Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Jun 13, 2011

Bersih: Sekali lagi nak cakap, bunuh kuasa Umno dulu, lain kira kemudian!


Dalam artikelnya, "The munafiq named Zul Noordin", Raja Petra Kamarudin mendakwa, Datuk Ambiga Sreevanasan "is opposed to election fraud. Zul, on the other hand, wants to uphold election fraud. In this sense Ambiga is more Islamic than Zul. Zul, according to Islamic teachings, is a hypocrite or munafiq".

Kalau diambil jalur pemikiran Raja Petra, ia dengan sendirinya bermakna mana-mana umat Islam yang menentang usaha untuk memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil di dalam negara ini adalah munafiq. Saya tidaklah nak masuk dalam perdebatan munafiq tak munafiq. Sejauh manakah kemunafikan mereka yang menentang usaha memperjuangkan pilihan yang bersih dan adil itu, biarlah Allah s.w.t. yang menentukan. Di Akhirat nanti, Allah akan tunjukkan siapa benar dan siapa salah.

Saya bukan nak bincang itu semua. Saya nak bincang tuduhan bahawa Ambiga anti-Islam. Dan, siapa yang pergi demo Bersih diperkuda puak anti-Islam.

Pertama sekali, Bersih hakikatnya ialah mengenai lawan Umno. Sebab, Umnolah yang dilihat menjadikan pilihan raya negara ini tak adil dan tak bersih.

Kedua, puak bangang kena tahu bahawa bukan puak anti-Islam sahaja yang mahu dan memerlukan pilihan raya yang adil dan bersih. Puak yang cintakan Islam juga mahu dan memerlukan pilihan raya yang adil dan bersih. Cinta Islam tak bermakna biarkan sahaja Umno mengotori pilihan raya dan menjadikan pilihan raya sebagai alat untuk parti itu melakukan lebih banyak kezaliman dan kejahatan.

Katakan benar Ambiga dan orang-orangnya anti-Islam. Awat, Umno tak anti-Islam ka? Tengok balik sejarah. Dah jenuh dah Umno menjadikan Islam (saya ulang, Islam itu sendiri dan bukan yang lain) sebagai momokan untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam. Ingat balik cercaan dan penghinaan terhadap hukum Islam yang dibuat oleh para pemimpin Umno termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Semuanya direkodkan dalam sejarah. Paling akhir, dalam pilihan raya kecil Tenang. Kelaku macam tu kalau bukan anti-Islam, nak sebut apa?

Sekali lagi, katakan benar Ambiga dan puaknya anti-Islam. Maknanya, dua-dua anti-Islam. Ambiga anti-Islam, Umno lebih lagilah!

Sekarang kita pakai neraca mudharat yang lebih ringan. Ambiga dan puaknya anti-Islam. Tapi mereka nak pilihan raya yang adil dan bersih. Umno juga kita nampak sangat anti-Islam. Malah lebih teruk sifat anti-Islam Umno berbanding Ambiga dan puaknya. Dah la anti-Islam, pilihan raya yang adil dan bersih pun tak nak. Nampak sangat Umno sentiasa membuktikan dirinya adalah mudharat yang terbesar di negara ini.

Ikut kaedah usul-fiqh, kita selesaikan dulu lawan Umno yang merupakan mudharat yang terbesar sampai ke akhirnya. Kalau benar Ambiga dan puaknya anti Islam, yang mana saya taklah berani nak menafikannya, itu kita kira kemudian. Lawan satu-satu. Bunuh kuasa Umno dulu. Puak Ambiga ka, apa benda ka, kita kira kemudian - bila kuasa Umno dah mampoih esok!

Akhirnya, saya harap perlantikan beberapa jawatan penting dalam PAS hari ini akan meredakan sikit histeria Umno dan lembu kerbaunya yang nampak menggelejat sakan selepas pemilihan pimpinan PAS baru-baru ini. Saya tak perlu hurai apa-apa, banyak orang faham.



penarikbeca



SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive