Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Jun 09, 2009

UMNO PAS: PINTU TERBUKA ATAU KETUK PINTU?



PAS AMAL DASAR `PINTU TERBUKA' ATAU `MENGETUK PINTU'?

Oleh: WFAUZDIN NS


SAYA amat tertarik dengan ucapan penggulungan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Hj Hadi Awang di dalam Muktamar Pas baru-baru ini. Pada saya intipati ucapan Tuan Guru amat bertepatan dengan ajaran Islam terutamanya di dalam perkara mengajak umat kepada perdamaian. Cinta kepada perdamaian sememangnya ajaran Islam begitu juga mencintai kepada insan atau golongan yang juga mahukan perdamaian. Tuan Guru juga menyebut bahawa Pas sentiasa mengamalkan dasar `pintu terbuka' kepada semua samada dari mana-mana pertubuhan atau parti siasah. Itu juga amat bertepatan dengan ajaran yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Cuma, yang menjadi kemusykilan kepada saya adalah kerana pada waktu dan ketika ini saya melihat Pas seperti tidak melaksanakan dasar `pintu terbuka' seperti yang diucapkan oleh Tuan Guru sebaliknya Pas dilihat lebih `mengetuk pintu rumah' orang lain. Seharusnya dasar pintu terbuka adalah mengajak mereka ke `rumah' kita dan bersama berjuang dengan kita, bukannya kita yang bersungguh-sungguh `mengetuk pintu rumah' nya. Isu Kerajaan Perpaduan sebagai contoh, secara terang-terangan menyebut Pas sedia berunding dengan Umno walaupun Pas tidak menyebut bahawa Pas akan menyertai Umno/Bn. Inilah yang menjadi keraguan kepada rakyat yang selama ini menyokong perjuangan Pas dan PR. Mereka mungkin tidak secerdik pimpinan Pas untuk mentafsir apakah tujuan sebenar Pas, tetapi `pengalaman' telah banyak mengajar mereka untuk menjadi lebih cerdik sedikit. Saya tidak mahu mengungkit peristiwa yang menjadi kontroversi yang berlaku di Selangor sejurus PR berjaya menubuhkan kerajaan di Selangor selepas Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Pengalaman seperti ini amat menakutkan apatah lagi mereka yang terbabit masih berkuasa di dalam Pas. Bahkan, mereka ini lah yang lebih lantang menyokong Kerajaan Perpaduan ini meskipun Mursyidul Am Pas secara berterus terang menentang pendekatan tersebut.

Pada hemat saya, Pas tidak perlu melibatkan Umno untuk memperkasakan perjuangannya, tetapi Pas harus menarik seramai mana mungkin ahli-ahli Umno sahaja. untuk bersama Pas. Lupakan sahaja jasad parti Umno atau kulitnya itu, tetapi ambillah isinya iaitu ahli-ahli Umno yang bukan kesemuanya kaki rasuah. Jika ini dapat dilakukan oleh Pas, nescaya tiada keraguan atau syak wasangka dari rakan-rakan di dalam PR bahkan juga ahli-ahli Pas sendiri. Pas, PKR dan DAP mesti berlumba-lumba untuk `memancing' mendapatkan ahli-ahli Umno demi memperkuatkan PR, bukannya `terpancing' oleh Umno dan media-medianya. Jangan dikaitkan samasekali nama tubuh Umno atas apa jua alasan, tetapi kerja dakwah Pas hendaklah ditumpukan kepada ahli-ahli Umno sahaja. Inilah juga strategi yang dilakukan oleh DS Anwar untuk memperkuatkan PKR, dan tidak salah jika Pas menuruti strategi ini kerana ia terbukti berkesan. Strategi berpakat atas nama parti Umno tidak akan berjaya dan sejarah telah membuktikannya. Maka, benarlah apa yang dikatakan oleh Mursyidul Am Pas bahawa parti Umno tidak boleh diajak berpakat untuk kebaikan, tetapi ahli Umno tidak mustahil boleh dibimbing dan dibentuk. Sudah berapa ramai ahli-ahli Umno bahkan tokoh-tokoh mereka yang menyertai Pas hasil daripada strategi ini.

Paling penting perkuatkan dahulu PR yang terbukti telah banyak berjasa di antara satu sama lain. Kemudian usaha lebih giat perlu dilakukan untuk menarik ahli-ahli Umno bersama Pas. Percayalah, jika ini mampu dilaksanakan secara agresif oleh semua parti di dalam PR, maka di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti Umno sudah boleh kita `talkin'kan. Pimpinan Pas diharap akan dapat menyelesaikan isu Kerajaan Perpaduan ini dengan penerangan yang lebih tepat dan terperinci tanpa putar-belit yang menambahkan lagi keraguan rakyat. Barang harus diingat bahawa Pas kini telah mendapat sokongan rakyat Non Muslim melalui Kelab Penyokong Pas yang semakin berkembang sekarang. Jangan kerana silap percaturan dan strategi, Pas mendapat kerugian yang amat besar dan menjejaskan cita-cita Pas untuk menegakkan Islam di bumi tercinta ini.


wfauzdin

Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive