Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Jun 18, 2009

ZAMBRY MASIH TAK PUAS HATI PADA NIZAR



KAH KAH KAH...ZAMBRY MASIH TAK PUAS HATI PADA NIZAR YANG DIPILIH OLEH RAKYAT BUKIT GANTANG SEBAGAI AHLI PARLIMEN.RASANYA RAKYAT BUKIT GANTANG LEBIH BERSIMPATI DENGAN ZAMBRY YANG MASIH TAK PUASHATI TU.KEH KEH KEH SAPA LA YANG TERKEJUT DOK HUBUNGI ZAMBRY NAK TAU PERANGAI SEBENAR NIZAR.JANGAN DOK KLENTONG LA MANA ADA SAPA YANG NAK HUBUNGI MB MAHKAMAH SEMATA-MATA NAK TANYA PERANGAI ORANG...AGAK-AGAK LA WEI!!!!

Sikap keterlaluan Nizar wajar dinilai rakyat - Zambry

KAMPAR: Tindakan bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada majlis angkat sumpah sebagai anggota Parlimen di Dewan Rakyat, Isnin lepas wajar dinilai sendiri oleh rakyat Perak.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tindakan anggota Parlimen Bukit Gantang itu adalah satu persatu sahaja daripada tingkah laku sebenar yang ditunjukkan Mohammad Nizar terutama semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lepas.

"Banyak pihak menghubungi saya bertanya dan menyatakan rasa terkejut mereka dengan sikap dan kelakuan (Mohammad) Nizar pada majlis itu dan mahu mengetahui sikap sebenar (Mohammad) Nizar.

"Jawapan saya kepada mereka mudah...Perangai dia (Mohammad Nizar) di Dewan Rakyat itu hanya satu peratus saja, itu pun orang ramai sudah terkejut," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Pejabat Daerah Kampar, di sini hari ini.

Isnin lepas Mohammad Nizar diarah keluar daripada Dewan Rakyat oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana melanggar etika pakaian dengan memakai satu lilitan bertulis "Bubar DUN" pada songkoknya. Beliau juga melaungkan "Hidup Rakyat, Bubar DUN" (Perak) sebaik mengangkat sumpah.

Zambry berkata beliau bersimpati dengan pengundi di Bukit Gantang yang menyokong Mohammad Nizar pada pilihan raya kecil 7 April lepas kerana mereka sudah pasti meletakkan harapan agar wakil rakyat mereka melaksanakan tugas sebagai anggota Parlimen.

"Ini tidak, belum apa-apa lagi selepas menandatangani surat sebagai Ahli Parlimen terus buat perangai...jadi susahlah bagaimana dia nak laksanakan tugas dia sebagai Ahli Parlimen," katanya. BERNAMA


mstar

Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

description:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive