Selasa, Julai 13, 2010
Alat CIA: Utusan biadap, Umno terdesak
Oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin
Tuduhan dangkal dan biadap ini datang selepas kenyataan tegas Datuk Seri Anwar yang menyelar tindakan Amerika dan regim zionis secara konsisten mutakhir ini. Malah, tambah menjengkelkan, kemunculan Datuk Seri Anwar di dalam temuramah CNN yang beroperasi di Amerika Syarikat juga dijadikan sebagai satu 'pembuktian longgar' Umno bahawa Anwar adalah alat CIA.
Serangan terbaru ini sekaligus menzahirkan Utusan telah menjadi akhbar nyamuk yang mengkhianati perjuangan tokoh-tokoh seperti Allahyarham Usman Awang, Keris Mas dan A.Samad Said. Utusan kini jelas bukan lagi satu institusi, tetapi media yang telah terlacur sepenuhnya.
Tuduhan alat CIA nyata berat dan biadap dalam keadaan segalanya bermula apabila beberapa isu yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Anwar secara umumnya dan Keadilan khususnya mendapat perhatian rakyat dan gagal dijawab secara berfakta oleh Umno-BN. Ini termasuklah isu APCO yang kini disambung kontrak, penglibatan Asiasoft di dalam maklumat perisikan negara, dan yang terkini ialah isu mengenai potensi Felda untuk bankrap berikutan penurunan prestasi kewangan yang membimbangkan.
Jawapan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussien bahawa tindakan akan diambil sekiranya ada bukti menunjukkan Umno begitu terdesak untuk membunuh karakter Anwar. Jawapan itu juga menunjukkan bahawa institusi polis sekaligus telah hilang kredibiliti apabila setelah 12 tahun isu alat CIA dimainkan, Datuk Seri Anwar masih gagal disabitkan dengan sebarang bukti konkrit dan sahih.
Strategi membunuh karakter Datuk Seri Anwar ini mudah dibaca: untuk mewujudkan persepsi negatif ke atas Datuk Seri Anwar di kalangan masyarakat Melayu. Melihat kepada potensi pilihan raya umum diadakan pada tahun ini, taktik busuk ini dicatur meskipun longgar. Kesinambungan pemberitaan negatif ke atas Datuk Seri Anwar ini jelas tidak berasaskan bukti-bukti yang kukuh. Apatah lagi, kes konspirasi liwat yang dicatur ke atas Datuk Seri Anwar juga semakin menemui jalan buntu.
AMK percaya bahawa semua ini dicatur berpaksikan kepada kegagalan Umno untuk meyakinkan rakyat dalam beberapa isu yang membangkitkan kemarahan rakyat mutakhir ini, termasuklah pembaharuan kontrak APCO di dalam urusan pengurusan komunikasi kerajaan Umno-BN.
Malah AMK tidak menolak bahawa inilah hasil yang membanggakan hasil konsultansi APCO kepada Umno. Imej Datuk Seri Anwar 'dibunuh' sehabisnya, pimpinan Pakatan dilaga-lagakan dengan isu-isu lapuk, akhbar-akhbar Pakatan seperti Suara Keadilan, Harakah dan Roket juga sedang berhadapan masalah pembaharuan permit.
AMK mendesak Utusan Malaysia menarik balik tuduhan biadap ke atas Datuk Seri Anwar tanpa sebarang kompromi, atau AMK akan bertindak untuk memimpin rakyat melakukan protes ke atas Utusan Malaysia.
Boikot Utusan Malaysia!
Shamsul Iskandar Mohd Akin,
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.
detikdaily
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
Julai
(292)
- Keputusan TM Liga Super 31/07/10
- 90% Rogol Babitkan Melayu.
- Tolonglah, Bengongnya Semakin Parah
- Sembang lucah di iPhone 4
- RM77 Juta Bayar Apco OK, RM15 Juta Untuk Sistem Pe...
- Mansuh saman ekor
- Rogol Anak Angkat
- BAIK LANTIK BUAH SUKUN JADI TIMBALAN MENTERI
- Guru berpolitik: Jangan untuk guru Umno sahaja
- MB Selangor: Pakatan tidak akan ikut BN panggil PRU
- LAWAK BERUKBAND
- Bangang melantun lantun
- Nafsu lelaki gila seks
- Remaja cabul sepupu 4 tahun
- BOSAN? LU ORANG CUBA MAIN NI
- Kerabat Diraja Kelantan rentung
- Liong Sik Kena Cekup, Najib Cabut Lari
- Khutbah Jumaat: Melayari Internet Dengan Pertimban...
- Guru siswazah sahaja boleh berpolitik ?
- Lima penuntut IPTA khalwat dihukum
- Pelajar rakam aksi lucah di surau
- Seks suka sama suka
- Hubungan Romantik, Siasatan Perlu Bagi Elak Perbic...
- Pasai pa hangpa tak nak dengaq kata Najib?
- Umpan gadis montok
- Dey macha!!!! Tolong jawab sat...
- 'Bini puaka': Jumlah botol petrol dijumpai diragui
- Keputusan TM Liga Super 28/07/10
- Tuala wanita dalam kemaluan
- Bersatu umat Melayu atas bahtera Islam
- Pemuda PAS: Benarkan semua staf kerajaan aktif ber...
- FAM alpa
- Kali pertama ke rumah urut, diserbu polis
- Guru Boleh Berpolitik: Edisi Pengembala Kambing
- Langkah benar guru siswazah aktif berpolitik agend...
- PAS minta Umno lupakan dialog, tetap tidak mahu layan
- RJ miliki video seks Ariel sejak 2007
- Hidung pengubat sakit kepala dan letih
- Obor dirampas, edaran akhbar PKR ditambah
- Selepas Felda Pakatan ‘terokai’ Felcra, anjur himp...
- Malaysiakini, Zunar saman KDN
- Tiada cara lain jimatkan perbelanjaan negara?
- Pelajar dipaksa beraksi lucah
- Komando maut payung terjun gagal terbuka
- Hubungan Sulit Saiful-Pendakwaraya Cabul Ketelusan...
- Bukan video porno Katrina
- SELANGOR - GENDANG DIPALU, AYUH PR SELANGOR !!
- Pengundi 'atas pagar' yang 'muda dan resah'
- Patut la HingaQ!!!
- Isu Pasir Selangor: Kain Siapa Yang Akan Terlondeh
- Bola Malaysia: Cadangan kepada FAM
- Rakyat muak dengar cerita politik lama Umno BN
- Kopitiam seluruh negara diragui
- Pasir: Khir Toyo jangan cakap besaq
- Bolasepak B23: Malaysia atasi Korea Selatan
- Isteri curang bijak simpan rahsia
- Guna seluar dalam sebagai topeng untuk rompak McD
- Lawak Ahad: Cawat Besi
- Dakwaan dibiayai Anwar: Peguam PI Bala minta bukti
- Aksi cium KD, Ariel setaraf
- Dr Hassan Ali Nafi Bertemu Mufti Perak Bincang Per...
- Eksekutif jualan gila seks diberkas
- Bongkar : Sekali mesyuarat Seri Temin sampai RM78,...
- 'Bapa setan' ada 4 isteri,rakam aksi merogol anak ...
- FAM jangan dilihat sebagai angkuh
- Polis pamer pelacur di tepi jalan
- Kerajaan Umno-BN Sentiasa Bercakap Benar Atau Palsu?
- Peterporn: Sandra Dewi pula dikatakan terbabit
- 'Kroni poket kosong, Umno S'gor tertekan'
- Keputusan TM Liga Perdana 23/07/10
- Waspada gadis tunjuk payudara dalam teksi
- Masih dara selepas kahwin
- Guru cabul murid Tahun Satu
- 'Mengapa k'jaan rahsia kos kontrak pertahanan?'
- Malaysia Larang Simbol "Setan Merah"
- Kematian itu pasti
- Najib, Razak Mungkin Dipanggil Perancis Beri Keter...
- PR Perak buat dulu sebelum BN buat
- Pelacur terkejut,diserbu dalam keadaan berbogel
- Pelajar rogol ibu saudara lembam
- PM tabur RM50k untuk dapat liputan akhbar Amerika
- Suhakam gesa kerajaan siasat Penan 'dirogol'
- Peguam Bala Serah Afidavit Petang Ini
- Pemandu rogol pelajar dalam bas sekolah
- Nasrudin ajak Umno sertai Pakatan Rakyat
- Aksi Cium Krisdayanti & Raul Dirakam
- Umno-BN Putar Belit Isu Pasir, Jahil Undang-undang
- "Bagaimana awak melakukan seks?"
- Polis batal lagi geledah ibu pejabat PKR
- Manifesto : Elakkanlah "gula-gula"!
- Kerajaan salah, rakyat dihukum
- Mengapa Dagangan Minyak Wajib Guna CIMB?
- Melayu paling ramai tengok porno
- PR Perak sedia peguam bela pesalah saman ekor
- Belasah samseng kutip 'tol'
- Selaras dalam kain
- 2 wanita didakwa lacur pelajar
- Jawapan ayam atau telur dahulu terjawab
- Cabai Terpedas Dikirim ke Terowongan Kiamat
- Naik Harga: Lawak la BN punya alasan
-
▼
Julai
(292)
Tuduhan dangkal dan biadap?? kau reti baca tak?? Kau faham tak? atau kau memang tak faham?? kau baca tak article Anwar Ibrahim Made His Own Bad Choices During DC Visit di blog http://emsnews.wordpress.com/2010/07/12/anwar-ibrahim-made-his-own-bad-choices-during-dc-visit/#more-7568?? atau kau tak reti baca??? Utusan menyampaikan apa yang terkandung dalam blog tew, bukan tuduhan.
BalasPadam