Unit FLOM di bawah JPM tidak wujud, kata Nazri Aziz-Mkini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini menafikan kewujudan unit Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Justeru katanya, persoalan mengenai kewujudan pegawai-pegawai khas kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sewajarnya tidak timbul.
“Saya ingin menjelaskan soalan ini telah dijawab saya pada 25 Disember 2010
"Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau.”
Beliau mengulas soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP-Rasah) berhubung mengapa divisyen FLOM disenaraikan jika tiada divisyen seumpama itu ditubuhkan.
Loke ingin tahu fungsi unit FLOM, jumlah kakitangan dan peruntukan kos operasi unit itu bagi tahun 2011.
Menjawab soalan Loke yang ingin tahu bahawa sebelum ini tertera nama serta jawatan enam pegawai yang ditugaskan membantu Rosmah dalam laman web JPM, Nazri berkata pegawai itu merupakan kakitangan JPM yang ditugaskan membantu Rosmah dalam menjalankan tugas-tugas beliau selaku isteri Perdana Menteri.
Katanya, antara tugasan pegawai yang dipinjamkan itu termasuk menguruskan surat menyurat dan dan mengendalikan jemputan rasmi dari dalam dan luar negara.
Kos lawatan Rosmah lebih RM134,000
Tambahnya, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang telah diambil bertugas di pejabat perdana menteri.
"Tidak timbul elemen elemen kos tambahan kerana mereka yang ditugaskan itu adalah kakitangan pejabat PM,” katanya lagi.
Dalam jawapan bertulisnya, Nazri juga berkata kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai menteri wanita, isteri-isteri menteri-menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.
Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan jemaah menteri.
LSS: Betol Kerr?? ini sah gerenti Nazri dah kena tengking dek suami najib niee!!! konpom punyerr!! apasal tetiba je hilang begitu sahaja? apasal tukar perkataan pulak? dalam bahasa Melayu "Division" tu bermaksud Bahagian,apesal ditukar ke perkataan Unit.
cuba sesapa pergi "check" pejabat anak badak tu cuma hilang dalam alam maya sahaja tapimasih wujud di putrajaya,tak caya ini lah di katakan kuman kat libya nampak,anak badak kat putrajaya takkan buat tak tau??? kah..kah...kah...kah
Di Laporkan oleh LeeSlimShady
pejuangpro-demokrasi
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Walau pun kaki tangan itu dari Jabatan Perdana dan kononnya tidak melibatkan sebarang kos tambahan,pokoknya apa jadahnya perlu sampai 6 (enam)orang ditugaskan sekadar nak buka dan jawab surat-surat Big Mama.Ini pun sudah dikira penyalahgunaan kuasa.Jawapan Nazri sungguh tidak menyakinkan dan boleh dianggap menipu.Siapa nak periksa sama ada pejabat FLOM tu masih ada atau tidak?Nazri jangan main kong-kalikong kerana nak selamatkan diri.Rakyat sekarang sudah celek.Ahli-ahli UMNO kamu boleh tipu tapi rakyat biasa tetap akan memantau.
BalasPadam