Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Ogos 19, 2009

Umno sukar teruskan momentum Manek Urai di Permatang Pasir | Nizar PRK N11



Haris Zalkapli

BUKIT MERTAJAM, 18 Ogos: Dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai di Kelantan Julai lalu, PAS berdepan kejutan apabila menang dengan hanya 65 undi mengatasi Umno, parti yang semakin terjejas popularitinya sejak Pilihan Raya Umum ke-12 lebih setahun lalu.

Majoriti tipis itu dilihat sebagai signifikan kepada parti pemerintah kerana memberi gambaran momentum Pilihan Raya Umum ke-12 yang semakin lemah dan menunjukkan implikasi pergeseran dalaman PAS.

Kejutan itu menjadikan Umno bersemangat untuk meneruskan dan mendapatkan hasil daripada momentum Manek Urai itu, menggugat kawasan tunggal PAS di Pulau Pinang yang kini ditandingi Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man.

Tambahan pula, sentimen Melayu yang dimainkan dengan agresif melalui akhbar dikuasainya sejak sekurang-kurangnya kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dilihat mula menampakkan sedikit kesan.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menyatakan keyakinan untuk Umno menggugat kekuatan PAS di Permatang Pasir, sama seperti yang dilakukan di Manek Urai.

Dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak, undi Melayu untuk Umno meningkat walaupun jumlahnya tidak cukup untuk menambahkan dengan signifikan undi Umno disebabkan jumlah pengundi Cina yang besar dan memberi sokongan kepada PAS yang diwakili Mohammad Nizar Jamaluddin.

Terbaharu, pertikaian di Selangor menjadi tumpuan media pro-Umno. Pergeseran melibatkan PAS dan DAP diperlihatkan sebagai peminggiran kepentingan Melayu di negeri itu dan menjadi senjata penting Umno di negeri itu dalam usaha merampas kembali negeri pusat ekonomi negara itu.

Di Permatang Pasir, apa yang berlaku di Manek Urai itu masih diingati dan bakal mencorakkan kerja-kerja di kawasan pilihan raya ini.

Naib Presiden, Salahuddin Ayub mengakui PAS perlu mengambil pelajaran daripada Manek Urai.

"Kita mengambil pengajaran daripada pilihan raya kecil Manek Urai, dan ini akan mendorong petugas kita bekerja dengan lebih keras lagi,? katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas menghadiri penamaan calon di sini.

Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap pelbagai tawaran dan janji yang bakal dibuat oleh parti pemerintah, strategi yang menyumbang kepada peningkatan undi Umno di Manek Urai.

Tawaran membina jambatan di Manek Urai dinilai sebagai satu isu yang memberi kelebihan kepada Umno. Umno dijangka membawa lagi isu pembangunan dan isu Melayu untuk menarik pengundi Melayu di Permatang Pasir.

Pada masa sama, Umno turut meningkatkan serangan kepada Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendakwa beliau membela DAP yang menghina Islam.

Walau bagaimanapun, menurut Dr Zulkanain Abdul Rahman, anggota kumpulan penyelidik politik dan pilihan raya dari Universiti Malaya, kawasan pengundi bercampur di Permatang Pasir menyukarkan misi Umno mengulangi peningkatan undi besar di Manek Urai.

?Apa yang saya lihat, ada beberapa perbezaan ketara antara Permatang Pasir dengan Manek Urai. Pertama, tidak seperti peratus pengundi Melayu sebanyak 99 peratus di Manek Urai, Permatang Pasir ialah kawasan pengundi bercampur,? kata Zulkanain ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurut Zulkanain lagi, pilihan pengundi bukan Melayu sekitar 25 peratus di Permatang Pasir itu nanti akan mencerminkan penerimaan mereka terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak.

Pentadbiran Najib telah melaksanakan beberapa langkah yang dilihat bermatlamat memenangi hati pengundi bukan Melayu, seperti liberalisasi dalam sektor ekonomi dan pelancaran Amanah Saham Satu Malaysia.

Mengulas peluang Umno pula, Zulkanain berkata, sejak penamaan calon lagi, isyarat yang negatif terhadap Umno telah mula kelihatan.

"Pada masa penamaan calon, banyak bantahan dikemukakan terhadap calon Barisan Nasional, Rohaizat Othman. Ini satu pukulan kepada Umno.

"Saya melihat, apabila calon dengan latar belakang bermasalah diketengahkan, ia memberi gambaran seolah-olah Umno kekurangan calon," jelas Zulkanain.

Beliau menjangkakan Umno akan bersikap defensif dalam dua hingga tiga hari seterusnya dengan cuba menjelaskan kelebihan calon mereka.

"Ini telahpun kelihatan apabila pada sebelah petang hari pencalonan, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang dalam satu ucapannya membuat penjelasan tentang calon yang mereka letakkan,"ulasnya.

PAS umumnya kelihatan yakin dan kurang bimbang dengan kempen Umno menggunakan isu Melayu itu, disebabkan kedudukan kawasan ini sebagai kubu kuat PAS di Pulau Pinang, yang kawasan parlimennya dimenangi ketua pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman dan Anwar memenangi kawasan masing-masing di kubu Pakatan Rakyat itu dengan undi yang lebih besar, meningkat berbanding pilihan raya sebelumnya.

Permatang Pasir telah menjadi tumpuan PAS sejak lebih 10 tahun lalu, dengan jumlah pengundi yang besar dan wakil rakyat yang disenangi penduduk tempatan.

Mohamad Sabu, Timbalan Pesuruhjaya 2 Pulau Pinang menunjukkan keyakinan PAS akan mengekalkan kerusi Permatang Pasir.

"Saya yakin PAS akan menang. Ini kerana masyarakat di sini ialah masyarakat yang bermaklumat, yang mungkin disebabkan pilihan raya yang kerap diadakan di sini, dan imej kerajaan Pakatan Rakyat yang baik,? katanya kepada Harakahdaily.

"Pengundi-pengundi di sini tidak ada masalah untuk memberi sokongan kepada Pakatan. Orang Cina juga saya yakin akan memberi undi kepada PAS,? tambahnya lagi.

Semasa hari pencalonan semalam,calon Pakatan Rakyat dari PAS, Ustaz Mohd Salleh Man akan bertembung satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional dari Umno, Rohaizat Othman,

Nama kedua-dua mereka disahkan sebagai calon selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak 15 bantahan yang dibuat terhadap mereka.

Usaha seorang pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti untuk menjadi calon tidak kesampaian apabila beliau terlambat menghantar kertas pencalonan melebihi masa yang ditetapkan iaitu sebelum jam 10 pagi. - mks._

harakahdaily


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. angan2 kosong ke pakcik???
    BN akan teruskan serta kekalkan momentum di Manek Urai walaupun ini kubu terkuat pembangkang iaitu under permatang pauh!
    Kami doakan BN menang di PRKN11,..AMIN Ya ALLAH!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive