Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, April 24, 2009

UMNO, jangan dirayu pada yang tak sudi…

Terdesak cara untuk menstabilkan politik Perak, Menteri Besar BN mempelawa DS Nizar Jamaluddin bekerjasama dalam membentuk kerajaan Perak dengan Umno.

Zambry sepatutnya lebih mengetahui bentuk jawapan yang akan mereka terima kerana, Umnolah penyebab kekalutan yang berlaku. Tindakan mereka seperti Lanun merompak kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri ini tidak mudah untuk dilupai oleh PAS dan rakyat Perak keseluruhanya.

Berikut adalah berita yang menunjukan keinginan yang amat sangat Umno bekerjasama dengan PAS.

UMNO sedia bekerjasama dengan Pas dan parti-parti pembangkang lain dalam usaha mewujudkan kestabilan politik di negeri ini, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Bagaimanapun, katanya, keinginan untuk bekerjasama itu perlu datang daripada kedua-dua belah pihak dan bukannya UMNO sahaja.

”Kita sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama bukan sahaja dengan Pas, malah dengan semua pihak bagi mengekalkan kestabilan politik di negeri ini.

”Namun demikian, kita tidak boleh bertepuk sebelah tangan sahaja, kena dua-dua belah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mahukan para pemimpin yang mewakili kumpulan parti politik berbeza mencari titik pertemuan dan kaedah kerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.

Bagaimanapun, seruan tersebut ditolak oleh Pas yang tetap berkeras mahu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pembubaran DUN merupakan jalan penyelesaian terbaik ke arah mencapai kestabilan politik di negeri ini.

Beliau berkata, mengikut amalan demokrasi raja berperlembagaan, Sultan perlu mengembalikan hak kepada rakyat untuk membuat penentuan menerusi pembubaran DUN dan pilihan raya negeri.



sesamaislam.wordpress.com

2 ulasan:

  1. Ermm.. elok gk usahakan kerjasama.. Dalam keadaan sekarang org melayu kena bersatu.. Takkan tak nampak lagi cina mula perkudakan kita. kalo keadaan ni berlanjutan, kesudahannya melayu akan merempat di bumi sendiri.. Nizar dan zambry perlu cari satu titik permulaan baru mengukuhkan org melayu dan menjamin kuasa org melayu akan kekal terutamanya di negeri Perak

    BalasPadam
  2. Melayu perlu bersatu..janganlah kita Melayu mudah melatah dengan agenda mereka kononnya untuk sokong Melayu...Benar atau tidak,entahlah,campur sana..campur sini akhirnya MELAYU PAS dan MELAYU UMNO ditolak ketepi suatu hari nanti...janganlah kita Melayu sesama sendiri kelahi,dan mereka dari DAP,MCA,MIC dan Hindraf seronok memerhati..akhirnya negara kita diperjudikan dan maruah kita untuk kestabilan dari segi agama,sosio masyarakat majmuk dan ekonomi juga terjejas kerana permainan mereka...

    Bukalah minda, luaskan la sifat kemaafan antara kita..Amin.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive