Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Jun 05, 2010

Anwar: Saya jadi sasaran Apco

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa yang beliau kini
menjadi sasaran serangan lobi antarabangsa yang diketuai oleh rejim Zionis yang berkaitan dengan firma komunikasi Apco Worldwide.

"Mereka berkata saya anti-Yahudi dengan memutarbelit kenyataan (yang
saya dibuat) di Parlimen," kata Anwar dalam satu forum di Kelab Sultan
Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.

NONE

Forum itu dianjurkan oleh Pakatan Rakyat untuk membincangkan serangan maut tentera Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang mengorbankan 10 aktivis.

Anwar mendakwa, Apco Worldwide kini sedang membalas dendam
terhadap pendedahannya di Parlimen - bahawa khidmat firma itu pernah
digunakan oleh kerajaan pimpinan Ehud Barak dan mengilhamkan inisiatif 'One Israel'.

Anwar menuduh firma komunikasi antarabangsa itu "mempengaruhi"
kumpulan pro-Israel tertua B'nai B'rith untuk "menyerang" beliau.

"Apco begitu berpengaruh, bahkan berjaya meyakinkan badan tertua Yahudi untuk menyerang saya secara peribadi dan menghukum saya. Organisasi ini bahkan melabel saya sebagai musuh mereka," katanya.

Saya cuba lindungi negara

Menurut satu laporan dalam surat tarikh 25 Mei kepada pengerusi jawatankuasa senat mengenai hubungan luar Amerika, John F Kerry, B'nai B'rith menyalahkan Anwar kerana menghasut kebencian terhadap Israel dan Zionis-Yahudi.

Kumpulan pro-Yahudi itu juga mendesak Amerika supaya memutuskan semua hubungan dengan Anwar ekoran kenyataannya yang mengaitkan inisiatif '1Malaysia' Perdana Menteri Najib Abdul Razak dengan 'One Israel'.

azlan

Mereka juga tersinggung dengan tuduhan Anwar bahawa ejen Israel telah menyusup ke dalam ibupejabat pasukan Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman.

Anwar mendedahkan hari ini bahawa Apco sudah melangkah setapak lagi dengan mengemukakan satu 'aduan rasmi' kepada International Crisis Group (ICG) - sebuah organisasi yang dianggota Anwar - menuduhnya "anti-Yahudi dan anti-Semitic".

"Saya sudah menjangka serangan (dari kumpulan Yahudi ini). Apco bahkan telah menghantar satu laporan rasmi ke ICG, mengatakan yang saya anti-Yahudi.

"(Namun) ICG juga telah membuat kenyataan yang kuat mengutuk serangan serangan tentera Israel terhadap flotilla," katanya.

"Saya mengkritik Apco kerana mereka berpengaruh, dan mereka telah
berjaya mempengaruhi sebuah organisasi untuk menyerang saya secara peribadi, dan melabel saya musuh Israel.

"Mereka (Apco) yang mengelirukan kenyataan saya mengenai Israel sebagai rasis... (bila) kita cuba untuk melindungi keselamatan dan maruah negara kita," katanya.

malaysiakini



Share

1 ulasan:

  1. PAScacamarba5/6/10 3:31 PG

    propaganda yahudi nak naikkan anwar stail ala-ala Kamal Attaturk,kalau berjaya memang berulang semula sejarah Kamal Attaturk.

    "ANWAR ATTATURK IN THE MAKING"

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive