Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, April 06, 2009

Bukit Selambau : LAPORAN TERKINI

Berita mutakhir dari Yayasan Aman, Bukit Selambau

10.15 pm
Trafik ke dua hala bergerak perlahan di hadapan Yayasan Aman dan di kawal dengan ketat oleh polis trafik. Pengunjung masih mendatangi tapak ceramah untuk menantikan Anwar menyampaikan ceramah terakhirnya pada hari ini. Helikopter polis kedengaran berlegar-legar menlepasi tapak ceramah.

10.00 pm
Ketibaan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ke Yayasan Aman. Penceramah seterusnya dari DAP sedang menberikan ucapan. Orang ramai membanjiri ruang hadapan pentas serta memenuhi padang berhampiran untuk menjamu selera di samping mendengar ceramah. Dua skrin besar disediakan untuk pengunjung mengikuti ceramah pada malam ini.

9.45 pm
Suasana di Yayasan Aman dipenuhi oleh pengunjung dan masih ramai lagi sedang menuju ke sini untuk mendengar ceramah terakhir untuk kempen pilihanraya ini disampaikan oleh Anwar. Cuaca cerah dan ramai pengunjung mendengar ceramah dengan khusyuk.

9.15 pm
Ceramah perdana di Yayasan Aman yang dipengerusikan oleh Azhar telah bermula. Chegu Bard kini berada di pentas menyampaikan maklumat terkini. Beliau menyentuh mengenai siaran TV3 yang lebih banyak memapar dan melemparkan pelbagai tuduhan untuk mencemarkan imej PR manakala menyiarkan segala kebaikan BN agar pengundi menukar fikiran di saat akhir.

description: pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil,parlimen,dun,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru

xdakakai.blogspot.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive