Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Jun 10, 2009

UMNO Pekak Bila Ditegur

PAS Terengganu menyifatkan tragedi runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tempoh hari adalah disebabkan sikap angkuh dan tidak peduli pemimpin kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang enggan mengambil perhatian pandangan dan idea pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Tunggal, Dr Alias Razak merasa kesal dengan tragedi itu kerana katanya beliau sendiri pernah membangkitkan isu tahap keselamatan stadium berkenaan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Mei tahun lalu.


Beliau berkata PAS mempersoalkan perkara itu apabila melihat masih ada pekerja yang melaksanakan kerja-kerja di atas bumbung stadium itu pada saat-saat akhir, sehari sebelum majlis perasmian dilakukan.


Bagaimanapun katanya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Yahya Khatib Mohamad menjawab pertanyaan yang beliau kemukakan secara sambil lewa dan memberikan jaminan bahawa ia selamat digunakan.


"Selain melihat pekerja masih lagi bekerja pada saat-saat akhir, keadaan bumbung juga nampak 'lendut' (kurang kukuh) menyebabkan saya bertanyakan keadaan stadium ini kepada kerajaan pada sidang DUN tahun lalu.


"Stadium ini terletak di dalam kawasan (DUN) saya, jadi saya memang tahu keadaannya, namun kerajaan langsung tidak (ambil) peduli teguran saya,"katanya ketika diminta memberi respon atas kejadian yang dianggap memalukan negara oleh Menteri Kerjaraya Dato Shaziman Abu Mansor.


Beliau yang juga Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu berkata kerajaan selalu mengambil mudah apa yang disuarakan pihak pembangkang di dalam sidang DUN, padahal ia adalah demi kepentingan bersama terutama untuk rakyat Terengganu.


"Bagaimana sekiranya ketika kejadian berlaku, ada aktiviti (sukan) dijalankan di dalam stadium itu," soalnya.


Beliau turut memberi peringatan, tragedi malang itu juga akan menjadi pengajaran terbaik kepada kerajaan Umno/BN agar pada masa akan datang tidak sekali-kali membuat kerja sambil lewa dalam mengejar nama dan kemasyhuran hingga memperjudikan nasib dan nyawa rakyat sendiri.


kijang59

Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive