Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Jun 24, 2011

Kos selenggara Scorpene RM417 juta, 8 kali ganda


KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan memohon peruntukan tambahan sebanyak RM417 juta untuk kos selenggara kapal selam Scorpene, meningkat lapan kali ganda dari kos asal iaitu RM50 juta setahun.
Manakala RM56 juta lagi diguna bagi bayaran pendahuluan untuk melaksanakan sewaan perkhidmatan sistem ‘Submarine Escape Rescue Intervention‘ bagi kapal selam milik Tentera laut Diraja Malaysia.
Sidang Parlimen dilanjutkan sehingga malam tadi untuk menyelesaikan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan peringkat jawatankuasa untuk kementerian pertahanan.
Rang Undang-undang itu memperuntukkan wang tambahan sebanyak RM13 bilion kepada beberapa kementerian dan jabatan bagi membiayai perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan.
Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, beliau mempersoalkan mengapa kerajaan memohon peruntukan sebegitu tinggi untuk kontrak selengara berkenaan, setelah kerajaan membelanjakan sebanyak Euro 1.2 bilion.
Ahli Parlimen Gombak itu juga mempertikai mengapa kementerian pertahanan tidak memasukkan elemen penting dalam kontrak perolehan seperti pemindahan teknologi, latihan dan senggaraan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah turut mempersoalkan perkara yang sama dan menuntut Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad memberi jawapan yang telus.
“Bahas kementerian pertahanan: Kenapa kos selenggara kapal selam Scorpene tiba-tiba bertambah 8 kali ganda? Mula RM50 juta setahun kata timbalan menteri sekarang bertambah belanja RM417.6 juta!,” ujarnya.
‘Kalau menteri tak beri maklumat terpeinci konon atas sebab keselamatan pertahanan negara, wajib wujud jawatankuasa pilihan untuk pembelian peralatan pertahanan,” ujarnya yang turut menyatakan kekesalan itu dalam laman twitter.
Mac lalu, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menyatakan kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak dianggar RM50 juta setahun.
Kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset itu dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd.
Abdul Latiff pada masa itu berkata, kontrak antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan itu meliputi perjanjian selama enam tahun.-KD

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. minta jasa baik tuan utk siasat dan dedahkan:

    harga tiket penerbangan utk pelajar2 tajaan kementerian pelajaran malaysia (KPM) yg telah tamat pengajian di UK berharga RM 15000. tiket utk kelas ekonomi.. padahal pelajar2 tajaan lain, tiketnya berharga dlm RM 3800 sahaja. siapalah yg dpt tender beli tiket tu agaknya...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive