SEGAMAT: Seorang ibu tunggal berusia 54 tahun mendakwa empat kali dirogol adik iparnya yang berumur 48 tahun sejak 2010 dan terbaru, berlaku di ruang tamu kediaman mangsa di Kampung Sungai Gatom, Labis di sini, pertengahan Mei lalu.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa yang mempunyai empat anak mendakwa dia baru pulang dari majlis perkahwinan di Pahang bersama adik lelaki dan perempuannya.
Menurut sumber polis, mangsa yang sudah 15 tahun hidup berseorangan mendakwa dia me-ngambil ubat darah tinggi se-belum tidur di ruang tamu.
"Mangsa memaklumkan dia tersedar daripada tidur apabila suspek berada di atas badannya dan mangsa yang terkejut, mendapati dia sudah dirogol.
"Mangsa turut mendakwa dia tidak sedar dengan kejadian dengan alasan mungkin akibat kesan ubat darah tinggi," katanya.
Sebelum itu, menurut sumber, mangsa turut mendakwa lelaki terbabit pernah beberapa kali datang ke rumah dan menunjukkan kemaluannya.
Sumber berkata, mangsa yang tidak puas hati dengan kejadian membuat laporan polis di Balai Polis Labis, Sabtu lalu.
"Mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk pemeriksaan perubatan manakala suspek yang bekerja sebagai pemandu lori dan tinggal di Bukit Pasir, Muar, ditahan sebelum direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, keesokan harinya," katanya,
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.
HM
SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?