Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Jun 03, 2010

Kabinet Senator - Petanda Umno-BN Bakal Hancur

Oleh Sidiqin Omar


SHAH ALAM 2 Jun - Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan rombakan kabinet yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan tindakan yang bertentangan dengan prinsip KPI (Petunjuk Prestasi Utama) yang beliau sendiri laungkan.
"Najib cenderung untuk memilih mereka yang dirasakan mudah bekerja untuk kepentingannya. Beliau mengenepikan pandangan akar umbi dengan melantik kroni menjadi menteri melalui jawatan senator.
"Secara rasionalnya, kredibiliti barisan kabinet itu terletak kepada kewibawaan Najib sebagai Perdana Menteri dan lantikan barisan kabinet baru ini sebenarnya akan memburukkan lagi imej negara," ujarnya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Menurut Abdullah Sani lagi, Najib masih lagi mahu melantik orang yang diragui prestasi dan rekodnya, malahan ada di antara mereka turut terpalit dengan beberapa skandal yang melibatkan dana awam dengan jumlah peruntukan yang besar.
Beliau turut mempersoalkan tindakan Najib yang tidak melantik ahli parlimen di kalangan Umno seperti Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad yang dilihat lebih baik dan meyakinkan.
"Individu seperti ini boleh memberikan harapan kepada rakyat untuk melaksanakan tugas dan amanah. Saya menganggap kestabilan politik dalam Umno-BN bagaikan 'telur di hujung tanduk'.
"Mereka ini tidak lagi relevan dan bakal hancur dan ini adalah ketentuan Ilahi," katanya lagi.
Tambah beliau, semua ini berpunca apabila kerajaan tidak memberikan keutamaan kepada orang yang berwibawa.
"Saya cadangkan Datuk Seri Najib Razak segera meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, kerana jawatan itu tidak sesuai untuk beliau," katanya dalam nada sinis.

SK


Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive