Ahad, Ogos 09, 2009
Petanda Pilihanraya Umum Bakal Menjelang
Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
9 Ogos 2009
Polemik ‘Pengkhianat Melayu’: Petanda Pilihanraya Umum Bakal Menjelang.
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius akan trend media-media arus perdana yang begitu serius memainkan isu ‘Pengkhianat Melayu’ mutakhir ini. Pandangan dan komentar pimpinan-pimpinan Umno khususnya disebar luas melalui media-media cetak dan elektronik yang jelas bertujuan untuk memberikan impak negatif ke atas imej Ketua Umum KEADILAN, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat secara umumnya.
Berdasarkan kepada analisis trend, AMK yakin dan percaya bahawa strategi ini bertujuan sebagai persediaan Pilihanraya Umum yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat. Dan ini juga sebagai persediaan awal bagi kempen Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir yang dijadualkan akan diumum oleh SPR esok, 10 Ogos 2009.
Polemik pengkhianat Melayu ini berterusan dimainkan dengan restu Perdana Menteri Najib yang jelas menggambarkan ketandusan idea kepimpinan beliau untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat secara gentleman dan terbuka. AMK percaya ini berlaku rentetan beberapa isu mutakhir yang gagal didepani dengan baik oleh kepimpinan Najib termasuklah pendedahan isu skandal penyelewengan PKFZ, isu kematian Teoh Beng Hock dalam siasatan SPRM dan ditambah dengan sambutan luar biasa ke atas Perhimpunan Aman GMI-MANSUH ISA yang diadakan pada 1 Ogos 2009 lepas di mana berjaya mengumpulkan seramai puluhan ribu rakyat.
Label pengkhianat berterusan dicop ke atas batang tubuh Datuk Seri Anwar bertujuan sebagai satu kaedah pembunuhan karakter ke atas imej Datuk Seri Anwar, sebagaimana yang dilakukan ke atas imej Tuan Guru Nik Abdul Aziz sempena Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai yang lepas. Tetapi kaedah serangan karakter yang begitu agresif ini pastinya memberikan modal politik yang positif kepada Pakatan Rakyat. Untuk rekod, serangan bertalu-talu terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dimainkan beberapa hari sebelum pilihanraya umum yang lalu di mana ternyata strategi UMNO/BN telah memberikan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat !
Bukanlah sukar untuk mengenal siapa pengkhianat Melayu.
- Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu?
- Siapakah yang melacur pendidikan negara dengan pelaksanaan PPSMI yang membunuh potensi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
- Siapakah yang menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta seperti didedahkan oleh hubaya tertentu?
- Siapakah yang menafikan hak masyarakat Melayu di negeri Kelantan dan Terengganu untuk memperolehi royalti petroleum sejak sekian lama?
- Siapakah yang memecat Almarhum Datuk Ishak Baharom yang menggazetkan fatwa pengharaman penyertaan orang Melayu di dalam Pertandingan Ratu Cantik Di Selangor satu ketika dahulu?
- Siapakah yang menyeleweng kuota masyarakat Melayu di dalam pengagihan kontrak-kontrak untuk kroni-kroni mereka semata?
- Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan Persempadanan Semula kawasan Pilihanraya yang mengecilkan undi Melayu untuk tujuan kepentingan politik mereka?
- Siapa pula yang satu ketika dahulu bermati-matian mahu menggugurkan nama Islam di dalam semua pertubuhan politik dan NGO satu ketika dahulu?
Soalan-soalan ini jika dijawab hanya akan disimpulkan dengan satu jawapan, iaitu Umno. AMK percaya apa yang berlaku kini bukanlah masyarakat Melayu yang berada di persimpangan, sebaliknya Umnolah yang berada di persimpangan: samada berubah ataupun rebah di tangan rakyat. Tidak timbul soal Melayu berpecah, sebaliknya yang berlaku ialah peralihan sokongan masyarakat Melayu daripada Umno kepada Pakatan Rakyat.
AMK menyarankan agar Umno bertaubat daripada memainkan sentimen perkauman yang dahsyat ini. Hakikat menunjukkan bahawa Rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu tidak mudah lupa dan tidak akan lupa dengan segala penyelewengan dan politik adu-domba tajaan Umno yang kini semakin nazak dan gusar untuk berhadapan dengan rakyat.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
Ogos
(396)
- Umno Bukan Pejuang Kemerdekaan Sebenarnya | pkfz
- Lim Cabar Koh Berdebat Dan Bukan Proksinya
- BN kalah dalam kalah di Permatang Pasir | pkfz
- Agenda politik tersirat di sebalik perarakan kepal...
- Lunas Mahu Radzhi Letak Jawatan | Nizar News
- TAZKIRAH RAMADHAN YB TAIB AZAMUDDIN
- Kalau UMNO, buat apa saja boleh?
- Persoalan kuil Seksyen 19 dan tindakan Pewaris | N...
- Ramadan, Merdeka Imbau Tugas Abdullah Di Baling
- ADUN Kota Seputeh serah kepada SPR
- Ahmad Said Nak Naik Ke Bulan | pkfz wohulu
- KOTA SEPUTEH MIMPI NGERI TERBARU UMNO BN
- SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA
- KEDAI MEE SEDAP PORT KAKI PONTENG POSA
- Perhimpunan Aman Tanpa Kepala Lembu | pkfz
- ADUN Pakatan Perak tetap hadir sidang DUN Rabu ini...
- Jadi gemuk kerana banyak hutang
- Kepala Lembu PAS? | pkfz
- Lelaki maut, isteri dan anak parah dirempuh treler
- Polis berkawal di Seksyen 23
- Debat, UMNO Negeri vs UMNO Cawangan? | Nizar news
- Kepala Lembu: Penerusan Agenda Utusan Malaysia | ...
- Kerajaan Selangor lahirkan rasa kecewa | Nizar News
- LAWAK AHAD : Debat Tambah Bini
- Harapan Rakyat Kepada Kerajaan Kedah
- Jemaah melimpah ke Stesen lrt Masjid jamek
- Pembantu ADUN nyaris dirogol
- Mufti perlu betulkan ajaran sesat di Shah Alam | pkfz
- Heret Kepala Lembu : Pakatan Rakyat Jumpa Polis
- Kepala Lembu Berdarah: Usaha Umno jatuhkan kerajaa...
- Mahasiswa desak Jamil Khir meletak jawatan | Nizar...
- Khalid: Umno dalangi demo heret kepala lembu | pkfz
- MCA Retak Menunggu Belah ?
- Bila pegawai SPRM perdagangkan laporan rasuah ...
- Pas tunggu kemenangan ke-8 | : pkfz
- LAWAK RINGAN-RINGAN UMNO
- ARAK DAN ARAK KEPALA LEMBU | pkfz
- BASUH JANGAN TAK BASUH | pkfz
- Rakyat makin jelak dengan dakyah,tipu helah Umno-B...
- PR belum terlintas pelawa Soi Lek | pkfz
- SPRM Paksa Saksi Beri Jawapan Dikehendaki - INKUES...
- Lintas Langsung Dari LUNAS | pkfz
- Temui ajal waktu berbuka
- Arak kepala lembu bantah pindah kuil
- Dilema Politik Dan Perut Rakyat | Nizar News
- SPRM: Pejabat Teoh Beng Hock Diserbu Tanpa Notis
- Kemenangan di Permatang Pasir petanda positif buat...
- Serangan terhadap PR tidak menjadi: Siew Fook | Ni...
- Amalan Pilihan Bulan Ramadhan
- Hari Bekerja Punca Undi PAS Merosot
- Isu minuman keras selesai: Dr Hasan
- KONVESYEN PIAGAM PAKATAN RAKYAT - ZAID
- Pecat Chua: Ong belum tentu tidur lena | pkfz
- KERAJAAN HILANG JUTAAN RINGGIT
- Tuduhan Muhyiddin mengarut! - Mustafa Ali | pkfz
- Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Ramadhan 1430...
- Pas Sudah Tunai Janji, Umno Bila Pula?
- KHAIRY KENCING ATAU DIKENCING? | Nizar News
- Jangan risau, kerajaan Kedah tak tumbang | pkfz
- Sidang Dun Perak: Bahas titah tuanku, gantung Zamb...
- 197 Orang Pelajar Sekolah Menengah Terengganu dita...
- Salleh Man ketuai majlis Islam P. Pinang | pkfz
- Hari bekerja punca majoriti berkurang | Nizar News
- DS ANWAR BERLEPAS KE JEDDAH
- Potong bekalan, pekerja TNB kena tetak
- Bola sepak Perak dibelenggu rasuah?
- Kes seks: MCA pecat Dr Chua
- Tiada ADUN Selangor lompat parti: Dr Hasan
- Sivakumar saman Setiausaha Kerajaan Negeri Perak |...
- PKFZ: Kemungkinan wujud konspirasi 5 pihak
- Sultan perkenan Radzhi gugur, Lim Soo Nee ganti
- Kartun Dalam Negeri (KDN)
- Yang Perlu Dipelajari Dari Permatang Pasir | Niza...
- Mahkamah putus Dr Hatta tidak bersalah, arah bayar...
- RAKYAT TAK NAK BN BUKAN TAK NAK PERUBAHAN | Nizar ...
- Perkembangan Inkues Teoh Beng Hock
- Keegoan BN tertimbus di Permatang Pasir - Mahfuz ...
- PERMATANG PASIR PILIH ANAK SALLEH (SOLEH) DARI ANA...
- BN kekal tewas di Semenanjung | Nizar News
- Mengapa Najib, Rosmah takut sangat dengan Zunar?
- DATUK SHAH RUKH TAK POSA PENUH RUPANYA
- Lebih Lima Ribu Rakyat Rai Kemenangan Salleh | Niz...
- Mayat lelaki bercoli dalam kolam
- Kalau Bagi 'Emas ' Pun Orang Tak Mau Nak Bagi Apa ...
- Pemuda Umno pertama langgar peraturan SPR
- KEPUTUSAN RASMI PRK PERMATANG PASIR - PAS MENANG
- UMNO BN DIJANGKA KALAH BESAQ | Nizar News
- KEPUTUSAN TERKINI PRK PERMATANG PASIR - 7.40 PTG
- KEPUTUSAN TERKINI PRK PERMATANG PASIR - 6.00 PTG
- FRU PUN TAKUT DENGAN H1N1 JUGAK EK? | Nizar News
- BN sangka Pakatan Rakyat jahat seperti mereka | Ni...
- LAPORAN TERKINI PRK PERMATANG PASIR
- Anwar Yakin Calon Pakatan Menang | Nizar News
- Sekat kuasa SPRM: Pekeliling kerajaan Selangor dic...
- P.PASIR: APA KATA CALON BN DAN PAS | Nizar News
- Seruan dan Rayuan pimpinan Pakatan Rakyat | Nizar ...
- 64 Peratus Setuju PAS Akan Menang | Nizar News
- Surat misteri: Inkues Teoh Beng Hock tegang Gobind...
- TAK JADI SEBAT DI BULAN PUASA
- Biar majoriti tak kurang 5 ribu | Nizar News
-
▼
Ogos
(396)
si syamsul tu mmg budak hingusan lagi.dia mmg tak tahu pasal sejarah negara.dia sudah di suap kenyang2 olih aljuburi utk memecahbelahkan melayu dan umno.dia sedang mendaftar ke neraka jahanam.yg lain tu elok lah berfikir 2x utk membaca lagu putarbelitnya itu.yg penting skrg adalah perang muslimin terhadap DAP laknatullah.tq
BalasPadamhttp://jueara74.blogspot.com/
BalasPadamUMNO racist Parti Kebangsaan haram jadah. Pi Jahannam la UMNO
BalasPadamKepada Rahman, Ahchong, Muniandy...
BalasPadamSekurang2nya, budak Syamsul tu anak muda yg bebas dr rasuah. Ketua pemuda UMNO tu yg jelas laamalkan politik wang, hang dok sokong buat apa?? Hang pun antara yg makan suap hasil haram tu kan.. kan.. kan. Tu yg gelap hati & otak tu... tak nampak kebenaran depan mata.
Memecahbelahkan Melayu & UMNO?? Pecahbelah UMNO memang benar sebenar benarnya. Pecahbelahkan Melayu salah yg teramat sgt. Dlm PR, 2 parti yg majoritinya Melayu bergabung iaitu PAS & PKR. Itu maknanya Melayu semakin bersatu. UMNO hanyalah UMNO, satu2nya parti Melayu dln BeeEnd. Apabila kapal dah nak karam, mulalah memainkan isu perpaduan Melayu... piirah mabuk.
Hang buat fitnah kononnya saudara Syamsul disuap tanpa bukti. Tunjukkan jika ada. Jgn main hentam je bila berhujah. Hang pun sama mcm DAP kalau mcm tu sebab fitnah memang dosa besar & dilaknat Allah. Fikir2kan lah. Bertaubat & kembali ke pangkal jalan.