JOHANNESBURG 12/6/10: Argentina menewaskan Nigeria 1-0 dalam saingan Kumpulan B Piala Dunia 2010 di Stadium Ellis Park, sebentar tadi.Argentina memperolehi gol menerusi Gabriel Heinze pada minit ke-6 hasil tandukan kencang pemain itu yang mengegar gawang Nigeria.
Pasukan yang dilatih lagenda bolasepak Diego Maradona itu bagaimanapun kerap kali diancam Nigeria yang melakukan beberapa percubaan tetapi gagal menembusi gawang.
Malah, Argentina yang tampil dengan Pemain Terbaik Eropah, Lionel Messi gagal menambah jaringan meskipun melakukan beberapa percubaan bahaya.
Sebelum itu dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B,Korea Selatan muncul pasukan pertama mencatat kemenangan dan memperoleh tiga mata penuh pada kempen Piala Dunia Afrika Selatan yang masuk hari kedua, hari ini.
Korea Selatan Korea Selatan mengejutkan bekas juara Eropah, Greece 2-0 di Stadium Nelson Mandela Bay.Gol pendahuluan Korea Selatan diperoleh Lee Jong Soo pada minit ke-7 diikuti gol kedua oleh pemain Manchester United, Park Ji Sung pada minit ke-52.
Share