Untuk melihat laman ini yang sedang digodam sila ke sini.
Penyelaras Suaram E Nalini berkata pencerobohan ini telah dikesan pada jam 6.45 ptg hari ini dan NGO masih cuba mendapatkan pakar-pakar teknologi maklumat untuk memulihkan laman web, yang telah sepenuhnya digantikan dengan satu halaman tunggal “Indonesiancoder Team”.
Logo senapang AK-47S berkembar kelihatan di bawah tulisan tajuk berapi manakala di bawahnya pula ialah mesej perkataan “Hacked by Dr. Cruzz”. Ikon laman web pula digantikan dengan wajah demon dan latar belakang berwarna kelabu dengan animasi salji.
Bacaan ayat al-Quran juga dimainkan menjadi latar belakang halaman ini.
Juga terdapat tulisan-tulisan pada laman web itu seperti “Marhaban Ya Ramadhan that will come soon” dan “Get the Codes and Feel the Soul”.
“Kami tidak tahu apa yang telah terjadi tetapi kami mengesyaki ia ada kaitan dengan 'tindakan keras' terhadap aktivis-aktivis kami yang dilihat menyokong Parti Sosialis Malaysia and Bersih,” Nalini memberitahu FMT.
Beliau berkata keadaan laman web begitu teruk digodam sehingga arkib maklumat tidak dapat diakses.
“Kami pernah digodam pada Oktober 2008 ketika waktu itu (penulis blog) Raja Petra (Kamarudin) telah ditahan,” Nalini berkata sambil menambah bahawa ia mengambil beberapa bulan sebelum laman web itu berjaya dikembalikan sepenuhnya.
UPDATE : Laman web Suaram.net ketika ini dipautkan kepada halaman facebook SUARAM sementara usaha memulihkan dilakukan.
pulakdah
SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?