Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 08, 2009

Bukit Gantang - Renungan untuk pengundi UMNO BN



Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah s.w.t. PR telah menang dan UMNO telah kalah. UMNO pula tidak wujud di Sarawak. Maknanya yang menang di Sarawak bukannya UMNO. Tahniah dan syabas kepada semua pengundi dan petugas serta mereka yang mendoakan kejayaan PR dalam PRK ini....

Tetiba teman teringat pada MB DPulau. Mane idaknye, sepanjang jalan di PRK Bukit Gantang, gambor Zambry sama banyak dengan gambor Mail dan Najib. Gambor berdacing. Berbeza dengan PAS, gambor MB Nizar jer yang banyak. Malunye, tiga dacing lawan satu bulan. Bulan yang satu tu boleh kalahkan tiga dacing. Udahler kalah, tuaih teruih. Langsung tak berterima kasih pada pengundi deme.

Apa khabor Dr. Zambry Kadir? Mike tahukan, bahawa rakyat memang tidak restu mike jadi MB. Rakyat Perak tak sior mike jadi MB. Mike telah derhaka kepada rakyat Perak. Apa lagi alasan mike selepaih ini? Apa lagi alasan yang akan mike sebut untuk menghalalkan yang mike itu MB Perak? Ciptaler 1001 alasanpun, jawapannya, majoriti rakyat tak akan percaye.

Tempoh edah kerajaan Perak cuma tinggal 40 hari lagi. Jikalau sehingga 15 Mei 2009, DUN Perak tidak bersidang, seluruh rakyat Perak kene ngundi lagi. Orang Bukit Gantang sekali lagi akan mengundi dalam masa 40 hari ini. Tapi mike udah tentu ada rancangan lain. Rancangan untuk halalkan ape sajer walaupun terpaksa melanggar perlembagaan. Rancangan untuk tak bubar DUN. Tapi kalo DUN tak dibubarkan, apa yang mike boleh buat dengan kuasa mike itu? Jawatan mike itupun belum tentu sah lagi. Mana ada pegawai kerajaan yang berani nak sain projek. Dulu bolehler. Suruh sain deme terpaksa juga sain. Tapi sekarang, mampuih deme tak sior sain. Kalo silap sain, nanti ke dalam.

Teman ghase mike udah nyesei jadi MB. Tapi maluler kalo kate nyesei. Oghang UMNO mane ade ghase malu. Bangge aper dapat nonggeng ponggong bile keter lalu. Bangge aper bile dapat peluang londehkan seluar srikandi. Bangge aper bila FRU iring hantu dalam bas. Bangge aper bila kalah dalam PRK. Temanpun numpang bangge bila kome bangge macam itu.

Untuk Mail Pian, pengundi Bukit Gantang bukan nolak mike. Deme getik bebenor pada Zambry dan Najib. Oleh kerana mike berkawan dengan Najib dan Zambry, mikepun deme getik sama. Ituler lain kali bila nak cari kawan, jangan cari macam Najib atau Zambry. Cariler yang macam MB Nizar. Gerenti MB Nizar tak benorkan lagi mike ke Danok. Tentu MB Nizar akan tunjuk ajor mike sehingga boleh jadi imam di Masjid Simpang.

Kepada Najib, rakyat amat percaye yang mike terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Mike liat bebenor nak nyaman Liberation. Mike sanggup ditohmah dan dihina oleh rakyat sendiri kerana melindungi Liberation. Rakyat udah cemuih dengan mike. Kerana cemuihkan mikeler, UMNO yang jadi busuk sebusuk busuknye.

Kome yang masih nyokong UMNO, pikioler semula. Apakah UMNO masih relevan dalam PRU 13 nanti. Tak perasan ker kome di sepanjang tempoh kempen dan pengundian tadi, UMNO telah hilang serinye walaupun dibariskan dengan puteri yang cantik jelita. Sebelum ini banyak kenderaan yang bawak bendera UMNO. Tapi tadi udah terbalik. Bendera PAS pulak yang deme ikat pada kenderaan deme. Kenderaan yang tak taruk apa-apa bendera, angkat tangan pulak pada petugas PAS. Apa maknanye itu? Takkan kome oghang UMNO tak paham-paham?

jantantuya.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama8/4/09 3:48 PTG

    dengan PR dpt 21,000 dan BN 19,000 menunjukkan 60% melayu undi BN. Sebab semua org tahu india dan cina 90% undi PR dan tak mungkin mengundi BN lagi.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama8/4/09 4:00 PTG

    BN 19,000 tu termasuk juga pengundi hantu. Kalau tak majoriti PR lagi besar.

    BalasPadam
  3. hehe...pertama sekali caya lah sama lu yang menulis dalam loghat PERAK,,,dalam bebenor longhat mike yer,,,ehhehe...itu maknenye BN sudah tidak lagi diterima oleh rakyat PERAK walaupun pelbagai isu dimainkan oleh puak BN nie...kenape aku kate gitu??sebab dibandingkan dengan PRU 12 di BUKIT GANTANG,,majoritinyer sangat besor,,,mengikut peratusan yang keluar...hanya 70% yang keluar mengundi...dengan cuacanye lagi...dengan hari bekerje nye lagi...tapi disebabkan PILIHANRAYA P059 ini sesangat PENTING...seluruh warga yang sokong PR tetap keluar mengundi bagi memenangkan PR!!!TAKBIR!!!PERJUANGAN BELUM LAGI SELESAI...BUAT MB NIZAR...ALLAH NAK ANGKAT LAGI MARTABAT TUAN SEHINGGA BOLEH MASUK KE DALAM PARLIMEN.....TAHNIAH....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive