Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, April 05, 2009

BUKIT SELAMBAU : TV3 DAN RTM JIKA BERANI SIARKAN CERAMAH TERKINI DS ANWAR

TV3 suku dan RTM yang merupakan talian hayat terakhir UMNO BN meneruskan tradisi berkempen untuk calon BN sempena 3 pilihanraya kecil ini.Terbaru media pengampu serta pembodek terbaik negara mengulang tayang ucapan DS Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1995.Dahsyatnya mereka melaksanakan tugas membodek,cerita lapuk tahun 1995 pun habis dikorek.

Pada ucapan itu DS Anwar menghentam pembangkang seperti DAP dan PAS.Memanglah Anwar berhak bercakap seperti itu kerana dia berada dalam kerajaan BN.Takkanlah masa itu dia nak kutuk kerajaan BN seperti sekarang ini.Nak mampus! Benda itu berlaku pun sudah 15 tahun.Keadaan sudah berubah kini.Tidakkah TV3 suku dan RTM tahu yang DS Anwar telah menjadi pembangkang? Ternyata TV3 suku dan RTM cuba memperbodohkan rakyat menjadi seperti mereka yang telah lama terperangkap dalam sangkar kebodohan.



Jika mereka pandai tentulah mereka menayangkan kata-kata DS Najib semasa berucap pada perhimpunan UMNO baru-baru ini yang mengatakan BN tidak akan melaksanakan lagi projek mee segera pada setiap kali pilihanraya dan kemudian tunjukkanlah koleksi mee segera yang telah dihidangkan kepada pengundi di Bukit Gantang atau Bukit Selambau atau Batang Air.

Media pembodek kelas tersendiri ini juga mengatakan DS Anwar sebagai talam dua muka.Terserlah lagi satu kebodohan media ini untuk memahami peribahasa yang dikatakan mereka itu.Adakah perbuatan yang dilakukan 15 tahun lepas dengan perbuatan yang dilakukan hari ini dalam suasana yang telah berubah boleh dikatakan talam dua muka? Tempoh 15 tahun masa yang lama di mana DS Anwar telahpun bertukar talam.Anwar sudah duduk dalam talam lain.Bagaimana mereka boleh mengatakan DS Anwar talam dua muka? TV3 suku dan RTM ini kenal atau tidak apa itu yang dipanggil talam?

Kenapa TV3 suku dan RTM tidak mengatakan Tun Mahathir sebagai talam 18 muka bilamana dia sering keluar masuk UMNO?Jawapannya mudah,budak darjah 3 pun boleh jawab, iaitu Tun Mahathir dah jadi orang UMNO.TV3 suku dan RTM pantang menghina orang UMNO.Pada mereka orang UMNO semua macam malaikat,tiada dosa.Kalau orang PAS walaupun taraf ulama takdak hal bagi mereka untuk menghina.

Kepada TV3 suku dan RTM usahlah mengulangsiar ceramah DS Anwar pada tahun 1995 itu,jika berani siarkan ceramah terkini DS Anwar.Bila diulangsiar,jadilah macam cerita lawak P.Ramlee.Hanya sesuai untuk bahan tertawa rakyat.

Biaqpila...apa ada hal.



-------------------------------------------------------------------------------------
description: pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil,parlimen,dun,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive