Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Jun 16, 2011

Bersih 2.0…Siapa yang takut: rakyat atau UMNO Be End?


Oleh: SERIKANDI MUJAHIDAH

Riuh rendah dalam akhbar suku sakat UMNO Be End, perhimpunan BERSIH cetus hura-hara, ancaman kepada perniaga, memalukan negara, menyekat pelabur asing, ancam keselamatan serta banyak lagi ancaman-ancaman. Mereka menyifatkan oleh sebab dosa ANWAR orang ramai diheret ke kancah kebinasaan.

Banyaklah temubual yang melibatkan perniaga, wakil-wakil NGO, orang-orang persendirian yang kononnya memberi komen bahawa himpunan BERSIH ini hanyalah mendatangkan kerugian kepada negara.

Kalau kita fikir cara budak-budak, apa pula yang merugikan negara, kalau dah ribuan yang menghadiri himpunan tersebut tentulah negara untung sebab semua yang pergi ke sana menaiki kereta, keretapi, bas atau lain-lain kenderaan yang sesuai. Tentulah keuntungan dari segi penggunaan petrol menjadi luarbiasa dan berganda-ganda. Siapa yang untung???

Peniaga makanan tentunya akan mendapat pasaran yang lebih dari hari-hari biasa. Perkhidmatan LRT, teksi, keretapi akan mendapat keuntungan berganda-ganda. Masih rugikah lagi?

Serikandi nak tergelak juga bila tengok temuramah di televisyen minta pandangan mengenai himpunan BERSIH ni…..nampak sangat sebiji sebiji baca skrip. Bila baca skrip tentu ada penulisnya. Siapa penulisnya..ha! tepuk dada tanya iman.

Berbalik yang Serikandi kata tadi, macam budak-budak, bila nak suruh buat sesuatu kerja mesti kena bagi upah. Sesuailah dengan tahap umur. Kalau budak kecil, gula-gula dah memadai, kalau yang besar sikit, 2-3 ringgit pun ok, kalau besar sikit, jamu mee goreng ais kacang pun tak apa dah. Kalau yang besar banyak, tua bangka…faham sendirilah.

Sebab itulah Serikandi tak merasa hairan dan bimbang dengan kenyataan mereka yang terbabit. Yang sebenarnya takut dan bimbang teramat sangat tak lain tak bukan UMNO/BN. Reputasi pemerintahan mereka yang penuh hemah dan berkebajikan itu akan tercalar dan DOWN di mata dunia. Dan yang paling mereka tidak sanggup tengok bila rakyat bangun membantah mereka secara terang-terangan.

Geli perut Serikandi bila Ahmad Maslan, ketua penerangan UMNO suruh penganjur BERSIH ni kumpulkan 10 orang untuk menyerahkan memorandum kepada yang Yang Di Pertuan Agong. “Awat! hang ingat nak serah memo nak bantah UMNO guna sekolah buat mesyuarat agong ka? Ini hal masa depan negara. Sampai bila nak biaq hampa dok tipu rakyat hidup-hidup, amal politik kotoq, daftar pengundi ikut suka hampa demi nak jaga perut-perut hampa!”.

Himpunan BERSIH tetap akan dilaksanakan. Kemaraan rakyat yang inginkan keadilan tidak akan dapat disekat, umpama menahan arus air yang deras, air tetap terus mengalir sebaliknya penahannya yang akan hanyut dibawa bersama. Itu sebenarnya yang menyebabkan UMNO Be End kecut perut tidur tak lena.

kedahla


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. kalo pemimpin rakyat,ko da xde beza ngan mubarak ngan ben ali.g mampos ko kt negara lain


    Ni best bro!!!
    Giler Aje!Burger Yang Diperbuat Daripada Najis
    Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama17/6/11 8:21 PG

    Andai kata tgah berhimpun..tiba2 keadaan jadi tegang? apabila time berhimpun tu jnis panas baran..adakah keadaan masih terkawal?

    sila2 akan terjadinya kematian dan kecederaan.

    Agak2 knapa pelabur2 luar negara tak ramai yg melabor di Indonesia? sebb indon selalu buat rusuhan dan perhimpunan haram.

    Akibatnya, ekonomi Indonesia jatuh. Fikir keburukannya juga. Satu lagi persoalan..kenpa tak berkumpul di Stadium jek?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive