Jumaat, April 10, 2009
SURAT NIK AZIZ KEPADA NGA KOR MING
Surat Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak
13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”
Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.
Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.
Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.
Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.
* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *
(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS
blogtokguru
description: pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil,parlimen,dun,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru,altantuya

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
April
(285)
- PAS UMNO: Apa punya turrrr...
- PAS UMNO: Nik Aziz minta Nik Abduh padamkan kekeli...
- Kejatuhan Umno kerana sekat kebebasan akhbar
- NIZAR: PR TIDAK AMAL DISKRIMINASI
- AGENDA MEDIA SAMAKAN PAS DENGAN UMNO
- UMNO PAS: KELULUSAN KABEL ELEKTRIK DI DASAR LAUT
- UMNO BN AKAN DIUJI DI SELANGOR PULAK?
- lupakan umno sekejap: Asal Usul Kentut
- LAWAN UMNO BN - UNDILAH PR WALAUPUN BATANG PISANG
- umno pas: PENANTI,APA PROJEK GENG?
- BIAQPILA TERIMA ANUGERAH
- Fenomena Nizar
- CALON PENANTI: LINE CLEAR KATA AMK
- nizar vs zambry: 7 MEI BIKIN RIBUT
- UMNO LAGI: DEPA NAK PECAT SPEAKER PULAK
- HANIPA JAWAB KENYATAAN PEGUAM UMNO , DATO’HAFARIZAM
- UMNO KETANDUSAN KEPIMPINAN
- UMNO MAKIN PENING DI PENANTI
- UMNO BN HANYA DAPAT 1BATANG AI
- NIZAR ADA HARAPAN
- ANWAR UMUMKAN NAMA CALON PENANTI -umno pkr pas
- pas umno: Cubaan bina semula tugu pokok demokrasi ...
- Pulih populariti Umno: Parlimen mungkin dibubar awal
- Beza Muktamar PAS dengan Perhimpunan Umno
- YB BALING,JANGANG DOK BUWAT TAT THUU -pas umno
- PELUK TANDA HORMAT...LINGKUP....LINGKUP...
- umno pas: PERTANDINGAN CIPTA LAGU 1 BIHUN
- FOBIA PONDOK PANAS,APA BARANG... -umno pas
- Khalid Saman SPRM, Kerajaan Malaysia
- PENANTI: CALON PKR DIUMUM MALAM INI?
- Pakatan mahu pulau sidang DUN Perak 7 Mei
- SPRM jadi 'Kelab Penyokong Umno'?
- Nizar vs Zambry: Adakah permohonan untuk 9 panel h...
- Krisis Perak Misi Terancang Umno BN
- umno pas: Apabila pepsi cola dicabut tudung....
- DS ANWAR TENGOK BOLA
- Media Arus Perdana Umno (MERAPU)
- PARASIT DALAM PAS YANG MENGUNTUNGKAN UMNO
- umno pas: Zambry Cuba Tukar Speaker
- Ceramah Ir. Mohammad Nizar Di Chinese Assembly Hall
- SELSEMA BABI
- "Biar saya lawan PKR di Penanti kalau UMNO tak mau"
- umno pas: SPR Terkial-kial Untuk Menetapkan Tarikh
- Nizar vs Zambry: Adakah permohonan untuk 9 orang p...
- ORANG PAHANG PIMPIN UMNO SELANGOR
- One Umno:Pemimpin Rasuah Didahulukan, Tokoh Kalah ...
- Media Arus Perdana Umno Cuba Lagakan Anwar-Guan Eng
- KANAK-KANAK HILANG
- PENANTI: KES SENJATA umno MAKAN TUAN
- LAWAK AHAD: LUPAKAN UMNO SEKEJAP
- NIZAR BLOG: MAJLIS KESYUKURAN DAN BERTEMU PENGUNDI
- UMNO PAS: SPR DAH TAK DAK MOOD NAK PILIHANRAYA?
- SELANGOR JUARA PIALA FA
- UMNO TERPAKSA GUNA PENGERUSI IMPORT
- umno pas: TOYOTA CAMRY ATAU TOYOTA ZAMBRY?
- NIZAR TAK BELI CAMRY
- 3 Beradik Maut Terbakar - Tak Sampai Hajat Pakai B...
- umno pas: MOHON RESTU LELONG CAMRY
- NIZAR,ZAMBRY DAN JOM HEBOH
- FINAL 2 NEGERI PAKATAN RAKYAT
- UMNO PAS: JOMHEBOH DPPKL MOHON SEMBAH DERHAKA
- Najib lebarkan lubang kubur UMNO BN
- LAMAN WEB LUCAH BIAQPILAAA...-dari bilik media buk...
- UMNO KITAR SEMULA BERULANGKALI
- Mekanik didakwa lakukan seks ganas terhadap isteri
- 'Jom Heboh': Zambry ingkar arahan Mufti
- Kes Nizar vs Zambry : Selagi Tidak Ditetapkan MB Y...
- UMNO, jangan dirayu pada yang tak sudi…
- Sokong bubar DUN Perak, syarat bekerjasama dengan ...
- SPRM tidak cukup bukti dakwa Fairuz
- Perpaduan alaUmno sekadar retorik politik
- Lelong Camry kemudian beli Mercedes?
- Bukit Gantang Restu Rakyat
- GERAM SEBAB UMNO BN ASYIK KALAH
- UMNO BN FOBIA DENGAN GELOMBANG RAKYAT
- VIDEO LUCAH MAKAN DIRI
- KES NIZAR BELUM DIBICARA KERETA DAH NAK DILELONG
- BIBIK TERAJANG BUDAK
- GERAM SEBAB UMNO BN ASYIK KALAH PRK
- Ahmad Said lantik pemandu ambulan, guru jadi Penga...
- JOM HEBOH DI TLDM LUMUT -media bukit selambau
- UMNO BN UNDERDOG DI PENANTI
- TV UMNO
- UMNO VS PKR : PENALTI DI PENANTI
- BELUM TENTU MEMBAZIR BEB! -media bukit selambau
- UMNO ~ Taufan
- PENANTI : UMNO BN SEMAKIN PENING, NAK BERTANDING A...
- SAMBUTAN HANGAT CERAMAH ANWAR DI PAHANG
- UMNO: Amende lah lu orang ni..
- SELAIN UMNO,MIC PUN HILANG KEPERCAYAAN RAKYAT JUGA
- DS NIZAR LANCARKAN BUKU KRISIS POLITIK DI PERAK
- Rumah Dan Kenderaan Rosak Dalam Ribut Di Pasir Puteh
- Bukit Selambau 19 April 2009: PENGUMUMAN UNTUK BLO...
- Isteri 6 jam
- Bukit Gantang: Pokok Demokrasi Dicabul Lagi
- Gadis dirogol 15 mat rempit
- UMNO DAH TAKDAK MODAL
- Nizar mohon mengadap Tuanku Sultan sekali lagi
- LAWAK AHAD - lupakan cerita pasal umno sebentar
- Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Yang Dipertua Dewa...
-
▼
April
(285)
kalau nk blaja xpe tapi kt pentas awam x bleh
BalasPadamSekarang ini fatwa Tuan Guru Nik Aziz dalam semua perkara memang boleh dijangka kerana lebih politik dari agama. Hingga diantara mufti dan cina bukan islam dikatakan cina bukan islam lebih arif dari mufti. Apa sahaja yang dibuat oleh orang-orang dari PKR Tuan Guru akan cari hujah dan nas untuk membenarkannya dan apa sahaja yang dibuat oleh orang UMNO Tuan Guru akan cari hujah dan nas untuk menidakkannya. Mungkin dunia sudah hampir kiamat.
BalasPadamjangan lah nak menyekat org yang berkehendak padah Islam, ....Melayu lah yang paling banyak menyekat Islam berkembang sehingga bangsa lain nak menjeling Islam pun takut, kecuali Melayu yang benar benar menegak Islam (dalam hal ini PAS juara), UMNO...sekerat sekerat jer, Islam secound ideologi kebangsaan nyer No.1!
BalasPadamUmno memang takut dengan Islam sebab apa saja datang daripada Islam dia cubna halang. Dia Tak guna Al Quran dalam hidupnya tapi kalau orang lain guna Islam dia marah. Apa ke punya jahil, fikiran yang jumud. Ingat Islam dia sorang yang punya. Kan Allah turunkan Quran untuk semua umat manusia.
BalasPadamUMNO dok berkawan dgn MCA lama nipun tak pandai nak kenal Islam, pandai menakut-nakutkan sahaja. Sebab meka ni hidupnya tak boleh jadi penarik orang nak mengenal Islam. Bila orang buat sampai orang nak mengenal Islam meka marah. Memang jenis penyekat kepada kemajuan Islam
BalasPadambetul kata AZ, dulu Cina paling takut dengan PAS (sebab UMNO kaitkan dengan Islam radical) kini Cina mula terima PAS sebab mereka dah mula kenal Islam walaupun belum sampai menganuti Islam, tetapi tak apa sebab suatu hari nanti anak cucu mereka akan menerima. UMNO akan sedaya upaya sekat benda ni berlaku termasuk pencacai BPN
BalasPadamBiaqpi kat UMNO. Lagi meluat orang cina kat depa lagi bagus untuk PR.
BalasPadamorg umno..klu anda xsuka pd islam pn..jgnlh halang org cina dan india utk mngenali islam..
BalasPadamyg salah kita tegur..bkn cemuh..ia akan jd fitnah pd islam..
bukan cara itu mengenali islam beb...!!pancing je smua tu...
BalasPadamSaya sebagai orang bukan Melayu dan bukan Islam memang tak taulah apa nak katakan kepada orang2 Melayu yang berotak sempit sangat ni, terutamanya orang2 Melayu golongan puak UMNO. Sepatutnya sebagai orang2 Islam, mereka ini seharusnya berasa bangga dengan adanya orang2 bukan Islam mengambil ayat2 Quran sebagai petunjuk benar dalam penghidupan. Disebaliknya, saya pasti orang2 Kristian mesti sungguh berbangga jikalau adanya umat Islam menggunakan ayat2 Bible dalam perbahasan dan perbincangan sebagai satu panduan hidup yang mulia. Terbentangnya didepan kita bahwa pada masa sekarang orang2 bukan Islam sudah pun tidak lagi takut untuk mengundi PAS, sebagaimana terbuktinya di PRU ke12 dan di keempat empat PR kecil yang lalu. Kenapa? Satu fakta yang penting sekali ialah soal agama tidak lagi menakutkan orang2 bukan Islam, tetapi soal bangsalah yang cukup tidak menyelesakan dan membimbangkan mereka seperti mana yang selalu diheboh hebohkan oleh bangau2 UMNO. Sedangkan orang2 bukan Melayu dan bukan Islam sekarang boleh menggambarkan dengan terangnya kebezaan ideologi diantara PAS dan UMNO, tetapi bagi banyaknya bilangan orang2 Melayu pula sebagai umat Islam terutamanya penyokong2 UMNO, bukan saja mata mereka begitu buta, malah otak pun begitu berselut dan buntu. Perhatikanlah, orang2 Melayu macam ini tidak akan kemana mana, PI MAI PI MAI DOK TANG TU JA. Jahanamnya diri bukan kerana orang lain tapi kerana dirinya sendiri. Salam.
BalasPadamada bezanya islam dengan melayu? agama? Bangsa? yang mana kita banggakan? tgok2 negara2 arab.. apa dah jd? mereka memilih kaum dan bangsa!!! agama? satu hari nti kita akn diuji samada agama atau bangsa? mungkin diakhirat nti malaikat akan meyoal apa bangsa kamu?? mungkin ke??
BalasPadamwahai melayu2 agama islam itu adil.. jika kita takut ini bermakna kita xpercaya pd agama islam itu sdiri.. wahai orang2 bukan islam belajar lah mengenali agama islam.. islam ini adil dan amanah.. lihatlah pada tamadun2 islam terdahulunya.. disana ada jawapan yang anda cari.. bersama2 lah kita membangun dinegara malaysia ini..
BalasPadam