Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, April 10, 2009

ANDAI BATANG AI DAPAT DIGENGGAM BERSAMA DUA BUKIT



Pinjam senikata lagu indon yang sedang bermaharajalela di HOT FM kini.Coba kau coba.Cuba hangpa bayangkan,alangkah indahnya jika Pakatan Rakyat(PR) dapat menang pilihanraya di Batang Ai sekaligus bersama 2 bukit iaitu Bukit Selambau serta Bukit Gantang.Dah tentu BN menggelabah kura wa cakap lu.Maka jelaslah lagi pandangan ramai BN sedang nazak.

Aku rasa tak mustahil kalau rakyat di sana faham seperti apa yang rakyat di semenanjung faham mengenai falsafah perjuangan PR.Kemungkinan untuk menawan Batang Ai memang ada jika strategi dan jentera pilihanraya yang kuat seperti di semenanjung dapat di ekspot ke sana.



PR tewas di sana kerana kurangnya penerangan kepada rakyat di pedalaman yang hanya mengenal simbol dacing,di mana telah berpuluh tahun mereka memangkah simbol yang sentiasa dihati mereka.Calon yang kita pertaruhkan di Batang Ai baru-baru ini juga pernah menggunakan simbol dacing semasa bertanding atas nama BN,jadi mereka mungkin terkeliru menyangka calon kita masih menggunakan simbol dacing.

Untuk merealisasikan impian menakluk Batang Ai amat sukar jika pemimpin Pakatan Rakyat jarang-jarang turun beramah mesra dengan penduduk setempat di sana.Selain daripada itu penyebaran maklumat mengenai PR di kalangan masyarakat di sana juga penting dalam memperkenalkan simbol parti kepada mereka.PR perlu menajamkan lagi fokusnya di Sabah dan Sarawak.Maklumlah kedudukan yang jauh dari ibunegara memerlukan fokus yang berkeupayaan tinggi supaya segala isyarat dapat dilihat dengan jelas.

Jika PR nekad dan tekad dalam usahanya itu,pasti impian PR untuk menawan Batang Ai akan terlaksana.Malah bukan saja Batang Ai boleh ditawan,beberapa lagi batang serta bukit-bukit di Sabah dan Sarawak juga akan berada di dalam genggaman PR selepas ini.



Biaqpila...apa ada hal.


description: pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya,kecil,parlimen,dun,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru,altantuya

4 ulasan:

  1. nak bawa peti undi pun kena pakai heli... bayangkan lah...

    BalasPadam
  2. tu lagu faizal tahir. tp indon punya bhasa. ish2

    BalasPadam
  3. la...mati-mati aku ingat lagu indon..dia tiru sebijik macam indon ek...

    BalasPadam
  4. Sorry..... Batang Ai majoriti penduduknya tinggal d rumah panjang & hanya menonton TV1,TV2 & TV3. No internet so they can't c what written in the Blog or whatever...... $$ is very important for the Iban those live in the long house so BN got the advantage over the disadvantage. If Pakatan Rakyat want to win..... I suggest they ask the local Sarawakian to give the speach.......

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive