Rabu, Jun 10, 2009
TUTUP TAJUK KERAJAAN PERPADUAN SEBELUM PRK DUN MANEK URAI
Oleh: WFAUZDIN NS
PILIHANRAYA Kecil Dun Manek Urai tidak beberapa minggu sahaja lagi. Difahamkan Pas kini telah pun menggerakkan jenteranya manakala Umno masih `berkubu' dan belum pun bersedia untuk mengangkat senjata. Apakah ini strategi Umno iaitu memerhatikan terlebih dahulu perkembangan yang melanda Pas serta PR sekarang? Sudah tentu isu Kerajaan Perpaduan yang dihebohkan sekarang amat menarik minat Umno untuk dijadikan `senjata' kempen dan propaganda mereka di Manek Urai nanti.
Kita tidak boleh memandang remeh isu ini kerana ianya telah melibatkan soal prinsip dan pakatan kerjasama di dalam PR. Benar, di Manek Urai sokongan PR tidak diperlukan sangat memandangkan hampir 100% pengundi di Manek Urai terdiri dari orang-orang Melayu dan Manek Urai adalah kubu kuat Pas. Fungsi PKR terutamanya adalah untuk menarik sokongan pengundi-pengundi Melayu dan bukan Melayu untuk menyokong PAS, manakala fungsi DAP pula tentunya untuk menarik kaum Cina menyokong Pas. Ini lah kehebatan PR yang paling ditakuti oleh Umno/Bn. Komitmen pengamal media alternatif seperti Bloggers juga memainkan peranan penting di dalam membantu Pas dan PR dalam setiap pilihanraya. Terbukti, media-media alternatif seperti ini diakui kehebatannya oleh Umno/Bn yang menyebabkan kerajaan Bn hilang 2/3 majoritinya di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu.
Apakah kita boleh bersenang lenang dengan kekuatan yang ada sekarang? Jawapannya sudah pasti tidak kerana kini kita dibelenggu oleh masalah keyakinan di dalam PR. Muktamar Pas baru-baru ini yang dijangkakan menaikkan semangat serta iltizam semua ahli-ahli Pas terhadap PR dan mengiktiraf Umno sebagai musuh politik utamanya ternyata gagal sama sekali. Malah, kemelut di dalam Pas bermula lebih hebat dari sebelum pilihanraya umum yang lalu. Ini adalah kerana gara-gara pendekatan secara berhikmah untuk bekerjasama dengan Umno dan lahirlah istilah Kerajaan Perpaduan. Kita tidak boleh mempersalahkan rakyat yang mungkin terkeliru dengan pendekatan yang pimpinan Pas rancang ini. Pimpinan sehingga kini bukan sahaja gagal untuk meyakinkan rakyat akar umbi, bahkan mereka juga gagal untuk meyakinkan pimpinan PR yang lain. Penjelasan beberapa tokoh di dalam Pas untuk memperjelaskan isu Kerajaan Perpaduan ini dilihat bercanggah satu sama lain menyebabkan isu ini `tergantung tidak bertali'.
Bukan rakan-rakan di dalam PR mencemburui konsep kerjasama yang ingin dilakukan oleh Pas dengan Umno, tetapi mereka ingin penjelasan apakah konsep itu lebih menguntungkan Umno atau PR malah menguntungkan rakyat juga? Jika pendekatan ini hanya semata-mata untuk menunjukkan Pas sanggup bertoleransi dengan Umno demi menyelamatkan rakyat dari belenggu rasuah, kronisma, ekonomi yang tidak menentu, maka tiada bezanya seperti yang telah diperkatakan oleh Ketua Pembangkang DS Anwar bahawa PR sanggup bersama kerajaan untuk tujuan-tujuan tersebut. Oleh yang demikian, mengapa perlu lagi Pas bercakap soal Kerajaan Perpaduan kerana sudah jelas PR akan bekerjasama dengan kerajaan dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan rakyat. Apabila Pas terlalu menekankan soal Kerajaan Perpaduan dalam kaedahnya sendiri, maka tidak hairanlah masalah keyakinan seperti sekarang berlaku.
Persoalannya, adakah dengan wujudnya Kerajaan Perpaduan itu nanti soal rasuah, kronisma, ekonomi yang merudum, pendidikan serta masalah sosial dan agama akan selesai? Tiada penyelesaian kepada semua permasalahan tersebut sekiranya kita bekerjasama dengan mereka yang terlibat dengan semua skandal berkenaan. Kita berunding dengan siapa sebenarnya? Bukankah pemimpin mereka itu pun kita sendiri kata terlibat dengan berbagai skandal? Lainlah sekiranya mereka yang terlibat di dalam berbagai isu rasuah dan penyelewengan itu tidak lagi bersama parti yang ingin kita jadikan Kerajaan Perpaduan itu. Sebagai contoh, amat melucukan bila mana Ketua Menteri Melaka Ali Rustam pun bersetuju sangat dengan Kerajaan Perpaduan tajaan Pas ini. Begitu juga dengan Najib yang kita semua tahu latar belakang serta imejnya. Mereka masih menjadi pemimpin utama di pihak parti mereka dan inikah orangnya untuk kita berpakat?
Saya benar-benar berharap agar isu Kerajaan Perpaduan ini dinoktahkan samasekali sebagaimana Tuan Guru Presiden pernah berkata tiada lagi Kerajaan Perpaduan sejurus Najib mengambil alih kerusi PM dari Pak Lah. Muktamar sebelum ini juga menentang pendekatan itu sebaliknya inginkan PR sebagai `Government Waiting'. Niat yang baik kadangkala tidak disukai ramai apabila kaedah dan perlaksanaannya tidak kena malah terpesong. Tugas Pas dan juga PR seharusnya untuk menyelamatkan ahli-ahli Umno dari terus berada di dalam parti yang hampir karam itu, bukan tugas kita untuk menampal segala lubang yang bocor pada bahtera Umno yang semakin reput tersebut.
Sewajarnya isu ini diselesaikan secepat mungkin sebelum PRK Dun Manek Urai. Jika tidak, suasana kempen dan keceriaan sesama kita di dalam Pas serta PR mungkin kelihatan suram nanti. Mungkin semangat petugas-petugas kempen dan jentera agak luntur kerana mereka merasakan seolah-olah mereka akan berperang dengan parti yang bakal bersama Kerajaan Perpaduan. Percayalah, kesemua pandangan mereka yang seolah-olah mengkritik kepimpinan Pas bukan kerana mereka bencikan Pas tetapi kerana terlebih sayang kepada Pas. Kami semua mahu Pas terus mendominasi PR satu hari nanti dan pada kami Umno semakin hampir untuk ditalkinkan. Buktikan di Manek Urai nanti, InsyaAllah.
wfauzdin
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil dun penanti,parlimen,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru,altantuya,elizabeth wong,umno,umno,umno

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
Jun
(293)
- Wibawa Enam Hakim DiSangsi
- MANEK URAI : LIVE DARI STADIUM MBPJ
- Kempen Manek Urai UMNO memalukan
- Alu-alukan sumbangan ke Tabung PRK Manek Urai
- Debat: Surat tawaran belum dihantar, namun PM suda...
- Rakyat dijemput jayakan "Himpunan 100,000 rakyat" ...
- MANEK URAI : SENYUM SEEKOR KAMBING
- 2 Pelajar UM Hadapi Penjara 20 Tahun
- MANEK URAI : TRADISI UMNO MENABUR JANJI
- MANEK URAI: TUAN DAN NIK
- SIARAN LANGSUNG SIDANG DEWAN RAKYAT 30 JUN 09
- Pemimpin UMNO Boleh Berdebat Untuk Kebenaran
- Kenapa Umno tolak Islam - Nik Aziz ajak Najib berd...
- Himpunan Perdana Pakatan Rakyat
- KEPUTUSAN LIGA PERDANA 29 JUN 2009
- Apa Masalah Umno-BN ‘Bakul Sampahkan’ IPCMC?
- Pemimpin UMNO Tipu Rakyat Kelantan
- UMNO parti Darat, Kuno
- UMNO BN Nak dedahkan Kajian Apa ???
- Menggempur Umno di Manek Urai
- BRAZIL JUARA LAGI
- Anwar dakwa BN akan main kotor di Manek Urai
- DOSA BESAR UMNO BN
- SIARAN LANGSUNG SIDANG DEWAN RAKYAT
- MANEK URAI : MITOS PERPECAHAN MELAYU
- MANEK URAI:BUANG MASA PAS MAHU TERIMA EZAM RAJA SE...
- PANTUN MANEK URAI
- NIZAR vs ZAMBRY : KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN SALAH
- Umno pengaruhi pengundi luar usah pulang mengundi
- UMNO MASIH RINDUKAN BULAN
- Biarkan Saja Jika Kerajaan Indonesia Hentikan Peng...
- Tengku Fakhry arah Manohara kembali ke pangkuannya...
- MANEK URAI: MENTERI KENA JAWAB
- MANEK URAI : CALON PAS DAPAT SOKONGAN AKAR UMBI
- GAMBAR DARI MANEK URAI
- SELESEMA BABI LEBIH SEDAP KE?
- ADUN SEMBUR LADA KENA SAMAN
- Fauzi calon PAS di Manek Urai
- Beberapa Ahli UMNO Kota Bharu Keluar Parti
- KEPUTUSAN LIGA PERDANA 26 JUN 2009
- PAS Bukit Bendera tembusi kubu kuat Umno
- Perempuan Labah-labah Perkosa 10 Pria
- Ceramah Nizar di Masjid Subang 28 Jun ini
- MANEK URAI: MUFTI AMBIK ISU TENGAH JALAN
- Isteri Mahu Inkues Siasat Tahanan mati Di lokap
- KERAH BALA TENTERA KE MANEK URAI
- Suara Umno: Mufti Perak Jangan Di Peralat
- Pemuda Umno ungkit kerajaan perpaduan di Manek Ura...
- Bimbang bahaya penularan budaya Umno dalam PAS
- Akhirnya tindakan Umno pecat PAS makan diri
- Michael Jackson dan Farah Fawcett meninggal dunia
- Manek Urai akan terus bersama PAS
- Hikmah di sebalik Sujud
- Calon Manek Urai: Ada pemimpin Umno sudah kecewa
- Isu Ke Manek Urai : Ketua Pemuda Gerakan Ketinggal...
- Umno kecundang, pimpinan PAS lebih pintar - Anwar
- PRK MANEK URAI : CALON PAS DAH 'CONFIRM' CALON UMN...
- Aduan polis Umno terhadap Nik Aziz
- UMNO BN: 1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN
- Fantasi Kerajaan Perpaduan UMNO Berkubur
- UTUSAN MELALAK LIDAH UMNO
- BRAHIM ALI KECEWA, PEMIMPIN UMNO PULA PATAH TARING...
- Bukan Islam jadi ahli penuh PAS
- Pemuda PAS Bersedia Bekerjasama Dengan UMNO Dalam ...
- LEBIH MANTOP BEB!!!
- Umno cuba perbodoh pengundi Melayu di Manek Urai
- Definisi semula cemerlang dan rasional dalam SPM –...
- MANEK URAI - FAUZI VS TUAN AZIZ?
- 'Dr Puad Zarkashi usah perbodohkan kami' - pendidi...
- Guru di Manek Urai diseru pilih PAS
- Tuan Aziz calon BN di Manek Urai?
- UMNO CUBA MAIN API, AKHIRNYA BAKAR DIRI SENDIRI
- UMNO TERTUNDUK MALU
- NIZAR - KISAH 15 JUN DAN KRISIS PERAK
- UMNO BN: SURUH ORANG UNDI TAPI TAKUT BUBAR DUN
- Dosa, sikap Umno sulitkan usaha perpaduan
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 23 JUN 2009
- MP DAP Ipoh Timur: Isu Skandal PKFZ melibatkan Dan...
- PAS tak terliur untuk bekerjasama dengan Umno
- Cubaan Umno mengelirukan rakyat - Nasurudin Daud
- PEMIMPIN UMNO YANG BUTA SEJARAH
- Setia bersama PAS
- PANAS ENJIN: KEPERLUAN ATAU MITOS?
- UMNO JANGANLAH BUAT-BUAT PENING
- umno pas: PAS FOR ALL,UMNO FOR WHAT?
- Saya tidak mahu langsung terlibat dengan Umno
- RAPAT SAF LAWAN UMNO
- Nik Aziz tarik balik kecaman terhadap Nasharudin
- Nik Aziz selamatkan Manek Urai..
- Pakatan Rakyat tolak kerajaan perpaduan
- Tragedi Memali tidak boleh dimaafkan begitu saja
- MAT REMPIT BERSATULAH
- VIDEO ANWAR DI BANGI
- Kerajaan Perpaduan Berudang di Sebalik Mi
- UMNO PAS: Kerajaan Perpaduan..?
- GemPaq: RAKSASA MENGAMUK DI KT
- Umno-BN ‘lemas’ hadapi PAS-Pakatan Rakyat
- SIARAN LANGSUNG SIDANG DEWAN RAKYAT
- UMNO PIPI TERSORONG-SORONG
- Anwar Ibrahim hangatkan kempen pilihan raya Manek ...
- Polis kepung tapak majlis makan DAP di Klang
- Sidang media Anwar di Kediaman Rasmi MB Kelantan.
- PENGUMUMAN HARI BAPA
- Penduduk Manek Urai pamerkan sikap dingin terhadap...
- Secebis idea tentang kerajaan perpaduan
- PAS tidak akan benarkan dirinya jadi talian hayat ...
- Berbanggakah anda menyambut Hari Bapa?
- NASA mahu bom bulan
- UMNO PAS: TALI HAYAT AKAN JADI TALI GANTUNG
- LAWAK AHAD: Kisah Malam Pertama
- 8 pemuda PAS Johor ditahan edar risalah PPSMI
- HISHAMUDIN TERLUPA DOAKAN UNTUK UMNO DI MANEK URAI...
- SAMBUTAN HANGAT ANWAR DAN MAT SABU DI BANGI
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 20 JUN 2009
- SORRY UMNO...PAS TAK MINAT
- Anwar Gusar Hakim Berat Sebelah Adili Krisis Perak...
- Jarum UMNO Mula Menular Dalam PAS
- PR SEDIA BINCANG ISU AWAM DENGAN UMNO BN
- PAS anjur 'Karnival Makan Durian'
- Parti komponen BN tak bersuara tentang 1Malaysia
- Perbicaraan Anwar Mohon Batal Pertuduhan Liwat 26 ...
- Isu Perak:PKR Mahu Adakan Perbincangan Terbuka Den...
- NAK BINCANG BUKAN NAK MASUK BARISAN
- SAIFUL MENJAWAB
- KEPUTUSAN LIGA PERDANA 19 JUN 2009
- Kes Nurin: Peniaga, adik ipar saman polis
- Ustaz Nasharudin Tidak Perlu Letak Jawatan
- PAS anjur retreat khas bincang kerajaan perpaduan
- ANWAR AKAN KE DALAM LAGI?
- UMNO otak putar alam
- Janji pembangunan tetapi yang membangun rumah YB U...
- Kereta Lim Kit Siang Kena Sabotaj
- CERAMAH ANWAR DAN MAT SABU MALAM INI
- Polis berdemo depan Pejabat Agung PAS
- UMNO PAS: KERAJAAN PERPADUAN RM500
- Nizar: Hishamuddin “Bohong Besar” Mengenai DUN Per...
- Sidang Media Berhubung Laporan Hospital Kuala Lump...
- PAS tawar jadi alternatif kepada Umno
- Ahli PAS diminta bertenang, tunggu arahan rasmi
- MASALAH KEKURANGAN GURU
- Datuk Seri haramkan aiskrim Magnolia
- DS ANWAR KEMUKA 98 HUJAH
- NIK AZIZ AKAN ADAKAN MESYUARAT UKHUWAH
- Penawar Kepenatan
- Nizar fail rayuan esok, hakim belum kemuka hujah b...
- 10 MP Pas Gesa Ahli Berpegang Kepada Keputusan Muk...
- PAS UMNO : Nasharuddin Menghilangkan Diri
- PAS umum calon Manek Urai 26 Jun
- Najib Tak Paham
- PAS perlu hadapi transformasi
- ZAMBRY MASIH TAK PUAS HATI PADA NIZAR
- Anwar: Pas Tetap Utuh
- PULUN UMNO PULUN
- Giliran Najib Pula Dendangkan 'Kerajaan Perpaduan'...
- DSAI Yakin Dengan Pimpinan Pas
- Muktamar khas PAS redakan isu k'jaan perpaduan
- Henti Aniayai Perut Anda!
- Virus Perak ancaman baru buat UMNO BN
- Polis siasat guru paksa murid lakukan seks oral
- Nik Aziz cadang saman Utusan Malaysia
- Konspirasi 1998 Berulang ?
- 3,000 petugas Pemuda PAS akan ke Manek Urai
- Umno perangkap PAS isu kerajaan perpaduan - Nik Az...
- Walaupun dikecam Anwar tetap mahu Chin Peng dibena...
- UG: UMNO JADI BATU API
- Umno sekarang ini sedang berpesta...
- Leganya UMNO
- Bayi dilahir tanpa alat kelamin
- RTM GERUN DENGAN WAJAH MP PAKATAN?
- Kerajaan perpaduan proganda media UMNO BN
- UMNO BN SILA BUKTIKAN
- Tindakan Nizar manifestasi hak rakyat Perak yang d...
- Polis digesa henti panggil peguam
- NAJIB TERDESAK CARI SOKONGAN
- Anwar : “Speaker Tolak Permohonan Saya”
- Zaid: Pakatan Rakyat Tawar Wadah Terbaik Untuk Rak...
- Kerajaan Perpaduan: PAS akan buat sidang media eso...
- Kempen Mansuhkan ISA Dilancar Di Parlimen Esok
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 16 JUN 2009
- LIGA SUPER: PERLAWANAN MALAM INI
- Isu Chin Peng: Dasar Umno-BN Yang Haru Biru
- PRK Manek Urai: Peluang PAS Amat Cerah
- NIZAR BIKIN PENDIKAR SEMPUT
- UNTUNGNYA BERSUAMI BOROI
- Pandikar tidak ikut amalan Tun Zahir - Mahfuz
- SIARAN LANGSUNG SIDANG DEWAN RAKYAT
- NIZAR TELAH LAKUKAN DUA SUMPAH
- Syed Husin: UMNO Guna Chin Peng Untuk Bakar Sentim...
- PKR Selar Speaker Parlimen Gantung Nizar dan 6 lag...
- Lagi misteri kematian suspek polis
- Perhimpunan Mega Prostes Akta ISA
- Penyertaan Zaid Ke PKR Mungkin Tarik Penyokong MCA...
- Gambar Kemalangan Ngeri Seorang Ibu...
- UMNO Kedah sudah runtuh dan cair
- Khalid: PAS Tiada Niat SIS Diharamkan
- Banyak pihak pertahan pendirian tegas Nik Aziz
- Bila Umno dan BN akan tumbang?
- UMNO: PROJEK ANAK ANGKAT GANTI PROJEK MEE SEGERA
- PAS mahu Majlis Fatwa siasat SIS!
- Sudah tiga bulan Najib jadi PM, ada yang tidak ken...
- Ngeh Bawa Usul Pecat Musa Hassan Dalam Parlimen
- Anwar Bangkitkan Isu Kekecohan DUN Perak Dalam Par...
- LEE KWAN YEW LAWAT NIK AZIZ
- Nizar Angkat Sumpah Ahli Parlimen Bukit Gantang
- Lawatan Lee Kuan Yew diragui
- KALAU PEMIMPIN UMNO BANYAK KIAS-KIAS PULAK
- UMNO PAS: PROJEK MEE SEGERA DIGANTI PROJEK ANAK AN...
- Bukan Islam Wajar Sandar Harap Pada PAS
- ZAID IBRAHIM, ANWAR IBRAHIM KINI SEKAPAL
- Bila PAS Tertelan Racun Lipas UMNO
- Anwar: Henti Jadikan Chin Peng Modal Politik Perka...
- LAWAK AHAD: 3 LELAKI INDIA DAN 3 LELAKI PAKISTAN
- KEPUTUSAN LIGA PERDANA 13 JUN 2009
- Pindaan Perlembagaan PKR DiLulus
- UMNO PKR: ZAID YAKINI PERJUANGAN PKR
- ANWAR: NAK BINCANG TAKDAK HAL...
- Manek Urai: UMNO BN diminta cepat umum calon
- Apabila SPRM Minta Derma Dari UMNO…
- Anwar: Pindaan Perlembagaan Untuk Mengisi Agenda P...
- Umno Pas: Usah cari pasal perkara tiada pasal
- PRK Manek Urai; Pemuda PAS bertembung dengan Puter...
- UMNO BN BERSAMA SPRM TERPERANGKAP
- Putera Sultan Kelantan Buat Laporan Polis Terhadap...
- DASAR PELAJARAN UMNO BN MAKIN BERSERABUT
- Betapa pentingnya Solat Istikharah dalam kehidupan...
- KAH KAH KAH GOOD NITE UMNO
- ADUN P.Pinang Rela Lepaskan Jawatan Jika Tuduhan R...
- Anwar: Hubungan PKR, PAS, DAP Tetap Utuh Dan Diper...
- Perang Siffin dan ‘Perpaduan’ BN
- KERAJAAN PERPADUAN GIMIK MELARISKAN SURATKHABAR
- Peguam: Pendakwa Raya Kes Anwar Tidak Beretika, En...
- TUTUP TAJUK KERAJAAN PERPADUAN SEBELUM PRK DUN MAN...
- UMNO Pekak Bila Ditegur
- GHENTIKAN KENYATAAN KELIGHU
- Umno lembab, PAS mulai kempen di Manek Urai
- Biaq UMNO Tinggal Nama
- UMNO PAS: PINTU TERBUKA ATAU KETUK PINTU?
- 10 ditembak mati dalam masjid di Thai Selatan
- Umno Spesis Sangat Bahaya: Pemuda PAS
- Umno spesies tikam belakang
- Umno tiup serunai tak perlu kita menari
- Jangan Kita Lupa Reformasi 1998
- Jangan berbaik-baik dengan Umno
- Bersedia Hadapi Satu Lagi Kenaikan Harga Minyak
- Umno macam kucing, kata MB Kedah
- PAS adalah bahtera yang selamat - Presiden PAS
- Nik Aziz: Kerajaan Perpaduan Perkara Karut
- Sajak Altantuya karangan Mat Sabu dapat tepukan ge...
- UMNO BN masih anggap rakyat bodoh, mudah ditipu
- Zakat adalah penyelesaian masalah sosial
- LAWAK AHAD: KISAH SUAMI ISTERI
- CERITA DARI PLAZA LOW YATT
- Pas tawar pikul kepimpinan negara selepas PRU ke-1...
- UMNO BN DITOLAK-RAKYAT DAH CELIK
- Anwar: Bersama Membawa Agenda Perubahan
- Tidak Perlu Kerjasama Dengan UMNO - Husam
- UMNO BN AKAN MENANG BESAR DI MANIK URAI
- ANGKARA CAP AYAM
- DS ANWAR: TEMURAMAH BBC
- Agong Di Majlis Baca Yassin Di Masjid Negara
- Dua Maut Dalam Kemalangan Di Persimpangan Lampu Is...
- Lima ditahan kerana mengklon ID Trunked radio
- KOMPANG ELOK,KENDURI ELOK-MB KEDAH
- Harapan besar rakyat terhadap perwakilan muktamar ...
- Kerjasama erat Pakatan Rakyat dicemburui Umno/BN
- Hadi: Bersih nama PM dalam isu Altantuya
- EK! ELEEE...MAMAT NI,TAK NAK TERIMA HAKIKAT
- Ulama perlu diprofesionalkan
- Rahsia anak muda sokong Pakatan
- DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA
- Ketika Tangan dan Kaki Berkata
- Tiada pilihan, kecuali Pakatan Rakyat
- NIZAR - SEKOLAH PERLEMBAGAAN DI PERAK
- UMNO BN SPR DAH FOBIA DENGAN GAMBAQ BULAN
- BAGI MAKLUMAT RASUAH DAPAT RM10,000
- PAS tiada niat sertai Umno, BN
- Mantapkan fungsi PAS dalam Pakatan Rakyat, jangan ...
- Rakyat Pilih Siapa Di Behrang, Changkat Jering & J...
- Salahkah menyokong perjuangan Anwar Ibrahim?
- Nizar Fail Rayuan Ke Mahkamah Persekutuan 8 Jun
- BUMBUNG STADIUM IKUT TUMBANG BERSAMA UMNO BN
- Jangan lupa pejuang tanpa nama...
- Serpihan ditemui di laluan pesawat Air France
- 18SG HAIWAN YANG TERLAMPAU
- Kit Siang Cabar Najib: Dapatkan undi percaya di Pa...
- Penanti: Pakatan Rakyat perlu terus hati-hati terh...
- SIAPA KATA BN SELALU KALAH?
- Zambry Patut Muhasabah Diri Bukan Salahkan Rakyat
- Penghargaan Anwar buat pengundi Penanti
- Pengaruh P Ramlee dalam politik negara
- Melayu telah berubah, Utusan belum – Zaid Ibrahim
- Penanti: Apabila menteri tidak pandai mengira…
- Kejayaan Mujahid musnahkan dakyah Umno
-
▼
Jun
(293)

anda dan saya masih samar ttg kerajaan perpaduan. Makanya tulisan anda seperti jauh tersasar dan seperti hilang keyakinan kepada kepimpinan.
BalasPadamTerlalu bodohkah presiden sehingga memilih utk bercampur baur dgn pekerjaan batil dalam UMNO ? berpuluh tahun berperang dgn UMNO adakah sudah tidak siuman presiden memilih utk bersekongkol dgn kerja-kerja najis dalam UMNO ? saya penuh keyakinan bahawa idea kerajaan perpaduan ini dicetus atas rasa sedar dan insaf terhadap kehendak syariaat agama.Setiap kerja dalam politik Islam tidak boleh bergerak atas kehendak ahli semata tetapi ia harus digerakkan atas kepentingan agama dan kehendak Allah taala.
saya minta anda ketepikan dahulu rasa penolakan kerana sentimen permusuhan dgn UMNO. Ambil sikap utk meneliti, menghalusi dan mendapat penjelasan terlebih dahulu ttg kerajaan perpaduan supaya anda adil dalam pertimbangan.
saya mahu kita kukuhkan kerjasama dlm PR tetapi tak bermakna menutup ruang perbincangan dgn pihak2 yg lain...