Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendedahkan dakwaan taktik terbaru Umno memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan meminta RM48,000 daripada PKR jika mahu mendapatkan butiran penuh daftar pemilih. Menurutnya, tindakan SPR itu dilihat sengaja memburukkan proses Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang walaupun tarikhnya masih menjadi teka-teki.
“Amat mengejutkan apabila PKR diminta membayar RM48,000 untuk alamat daftar pemilih induk 2010 yang diwartakan 19 Mei lalu.
“Persoalannya, kenapa SPR menjalankan perniagaan bagi mendapatkan alamat daftar pemilih. Ia adalah tanggungjawab SPR membekalkan maklumat yang lengkap. Kita dapat hidu ini adalah usaha Umno untuk memasukkan pengundi-pengundi hantu dalam daftar pemilih yang tidak menetap dan tinggal di kawasan berkenaan,” kata Azmin pada sidang media di Ibu Pejabat PKR.
Katanya, perkara itu terbongkar apabila beliau sendiri bertemu Ketua Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria bagi mendapatkan penjelasan perkembangan terakhir pilihan raya akan datang.
“Lebih kurang tiga minggu lalu, saya bertemu dengan Ketua Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria untuk dapatkan penjelasan tentang perkembangan terakhir PRU tetapi menunjukkan SPR tidak lagi mampu menjalankan pilihan raya yang adil dan bersih.
“Saya dapat pengesahan daripada pihak SPR bahawa ada arahan baru berkenaan daftar pemilih yang dibekalkan kepada ahli-ahli politik dan saya percaya ahli politik Pakatan Rakyat (PR) tidak lagi diberikan alamat pemilih-pemilih berkenaan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Dalam pada itu, beliau mempersoalkan tindakan SPR yang sengaja tidak menyediakan alamat pemilih kepada ahli politik Pakatan sedangkan beliau mendapat maklumat perkara sebaliknya berlaku kepada Barisan Nasional (BN).
“Saya dapat maklumat ahli-ahli politik BN disediakan alamat penuh berkenaan pemilih di kawasan mereka yang disertakan nombor telefon. Mengapa boleh berlaku dwistandard terhadap PR? Ini tindakan tidak adil dan di mana sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini?
“Saya memberi contoh di sini daftar pemilih yang terkini yang diwartakan pada 19 Mei lalu sehingga suku tahun keempat 2010, di lokasi Rumah Pangsa AU3 (Blok 1-15) Dun Ulu Klang, Parlimen Gombak (P.098), dapat dilihat hampir kesemua nama-nama yang dibekalkan oleh SPR hampir semuanya hanya ada nombor rumah sahaja, tidak ada alamat yang penuh.
“Bagaimana mungkin kita dapat sahkan sama ada pemilih ini benar-benar pemilih yang duduk di kawasan berkenaan sekiranya alamat tidak diberikan. Ia ada beberapa nama pemilih yang ada alamat tetapi lebih 90 peratus pemilih tiada alamat di dalam daftar pemilih yang dibekalkan oleh SPR yang perlu diberikan kepada parti politik,” ujarnya sambil menunjukkan bukti senarai nama tanpa alamat kepada pemberita.-kltoday
SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
ape kejadah orang tengok pon bayar mahal.kuang hajo tol
BalasPadamNi best bro!!!
Cool Aje:Pejuang Libya Menggunakan Barang Buangan Untuk Mencipta Mesin Perang Seperti Machine Guns!!
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!