak2 kita sendiri pun hidup nya kelak penuh dgn noda dan dosa bagaimana doanya nak di trima oleh Allah swt?..insaf lah kamu semua bertaubat lah sebelum terlambat...rezeki Allah ada di mana2 dan Allah lah yg memberi rezeki kpd setiap hamba2Nya

    BalasPadam
  2. terima lah hakikat Anwar bukan MAKSUM!!!!

    banyak dah ALLAH tunjuk buktinya..ngape masih nak tutup pekong lagi..

    kembalilah dengan perjuangan PAS yg dulu..bukan harapkan aura ANWAR..hingga PAS pula ditunggang DAP..

    BalasPadam
  3. Memanglah dia bukan maksum...
    tapi semua tu fitnah...
    dulu kes 1998 , sekarang fitnah 2011..
    cantik je timing video lucah tu keluar time nak dekat pilihan raya sarawak...
    kes mahkamah asyik pusing2 je sbb nak tutup kebenaran...
    yelah, org umno kuat makan duit rakyat..
    ada buat bantuan/derma nak tunjuk lebih2 macamlah tu duit SENDIRI...
    PADAHAL DUIT KERAJAAN DTG DARI RAKYAT...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive