Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Jun 03, 2010

Lelaki terima panggilan maut

SIK - Seorang lelaki berusia 33 tahun mati dalam kereta, setelah ditembak beberapa das di kepala dan muka di Kampung Batu 8, di sini, kira-kira jam 8 malam semalam.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, ketika kejadian, mangsa, Kia Chian Joo bersama seorang lagi rakan berumur lingkungan 40-an dalam perjalanan balik dari Baling ke Alor Setar.

Menurutnya, pada masa itu, mangsa dikatakan menerima panggilan telefon seorang individu yang meminta mangsa menemuinya untuk urusan proses jual beli getah di kawasan itu.

“Mangsa bersama rakan kemudiannya bersetuju menemui individu terbabit dan mereka kemudiannya memandu kereta ke kawasan tempat kejadian sebelum membuat keputusan memberhentikan kereta di bahu jalan.

“Namun tidak lama selepas itu, muncul sebuah kereta berwarna hitam berhenti bersebelahan kereta yang mereka naiki sebelum melepaskan beberapa das tembakan di muka dan kepala mangsa. Dia mati di tempat kejadian,” katanya.

Zakaria berkata, rakan kepada mangsa sempat melarikan diri dari turut sama menjadi mangsa tembakan, walaupun suspek cuba berusaha mengejarnya, namun tidak berjaya dan dia terselamat.

“Mangsa bersama rakannya berasal dari Alor Setar, sehingga kini pihak polis masih mengesan motif sebenar kejadian tembakan itu dan kami percaya tindakan berkenaan dilakukan dengan niat membunuh.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.


Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive