Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, April 06, 2009

Bila Nga Kor Meng (Adun DAP Perak) membaca ayat Al-Quran

142-Ni lagi satu berita gila dan magic.

Al-Qur'an bagi wa memang satu mukjizat. Ramai gila orientalis ngaji Qur'an lalu dia masuk Islam. Hebatnya Qur'an sampai sekarang takda sorang pun ahli pujangga dapat tiru hatta satu ayat. Sebagai orang Islam kita seharusnya bangga. Rasulullah dulu berdakwah takda pulak dia larang orang kafir ni baca Qur'an. Tak kiralah kafir harbi atau dzimmi. Moga-moga dengan baca Qur'an jiwa mereka dilimpahi hidayah untuk mendekati Islam seterusnya memeluk Islam. Kalau dia nak putar kita ada 14 mufti bersedia untuk turun medan perang. Jangan risau. Mesir pun ada 1 je mufti. Bermakna agama Islam di Malaysia terkawal rapi. Haha...

Tapi ni ada kisah pelik..

Lima orang dari Barisan Bertindak Perpaduan Melayu di ketui oleh Osman Abu Bakar telah membuat satu laporan polis di IPD Taiping.

Laporan ini dibuat ke atas YB Nga Kor Meng (Adun DAP Perak) kerana membaca ayat Quran.

***
Gua dah cakap, orang Malaysia memang ajaib!!
Untuk pengetahuan Encik Osman, al-Qur'an dikaji oleh semua bangsa dan agama diseluruh dunia. Hatta di Cambridge, MIT dan juga Oxford. Apatah lagi di Bandung Indonesia dan juga di Filipina. Juga di Peranchis dan Belanda. Beribu universiti seluruh dunia ada simpan al-Qur'an untuk kajian para sarjana dan pelajar mereka. Bermakna al-Qur'an teramatlah universalnya. Terjemahannya juga melangkaui beratus bahasa. Bermakna en. Osman terpaksa buat jutaan laporan polis di IPD Taiping bagi menunjukkan prihatinnya en. Osman pada al-Qur'an.

Nak tanya en. Osman la. Tajwid dah khatam?

lamputih.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama6/4/09 10:01 PG

    hahaha..bangang la depa semua, dh tau benda tu panduan akhir zaman. Dah tu terang2 dah kata dulu mmg diturun kan utk Umat Muhammad x kira la apa agama. Depa ni nak kena p skolah balik la tu. Wat malu jek ngn yg bukan islam. Depa lg bagus dn tau apa dok ada dlm Quran tu.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive