Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Julai 14, 2010

Gagal Jadi TKW, Sutiah Suka Berbogel


Gambar Hiasan
Lampung – Keinginannya untuk mendapatkan wang yang banyak dengan cara menjadi TKW (Tenaga Kerja Wanita) gagal. Keadaan ini mengakibatkan tekanan buat Sutiah (25 tahun), warga kampung Wirajaya, Kecamatan Tanjungraya, Kabupaten Mesuji.

Sejak kepulangannya dari Jakarta pada hari Isnin (12/7) yang lalu, Sutiah hanya mampu meratapi nasibnya dari dalam kamar yang selalu dikunci oleh keluarganya.Ini kerana Sutiah tidak mahu berpakaian.

Anak ketiga dari enam beradik pasangan Katirin (alm) dan Sumani (50 tahun) bercita-cita ingin memberikan wang yang banyak kepada ibunya dan membina rumah di kampung tetapi semuanya tinggal impian.

Sutiah yang sejak dipulangkan oleh syarikat pembekal tenaga kerja di Jakarta seringkali keluar rumah dalam keadaan bogel.

Bimbang terjadi sesuatu terhadap anak gadisnya, Sumani akhirnya memutuskan untuk mengurung anak gadisnya yang tidak mahu berpakaian itu.

Selain itu, Sutiah juga seringkali menjerit seperti histeria dan meracau dengan berbagai umpatan.

Sumani, ibu Sutiah menceritakan, pada tahun 2009 anaknya mendaftar menjadi calon TKW melalui agen sebuah perusahaan PJTKI. Setelah semua syarat dipenuhi, Sutiah pun dibawa ke Jakarta oleh agennya dan dijaga di pusat penjagaan milik PJTKI tersebut.

Setelah berbulan-bulan berada di pusat tersebut, Sutiah tidak juga dihantar ke Malaysia. Pihak PJTKI selalu berdalih dengan bermacam alasan, membuatkan Sutiah sakit zahir dan batin. Dia pun merasa hidup tertekan di pusat penjagaan tersebut.

Kemudiannya Pihak PJTKI menghubungi keluarganya agar mengambil anak mereka. Semasa diambil, pihak keluarga tidak mengetahui samada Sutiah sudah mengalami gangguan sakit jiwa.

“Kami baru tahu kalau anak saya mengalami gangguan kejiwaan saat habis mandi langsung berlari-lari tanpa pakai baju,” ujar Sumani. [poskota/bar]



KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive