Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Julai 09, 2010

Pemain piano cabul budak

2010/07/08

BANGKOK: Seorang pemain piano Russia yang juga pemenang anugerah Grammy ditahan kerana disyaki sebagai pedofilia di bandar tepi pantai Thailand di Pattaya.

Mikhail Vasilievich Pletnev, pengasas Orkestra Nasional Russia, dituduh mencabul seorang budak lelaki dan muncul dalam gambar mencurigakan dengan beberapa yang lain, kata Leftenan Kolonel polis, Omsin Sukkanka kelmarin.

Dia mungkin berdepan hukuman penjara 20 tahun dan denda sehingga 40,000 baht (RM3,959.26) jika sabit kesalahan.

Thailand sekian lama terkenal sebagai syurga untuk pelancong seks dan pedofilia kerana pelacuran meluas dan kurang penguatkuasaan undang-undang. Pihak berkuasa menyuarakan keinginan untuk mengenakan tindakan keras terhadap kesalahan seperti itu dan penahanan warga Russia berkenaan adalah satu daripada kes paling berpengaruh setakat ini.

Omsin berkata pemain piano itu ditahan petang Isnin lalu selepas maklumat daripada Traipob Boonmasong, seorang warga Thai yang didakwa kerana mencabul kanak-kanak atas dakwaan pembabitannya dalam rangkaian pelacuran kanak-kanak. Polis merampas gambar budak lelaki muda, sesetengahnya bersama warga asing.

Pletnev mengasaskan Orkestra Nasional Russia, orkestra bebas pertama negara itu, selepas berkawan rapat dengan Mikhail Gorbachev dalam satu persidangan di Washington DC pada 1988 dan menjadi pengetua konduktor pertama, menurut laman web orkestra itu. Ketika ini, dia adalah pengarah artistik orkestra terbabit.

Pletnev memenangi anugerah Grammy pada 2005 untuk susunan Prokofiev, Cinderellah, yang dirakam bersamanya dan Martha Argerich menggunakan piano. AP



KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive