Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Julai 01, 2010

AMK Sarawak Desak SPRM Siasat Empayar Taib Mahmud



SHAH ALAM 30 Jun - Angkatan Muda KEADILAN Sarawak mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat 'empayar' perniagaan ketua menteri, Tan Sri Taib Mahmud dan keluarganya yang didakwa bernilai 'lebih RM3 bilion' berdasarkan apa yang dilaporkan di blog sarawakreport.org.
Ketua AMK Sarawak Ahmad Nazib Johari berkata AMK semalam telah membuat laporan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa terhadap Taib di Ibupejabat SPRM Bandar Kuching.
"AMK Sarawak membuat laporan berkenaan kekayaan daripada hasil mahsul daripada Sarawak yang disalurkan kepada saudaranya, Onn Mahmud dan anak-anaknya iaitu Abu Bekir, Jamilah dan Sulaiman.
"Kekayaan yang diperolehi mereka sehingga menyebabkan mampu membeli aset di luar negara," ujarnya.
Kata Ahmad Nazib lagi, gajinya sebagai Ketua Menteri hanya RM20 ribu tetapi mempunyai aset beratus juta sehingga kerajaan Kanada menyewa bangunannya di sana.
Beliau dalam pada itu berkata AMK merancang untuk membuat laporan yang sama di seluruh negara.
"Kita berharap SPRM akan menyiasat kes yang melibatkan individu 'high profile' tanpa rasa takut dan gentar.
"Apa yang kita kesalkan adalah SPRM berkata mereka akan menyiasat aduan tersebut tetapi terpulang kepada Peguam Negara sama ada memutuskan membuat pendakwaan atau tidak," ujar Ahmad Nazib ketika dihubungi Suara Keadilan hari ini.
Sementara itu di Putrajaya, tiga pengadu itu iaitu John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan Kung Chin Chin hari ini membuat aduan kedua berhubung perkara yang sama.
Menurut seorang daripada pengadu itu, Ting Chek Ming, proses membuat aduan berjalan lancar berbanding minggu lalu apabila beliau bersama Ahmad Nazib dan James Wong cuba mengemukakan aduan mereka.
"Kali ini, kami datang dengan salinan laporan yang ditaip dan pegawai SPRM menandatangani mengesahkan penerimaan aduan berkenaan di salinan kami bagi memastikan tiad ada perubahaan dibuat terhadap aduan itu,” katanya.
Minggu lalu, Ting, Wong dan Ahmad Nazib terpaksa menarik balik laporan mereka kerana mendakwa pihak SPRM di Shah Alam enggan memberikan salinan aduan yang ditulis dengan tangan.
Sarawakreport.org mendakwa Taib dan keluarganya mempunyai empayar perniagaan antarabangsa, termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan.
Blog, yang dikendalikan oleh “rakyat prihatin' itu juga mempersoalkan pembabitan keluarga Taib dalam konglomerate terbesar negeri itu - Cahaya Mata Sarawak.
Ia juga mendakwa 85 peratus saham CMS dimiliki oleh Taib dan keluarganya serta rakan-rakan karib mereka ketika syarikat berkaitan kerajaan itu diswastakan yang menimbulkan dakwaan salah guna kuasa.

SK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive