Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Julai 10, 2010

Kaum lain terima negara Islam acuan Pas


KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib me- nganggap hanya Pengerusi DAP, Karpal Singh sahaja tidak memahami konsep penubuhan negara Islam acuan Pas sehingga sanggup menimbulkan semula kontroversi dengan membantah perkara itu.

Menurutnya, Pas tidak perlu membuat penjelasan rasmi kepada beliau kerana pendirian tersebut sudah lama diperkatakan di mana golongan bukan Islam lain telah memahaminya.

Katanya, sudah banyak ceramah diadakan dan hanya Karpal sahaja yang tidak hadir mendengar penerangan mengenai perkara itu menyebabkan Karpal sehingga kini tidak faham.

“Kita sudah buat banyak ‘round’ dengan DAP melibatkan orang Cina dan India, mereka boleh terima, cuma Karpal sahaja yang tidak hadir majlis kita. Jadi, penjelasan secara rasmi tidak perlu,” katanya kepada :Sinar Harian: ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Karpal yang sebelum ini tetap dengan pendiriannya membantah penubuhan sebuah negara Islam acuan Pas.

Harun yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Pusat berkata, isu tersebut sudah lama dibangkitkan sejak 1980-an lagi.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan isu yang timbul sekarang sengaja dibangkitkan dengan tujuan memanaskan keadaan ketika berada di ambang prapilihan raya umum.

“Biasa kalau dekat dengan pilihan raya umum, media akan cuba mencetuskan kontroversi. Melihat perkembangan ini, kita rasa pilihan raya umum sudah dekat,” katanya.

Sehubungan itu, Harun percaya, isu berkenaan yang dilihat hangat dikaitkan dengan Pas tidak akan sesekali mengeruhkan hubungan kerjasama parti itu dengan DAP.

SH

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive