Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Jun 09, 2009

10 ditembak mati dalam masjid di Thai Selatan




Oleh D.ARUL RAJOO

BANGKOK: Sepuluh orang Islam yang sedang mengerjakan solat ditembak mati Isnin malam oleh lelaki bersenjata dalam satu serangan mengejutkan di sebuah masjid di wilayah Narathiwat di Thailand Selatan.

Jurucakap polis berkata kejadian itu berlaku sekitar 8.00 malam bila sekumpulan lelaki tiba-tiba melepaskan tembakan di Masjid Al Qulkon di Kampung Air Paya, di daerah ChoAirong.

Beliau berkata maklumat awal dari kawasan itu menunjukkan bahawa 10 orang termasuk imam masjid, terbunuh dan 12 yang lain cedera.

"Kami masih mengumpul lebih banyak maklumat mengenai kejadian itu. Pada mulanya dikatakan empat mati, kemudian lapan, dan kini 10. Semua mayat diletakkan dalam masjid," katanya.

Ahad lepas, dua orang terbunuh dan 19 cedera bila puak pemisah menyerang pengawal sukarela dan meletupkan sebutir bom kereta di daerah Jeringa, Narathiwat, empat hari selepas dua orang guru, seorang daripadanya mengandung lapan bulan, ditembak mati di Chanae.

Lebih 3,500 orang terkorban sejak Januari 2004 bila kumpulan pemisah melancarkan semula kempen bersenjata bagi mendapatkan kemerdekaan tiga wilayah majoriti Islam Yala, Narathiwat and Pattani.


MSTAR/BERNAMA


Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive