Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Julai 12, 2010

Jom Tonton final World Cup bersama MP PAS



KUALA LUMPUR, 11 Julai: Kepada mereka yang masih mencari-cari tempat sesuai menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2010 antara Belanda dengan Sepanyol malam ini, anda dijemput menonton bersama ahli parlimen PAS di Kg. Baru.

Beberapa Ahli Parlimen PAS termasuk Dr. Lo'Lo' Ghazali (Titiwangsa), Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Salahudin Ayub (Kubang Kerian), Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang), Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Mat Husin (Pasir Putih) dan Nasir Zakaria (Padang Terap) akan meraikan sorakan gol di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa di Jalan Raja Muda Musa.

Anda boleh meluangkan masa dan "Sembang Santai" bersama pemimpin PAS yang hadir sambil menikmati durian yang disediakan.

Selain menanti kemeriahan perlawanan akhir bermula jam 2.30 pagi esok, Kartunis Zunar akan menghiburkan anda yang datang dengan lukisan-lukisan kartunnya yang menyentuh isu politik semasa tanah air.

Kepada yang berkelapangan, anda dijemput hadir memeriahkan lagi suasana sorakan perlawanan akhir piala dunia awal pagi nanti.


2 ulasan:

  1. wargghhhh... gua nak tengok worldcup dengan najib dan rosmah daaaa..... ha..ha..ha....

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama12/7/10 1:32 PG

    ko nak tggu dia peluk di akhir perlawanan ke? kahkahkah

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive