Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Ogos 18, 2009

Anak sembelih ibu kandung


SHAH ALAM – Seorang lelaki bertindak kejam menyembelih ibu kandungnya selepas kononnya menerima arahan melakukan perbuatan itu menerusi bisikan misteri sejak beberapa hari lalu.

Lelaki yang dipercayai kurang siuman itu mendakwa mendapat bisikan dari arwah bapanya mengarahkannya melakukan tindakan terkutuk itu dengan mengelar leher wanita malang itu di rumahnya di Taman Sahabat, Teluk Panglima Garang dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, suspek yang berusia 45 tahun menggunakan pisau pemotong sayur untuk menyembelih ibunya yang berusia 73 tahun dalam sebuah bilik di rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Mohammad Radzi Ishak berkata, kejadian berkenaan disedari abang suspek yang kebetulan ke rumah berkenaan untuk tujuan melawat ibunya yang terlantar sakit.

Menurutnya, suspek menghalang tindakan abangnya dan tidak membenarkan dia masuk ke dalam rumah sambil memegang pisau dan memberitahu dia telah membunuh ibunya.

“Khuatir dengan tindakan suspek yang berkelakuan pelik dengan kata-kata yang dianggap bukan mainan itu, abangnya segera membuat laporan polis di balai berdekatan.

“Sepasukan anggota polis bersama abangnya itu pergi semula ke rumah ibunya dan memujuk supaya suspek menyerah diri” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Mohammad Radzi berkata, pujukan tersebut berhasil sebelum polis berjaya memasuki rumah tersebut dan menahan suspek.

“Pemeriksaan terhadap sebuah bilik di rumah berkenaan mendapati mangsa ditemui terbaring dengan beberapa kesan kelar di leher,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudiannya ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita juga sedang menunggu laporan perubatan untuk mengetahui keadaan sebenar suspek,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk dibedah siasat.

Mohammad Radzi berkata, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh ubatan tertentu sewaktu kejadian.

sinarharian


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive