Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mac 16, 2011

Antara Air Mani Anwar Ibrahim dan 35,000 Kitab Injil

Benarlah sebagaimana andaian penulis sebelum ni dan telah dijangka banyak pihak bahawa Kerajaan UMNO-BN terpaksa tunduk kepada desakan MCA dan pelbagai pihak supaya melepaskan penahanan Injil dalam bahasa melayu untuk edaran di Semenanjung serta Sabah, Sarawak. Nampaknya terkedu segala pencacai UMNO-BN serta bloggers mereka apabila selama ini Pas & PR yang jadi mangsa tuduhan dan fitnah mereka.

Meskipun pembicaraan Kalimah Allah belum lagi selesai tetapi demi kelangsungan nyawa BN khususnya sebelum menghadapi pilihanraya Sarawak, Injil berbahasa melayu ini perlu dilepaskan untuk edaran.

Meskipun PM atau TPM tidak mengumumkan bahkan Menteri yang bertanggungjawab iaitu Datuk Hisyamuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri terpaksa tekup batu… Datuk Idris Jala, seorang kristian Sarawak mengumumkan bagi pihak UMNO-BN yang malu-malu kucing. Kot-kot orang melayu dan penganut Islam marah.

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan pengeluaran dan pengedaran secara terhad dan terkawal Kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan di Pelabuhan Kuching Sarawak, dan Pelabuhan Klang, Selangor. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dalam satu kenyataan berkata, langkah kerajaan ini adalah selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Sejak peruntukan undang-undang itu digunakan pada tahun 1982, tiada sebarang masalah atau isu yang timbul dengan pelaksanaannya," katanya.

Selain itu, Idris berkata kajian teliti oleh Jabatan Peguam Negara juga mendapati pengeluaran kitab-kitab itu tidak akan mengangggu dalam prosiding mahkamah berkaitan penggunaan kalimah "Allah". "Oleh itu, dalam konteks berikut Kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan buku Kitab Injil tersebut," katanya. Menurutnya, Kerajaan Sarawak juga bersetuju dan berpendapat bahawa penahanan buku Kitab Injil yang telah sekian lama ditahan seharusnya dikeluarkan. Idris, yang merupakan penganut Kristian berasal dari Sarawak, juga telah berhubung dengan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) bagi pihak Kerajaan.

Hah! Menteri yang jaga hal ehwal Islam kat mana? Bukankah UMNO-BN yang mempertahankan kedaulatan Islam, bangsa dan bahasa melayu. Islam sebagai agama rasmi Negara dan meskipun agama lain boleh diamalkan tetapi tidak boleh menyebarkan agama lain dikalangan rakyat tempatan.

Nampaknya, dinegara Islam sebagai agama rasmi, mengimport buku agama Islam lebih sukar kerana ditapis pihak kerajaan dan terpaksa diluluskan JAKIM dahulu berbanding import bahan dakwah kristian. Nak mengajar agama Islam lebih sukar kerana memerlukan permit pejabat agama berbanding membawa penceramah paderi atau tok sami dari Sri Langka. Nak buka pusat pengajian Islam lebih payah dengan kerenah birokrasi Pejabat agama berbanding buka pusat karaoke.

Nak harapkan siapa? Nak harapkan pemimpin UMNO dan geng songkok tinggi? Hah! Ya. Satu demontrasi akan diadakan hari ini… nak bantah Naskah Kitab Injil ke? Tidak. Tetapi nak tutup isu pelepasan pengedaran injil ini dengan isu DNA Anwar Ibrahim. Mahalnya nilai dan harga air mani Ketua Pembangkang ni sehingga terpaksa mengerahkan 300 NGO dan demontrasi seluruh Negara, nakkan setitik air mani Anwar Ibrahim.

300 NGO berhimpun hari ini
utusanputrajaya@utusan.com.my

PUTRAJAYA 15 Mac – Gabungan NGO Malaysia (GNM) yang mewakili 300 pertubuhan akan mengadakan perhimpunan dan mengeluarkan kenyataan bersama untuk mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) secara sukarela. Setiausaha gabungan itu, Mohd. Jurit Ramli berkata, perhimpunan yang akan diadakan di Hotel Grand Season di ibu negara esok itu bertujuan menegakkan keadilan untuk semua pihak yang terlibat dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu. ‘‘Rakyat Malaysia ingin mendapatkan penjelasan daripada Anwar kenapa masih enggan menyerahkan sampel DNA sekiranya beliau tidak bersalah. ‘‘NGO di Malaysia juga mahu memastikan keadilan ditegakkan untuk semua pihak terutamanya Mohd. Saiful Bukhari, insan kerdil dan tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sekarang isu yang memalu dan memualkan yang dijaja oleh UMNO-BN. Wanita & Puteri UMNO berdemo nak tuntut underware, air mani atau bulu Anwar Ibrahim. Perkara taboo dan masyarakat kini diangkat menjadi isu Keselamatan Negara. Nak cakap pun geli gelemang... kini jadi isu nasional.

Dunia dok sibuk isu tsunami dan isu radiasi nuklear… UMNO dok usung isu nak bulu! nak underware :) ... Lawak! Lawak!


ustsaifulbahri

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

6 ulasan:

  1. PAS PUN SOKONG DAN MINTA DILEPASKAN AL KITAB BIBLE,DEMI PAKATAN HARAM PR..

    BalasPadam
  2. Dalam perlembagaan diperuntukkan kebebasan Beragama .

    Mengharamkan penggunaan bahasa melayu dan indonesia dalam kitab injil , adakah ini dikatakan kebebasan beragama.

    BalasPadam
  3. Itu bukan soalnya..yang menjadi isu adalah penggunaan kalimah ALLAH yang telah disalah guna olek pihak tertentu.Yang betul telah diputarbelitkan. Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya adalah tidak ADIL yang boleh membawa kepada kerosakan AKIDAH umat Islam.

    BEBAS beragama hanya dalam perlembagaan. Perlembagaan hanya menyatakan bebas beragama.Tetapi disisi ISLAM, tetap ISLAM. Murtad hukumnya bunuh. Namun perlu diteliti bagaimana cara perlaksanaannya.

    http://soaljawab.wordpress.com/2007/05/18/sekilas-berkenaan-hukum-murtad/

    -PAS tidak sokong kepada penggunaan kalimah ALLAH dalam kitab itu.hanya ulasan diberikan.

    http://amenoworld.blogspot.com/2011/03/panas-harun-din-tidak-setuju-bible.html

    Baca baik-baik sebelum komen.

    Kepada wintergurl,anda harus faham sensitiviti agama. Perlu diingatkan sekali lagi bahawa dalam kitab itu menyatakan penggunaan kalimah ALLAH. Namun penggunaan kalimah ALLAH tidak meletakkan ALLAH pada tempatNYA sekaligus mengelirukan umat ISLAM. AKIDAH menjadi terpesong. Sebab itulah ia menjadi suatu isu. Tiada halangan untuk mengedar TETAPI tidak adil untuk menggunakan kalimah ALLAH bukan pada tempatnya.

    BalasPadam
  4. gua setuju bila sebut allah,ia adalah zat yg maha suci bagi kita org islam. tapi bila org lain guna allah ada kah ai nya terpelihara kesucian nya kerna org lain ada banyak allah

    BalasPadam
  5. Saturday, March 19, 2011
    HARON TAIB DESAK ANWAR BAGI DNA !
    ketua dewan ulamak pas, dato haron taib dah declare untuk desak anwar bagi DNA dan mintak anwar jelaskan perjuangan pluarisme agamanya..

    kepada anak muda yang tak kenal haron taib, dia ni pemimpin pas yang anti syiah. dia sebenarnya lebih kuat posisinya daripada presiden pas.

    persoalan...adakah ini signal bahawasanya kumpulan perpaduan mahu pas keluar dari gabungan pakatan.

    segalanya mungkin sahabat. haron taib adalah player lama pas.

    ingat lagi kes perpecahan barisan alternatif (gabungan pembangkang) yang pernah diwujudkan selepas pilihanraya 1999 ? barisan alternatif berpecah kerana haron taib bertegas mahu pas meneruskan dasar hudud dan negara islam di kelantan dan trengganu.

    haron taib sudah melihat akan liabiliti politik yag terpaksa pas tanggung demi mendukung biawak hidup si anwar ibrahim.

    kupasan menarik mengenai isu ini. KLIK SINI
    Posted by GAP KEMBALI at 6:00 PM

    BalasPadam
  6. lantak ler apa nak buat pong....kalau buat industri sex lagi bagus iji' =q39d 3t4t

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive