Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Ogos 17, 2009

Teori Teoh Beng Hock ditakut-takutkan sehingga tergelincir



SHAH ALAM: Setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock berkemungkinan masih hidup selepas jatuh dari tingkat 14 bangunan Plaza Masalam sebelum ditemui mati di tingkat 5 pada 16 Julai lalu.

Pakar Perunding Kanan Perubatan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Dr. Khairul Azman Ibrahim berkata, beliau tidak menolak kemungkinan tersebut berdasarkan si mati ditemui dalam keadaan sedang menggenggam tangan.

"Ada kemungkinan si mati masih hidup selepas beliau jatuh kerana beliau menggenggam tangan sebagai tanda menahan kesakitan," katanya semasa memberi keterangan kali ketiga dalam prosiding inkues kematian Teoh di sini hari ini.

Malah Dr. Khairul juga menjelaskan si mati mungkin masih berada dalam keadaan sedar ketika beliau jatuh dari tingkat 14 yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menjawab soalan peguam yang dilantik kerajaan negeri Selangor, Malik Imtiaz Sarwar sama ada kecederaan yang terdapat pada tangan menunjukkan si mati cuba mencapai sesuatu sewaktu jatuh, Dr. Khairul tidak menolak kemungkinan tersebut.

"Kemungkinan itu memang ada, selalunya dalam keadaan itu orang akan mencapai sesuatu, bila beliau jatuh beliau cuba nak capai sesuatu," katanya.

Dalam keterangannya hari ini, Dr. Khairul tetap mempertahankan teori yang dinyatakan sebelum ini bahawa mendiang Teoh mungkin membunuh diri dengan terjun dari tingkap di tingkat 14 plaza berkenaan.

"Apabila beliau jatuh, beliau mendarat dengan kakinya dahulu, dia akan cuba pertahankan dengan mengeraskan kakidan cuba menahan dengan tangan.

"Kesan pada tangan kurang jelas kerana kelajuan tersebut telah berkurangan apabila ia sampai pada bahagian tangan," katanya.

Menerusi prosiding hari ini Dr. Khairul tidak menolak kemungkinan si mati telah ditakut-takutkan sehingga tergelincir dan kemudiannya terjatuh.

Beliau berkata demikian berdasarkan teori yang dikemukakan Malik bahawa kesan kecederaan pada pergelengan tangan kiri si mati yang terdapat seperti bekas cengkaman kuku.

"Teori kami ialah si mati bukan terjun dengan sengaja, tetapi apa yang berlaku ialah adanya cubaan untuk menakut-nakutkan si mati dan apabila tergelincir, ada seseorang telah manarik tangan mangsa.

"Kesan daripada tarikkan tersebut menyebabkan jam yang dipakainya terputus dan sehingga hari ini jam itu masih tidak dijumpai," kata Malik mengajukan teori tersebut.

Dr. Khairul kemudiannya berkata: "Jika itu teori anda saya katakan ya...ada kemungkinan."

Bagaimanapun Dr. Khairul menolak teori yang dikemukakan oleh peguam pemerhati keluarga Teoh, Gobind Singh Deo bahawa si mati telah dipegang oleh beberapa orang berdasarkan kesan luka pada bahagian perut mangsa.

"Jika ada orang pegang tali pinggang dari belakang, dengan tekanan yang kuat, sudah tentu tali pinggang itu akan terputus dan tidak berada pada badan si mati ketika dijumpai," katanya.

Dr. Khairul terus diasak dengan soalan kemungkinan Teoh dipegang pada bahagian seluarnya.

Jawab Dr. Khairul: "Saya tak rasa begitu kerana tidak ada menunjukkan tanda-tanda pergelutan yang kuat dan cara mangsa jatuh menunjukkan dia terlantun jauh sedikit (seolah-olah melompat) dan bukan jatuh terus ke bawah."

"Kalau beliau dipegang dan dilepaskan... ia tak mungkin kerana kedudukan mayat dijumpai jauh sedikit dari bangunan, kalau beliau dilepaskan pasti kedudukannya hampir dengan bangunan."

Pada prosiding di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas, Dr. Khairul juga menjelaskan bahawa kesan retak pada tengkorak si mati juga boleh disebabkan akibat dipukul dengan objek tumpul.

"Kesan retak pada tengkorang juga boleh disebabkan akibat dihentak dengan objek tumpul dan leper, tapi bagaimanapun saya percaya dalam kes ini keretakkan tersebut adalah berpunca daripada kesan akibat jatuh dari tempat tinggi," katanya.

Dr. Khairul juga menjelaskan kepada mahkamah bahawa hasil soal selidiknya beliau mendapati si mati tidak menghadapi masalah psikologi.

Maklumat tersebut diperolehinya semasa menjalankan temuramah ke atas ahli keluarga mangsa sebelum melakukan proses bedah siasat.

Jelasnya, temuramah berkenaan adalah penting untuk mengetahui sedikit latar belakang dan sejarah si mati.

"Saya bertanyakan kepada keluarga mangsa sama ada mangsa mempunyai masalah psikologi, masalah kesihatan dan masalah alkohol dan mereka menjawab tidak," katanya.

Gobind kemudiannya mendapatkan kepastian daripada Dr. Khairul sama ada beliau bersetuju bahawa si mati tidak mempunyai masalah gangguan mental sehingga mendorong untuk membunuh diri.

"Jadi berdasarkan fakta-fakta yang kamu perolehi, saya cadangkan bahawa Teoh bukanlah seorang yang cenderung untuk membunuh diri kalau dilihat kepada latar belakangnya," soal Gobind.

"Ya setuju... kalau melihat kepada latar belakangnya, Teoh adalah seorang yang tegas dan mungkin kalau buat silap dia akan malu.

"Pada pendapat saya tiada alasan untuk si mati membunuh diri," kata Dr. Khairul.

Bagaimanapun Dr. Khairul mengakui bahawa beliau hanya mendapatkan latar belakang si mati berdasarkan maklumat sebelah pihak iaitu keluarga si mati.

Beliau tidak menemuramah mana-mana pegawai SPRM untuk mendapatkan maklumat melainkan hanya bertanya kepada Pegawai Penyiasat Polis, ASP Ahmad Nazri Zainal.

Gobind bagaimanapun berkata sebagai seorang pakar patalogi forensik, Dr. Khairul sepatutnya mendapatkan maklumat lanjut dengan turut menyiasat pegawai SPRM.

"Saya katakan bahawa oleh sebab kamu tidak bertanyakan kepada pegawai SPRM, maka kamu tidak memperolehi fakta-fakta yang menyebabkan kamu menolak kemungkinan berlakunya homisid (pembunuhan).

"Kamu sepatutnya dapatkan maklumat ini dari pegawai SPRM, bukan hanya bertanya kepada polis," kata Gobind.

Kemudiannya Dr. Khairul berkata: "Bukan tugas saya, itu tugas polis untuk menyoal siasat."

Prosiding hari ini menjadi lebih tegang apabila Gobind berkali-kali menyalahkan Dr. Khairul bahawa beliau sebenarnya tidak mempunyai apa-apa halangan untuk menyoal siasat pegawai SPRM.

"Kamu sebenarnya tidak mempunyai apa-apa halangan daripada menghalang kamu untuk soal siasat mereka (pegawai SPRM)" kata Gobind dengan tegas.

Dr. Khairul menjawab: "Maafkan saya koroner...beliau bermain kata-kata."

Gobind terus dengan soalannya iaitu: "Kamu asyik dengan teori bahawa si mati bunuh diri tapi kamu tidak mempunyai bukti untuk menyokong (teori) berlakunya homisid kerana kamu tidak soal dan tidak buat siasatan terhadap pegawai SPRM?"

Dr. Khairul menjawab: "Tiada komen."

mstar


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive