Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Jun 22, 2011

Bukan takat nak bakar kereta,baling batu, siap nak bakar kedai!

Oleh Penarik Beca

Malaysian Insider semalam melaporkan berita bertajuk "Khairy: Ibrahim Ali tak wakili majoriti Melayu". Ketua Pemuda Umno itu boleh jadi betul bila dia kata gitu. Malah, ramai orang Mehttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/06/ibrahim-ali.jpglayu dan orang Kelantan yang merasa malu bila Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dikaitkan dengan bangsa mereka atau negeri mereka. Ramai orang Melayu yang malu nak mengaku satu bangsa dengan Ibrahim. Ramai orang Kelantan yang malu nak mengaku satu negeri dengan Ibrahim. Bagi mereka, alangkah baiknya kalau Ibrahim bukan orang Melayu dan bukan orang Kelantan.



Tetapi, Khairy Jamaluddin yang kelihatan semakin out of touch dengan Umno nyata tidak ada kemampuan untuk melihat hakikat sebenar. Dia langsung tak nampak hakikat bahawa Ibrahim sebenarnya mewakili majoriti Umno.

Nak tengok macam mana kelaku Umno, tengok Ibrahim. Nak tengok macam mana perangai Umno, tengok Ibrahim. Nak tengok betapa gedebenya Umno bila depa ramai-ramai atau terasa dah ramai dapat depa perbodohkan, tengok Ibrahim. Nak tengok kelaku Umno yang cari makan atau jadi penumpang business tauke Cina tetapi berlagak macam wira Melayu, tengok Ibrahim.

Saya nak tanya balik kawan dari Taman Melawati yang bercerita tentang sifat Ibrahim bila dia sorang-sorang atau tak ramai. Saya dengar sekali lalu sahaja masa bersembang di Restoran Thaqwa tadi. Kena tanya lagi. Tapi, lebih kurang dia cerita, Ibrahim, yang juga tinggal di Taman Melawati pernah kena jerkah, kena hamun di salah satu kawasan kedai di taman tersebut ketika dia masih lagi menjadi Timbalan Menteri. Bila dihamun dan dijerkah begitu, terus Ibrahim lari masuk ke dalam kereta. Saya harap cerita itu tak benar.

Kalau cerita itu benar, itu ketika dia sorang-sorang. Boleh jadi kalau hampa terserempak dengan Ibrahim sorang-sorang, dan hampa jerkah dan maki dia cukup-cukup macam nak debik dia, terkengkang-kengkang dia lari.

Tetapi ada jenis manusia bila depa mesyuarat sesama depa, bukan main lagi. Ada orang beritahu saya bahawa perbincangan dalam mesyuarat puak tertentu telah bocor. Katanya, bukan takat nak bakar kereta dan baling batu 9 Julai ni, tetapi siap nak bakar kedai!

Patutlah orang panggil Barisan Neraka!



DD


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive