Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Julai 08, 2010

Majlis Fatwa kena isytihar jika benar Pas menyimpang daripada Islam

ALOR SETAR - Jika Pas parti ajaran sesat, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membuat perisytiharan mengenai perkara itu, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Bagaimanapun sehingga kini, katanya, tiada fatwa yang seperti itu sekali gus membuktikan tuduhan orang yang mengatakan parti itu sesat, yang sebenarnya sesat.

"Takkan kerana kita berjuang nak menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kerusi Parlimen, berebut dengan mereka, kita dianggap sesat," katanya.

Mahfuz berkata, jika fatwa parti sesat benar-benar dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, UMNO juga boleh dianggap sesat kerana kedua-duanya adalah parti politik yang sama-sama nak menang kerusi dalam pilihan raya.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang melabelkan Pas sebagai 'parti ajaran sesat' ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kulaijaya, minggu lalu.

Mahfuz berharap orang ramai dapat menilai sendiri kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin politik seperti Mohd Shafie.

“Sekiranya beliau mem- punyai hujah yang logik terhadap kenyataan yang dibuat, Pas sedia berdebat secara ilmiah agar kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada perdebatan itu.

“Akan tetapi, sekiranya kenyataan negatif itu dibuat hanya bersandarkan hujah Pas lebih pentingkan perjuangan merampas kerusi DUN dan Parlimen dari tangan BN, beliau tidak cukup bijak untuk jadi pemimpin,”katanya.


Sementara itu, Ahli Parlimen Baling yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kedah, Taib Azamuddin Md Taib berkata, kenyataan Mohd Shafie keterlaluan dan suatu penghinaan.

“Saya tidak kisah sekiranya kita bercanggah pandangan politik tetapi kenyataan itu melibatkan agama, tuduhan ajaran sesat adalah sangat berat dan berkaitan dengan akidah. Siapa dia mahu orang lain seperti itu, lainlah jika ada buat rujukan kepada Majlis Fatwa atau sebagainya,” katanya.

Taib berkata, tuduhan Mohd Shafie itu juga menunjukkan kecetekan ilmu politik beliau, yang hanya pandai membuat tuduhan liar.

“Jika Mohd Shafie ahli politik yang profesional, dia perlu tarik balik kenyataan itu yang telah menimbulkan kemarahan rakan politik lain. Tidak rugi pun jika beliau buat begitu kerana tindakannya itu tidak akan menjatuhkan imej beliau sebagai tokoh politik UMNO,” katanya.

Menurutnya, keadaan yang tegang ini boleh diredakan sekiranya Mohd Shafie berlembut hati dengan menarik balik kenyataan itu.

“Beliau berani cakap Pas sesat, Pas pun boleh cakap UMNO lebih sesat dan tidak berpegang kepada ajaran Islam. Malah UMNO mengamalkan politik perkauman, tidak perlu saya perjelas, rasanya bukti ada di depan mata,” katanya.

SH

1 ulasan:

  1. Sebagai seorang Islam dan juga yang dipanggil Ustaz, Taib Azamuddin Bin Taib sepatutnya boleh mengenal samada dirinya sudah jauh sesat ataupun masih dalam landasan Agama Islam yang suci.

    Jika selama ini beliau sanggup duduk dalam kerajaan dan makan duit hasil dari kerajaan walaupun tiada suatu kerja pun yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh cth : ketika Hj. Hadi mengkafirkan orang UMNO dimanakah beliau tidak pula mempersoalkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Hj. Hadi.

    Selama ini sudah bermacam tuduhan dan hinaan malah fitnah yang dibuat oleh PAS kepada UMNO semata-mata untuk berkuasa dan sanggup merosakkan perpaduan UMMAH di Malaysia ini, apa tindakan yang dilakukan oleh beliau untuk memperbetulkannya. Adakah beliau sanggup mengkafirkan orang yang sama-sama sujud kepada Allah yang satu dan sama-sama mengerjakan HAJI di tempat yang sama, dimasa yang sama beliau sanggup membatukan diri dan melakukan penyelewaengan agama demi untuk kuasa sehingga sanggup menolak dasar perjuangan PAS sendiri dan berkomplot dengan DAP yang mana suatu masa dahulu PAS mengeluarkan fatwa yang mengatakan berkerjasama dengan bukan islam adalah haram di sisi Islam. Jadi apa yang membuatkan beliau merasakan PARTI PAS masih berada dilandasan yang benar. Adakah itu tidak sesat?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive