Selasa, April 07, 2009
Bukit Gantang: PR menang?
Berdasarkan mood pengundi yang disokong oleh rakyat Perak dari pelbagai kaum, Pakatan Rakyat boleh diisytihar menang!! Kenyataan ini boleh dikongsi bersama berasaskan senario yang wujud di Bukit Gantang.
Berdasarkan sambutan pada penamaan calon yang menyebelahi PR apabila perarakan itu disertai kira-kira 50 ribu rakyat yang datang menzahirkan sokongan tinggi terhadap YB Dato Seri Mohammad Nizar Jamaludddin (Ir. Mohd Nizar) selaku calon. Pada pusingan awal ini, majoriti mood rakyat yang disokong oleh senario hangat politik Perak sejak berlaku rampasan mandat rakyat pada 5-6 Februari lalu boleh diratingkan sebagai menang PR.
Kesannya rakyat telah bangkit (dalam perarakan calon PR) bagi menyatakan bangkangan terhadap tindakan anti sistem yang dimulakan oleh Dato' Seri Mohd Najib yang menggunakan taktik permainan kotor.
Apabila berlakunya pilihan raya kecil Bukit Gantang, maka ruang terbuka luas bagi rakyat membuktikan mandat rakyat pada pilihan raya umum 2008 adalah masih kekal. Justeru itu, pilihan raya kecil kali ini adalah peluang membuktikan bahawa rakyat tidak merestui kerjatangan Mohd Najib yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 Mac lalu.
Selanjutnya, bagi membuktikan bantahan rakyat Perak terhadap permainan kotor rampasan mandat rakyat itu, ia telah diterjemahkan melalui sambutan hangat kempen calon PR dan isu-isu yang disampaikan kepada setiap pengundi. Ia disusuli dengan sambutan luar biasa kehadiran kali pertama Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS ke Bukit Gantang, diikuti dengan Penasihat Umum KeADILan yang ceramahnya berdepan dengan halangan polis atas alasan akan membawa kesesakan teruk trafik.
Mood tersebut berkekalan sebaik sahaja Ir. Mohd Nizar diamanahkan sebagai calon yang berdepan dengan calon BN dan Bebas. Calon BN mahupun Bebas adalah memiliki populariti yang jauh tercorok berbanding Ir. Mohd Nizar. Setiap kali kempen peribadi anjuran calon PAS secara langsung mahupun tidak adalah mendapat publisiti percuma beberapa media perdana (kerana melaporkan isu-isu manipulatif seperti peristiwa tazkirah di Masjid Simpang). Begitu juga media berbahasa Mandarin turut melapor secara terperinci pergerakan kempen calon PR itu.
Kesemua senario itu, membawa kepada ramalan awal perjalanan kempen adalah berpihak kepada PR, maka PR layak menang.
Sehinggalah Timbalan Presiden UMNO, Muhyidin dan Dr. Zambry Menteri Besar 'rampasan mandat rakyat' begitu tertekan. Begitu pula, Naib Presiden UMNO Satu, Zahid terpaksa berkempen secara 'unIslamic' menggunakan hiburan 'panas' (disertai tarian gadis terdedah) untuk meraikan kumpulan pengundi muda Cina!! Gambar Malaysiaikini membuktikan. Walaupun itu adalah melanggari nilai-nilai masyarakat Melayu Bukit Gantang, ia terpaksa dilakukan demi meraih simpati pengundi Cina yang sedang menolak calon BN yang mirip wajah Dr. Zambry itu. Begitu pula di dalam usaha memenangi jiwa 'agama' pengundi Melayu, Muhyidin telah terpaksa menjadi imam solat di salah sebuah masjid diikuti dengan majlis sumbangan 'wang' untuk pengerusi-pengerusi masjid (bukan rasuah kerana ia dibuat atas nama agensi kerajaan, walaupun tujuannya untuk meraih undi). Sedangkan berapa lama dah UMNO memerintah Perak, dan berapa banyak pungutan zakat dibuat dan sudah jutaan ringgit projek pembangunan masjid diluluskan dalam bajet kerajaan... masjid yang ada terus diabai sehingga berlaku pilihan raya kecil barulah disalurkan sumbangan untuk pembangunan masjid! Pihak bukan BN mempersoalkan: Tindakkah itu satu cara memperalatkan masjid dan imam serta pengerusi masjid; menerima wang politik yang mirip kepada rasuah. Mungkin Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) boleh mentafsirkan itu sebagai rasuah dari pemimpin UMNO untuk kelompok pengundi!! Sekiranya pengundi Melayu Bukit Gantang dalam memahami tindakan sumbangan wang politik itu adalah amalan rasuah dan amalan rasuah pengundi adalah tradisi kempen pilihan raya BN, maka fahaman ini akan menyebabkan pengundi Melayu bakal melakukan react dengan mengundi calon PAS Ir. Mohd Nizar layak berada dipihak menang!!
Meskipun calon PAS menerima serangan peribadi yang teruk dalam dua isu utama: penderhaka dan boneka Cina. Kedua-dua isu ini dinilai oleh pemerhati bebas sebagai chewgum yang terlekat dalam ketiadaan air liur sahaja. Ini bermakna pengundi muda yang bermaklumat tidak mudah dipengaruhi. Kerana dua isu ini adalah 'klasik' dan bersifat order lama. Hal ini memungkin pengundi muda kekal bersama PR yang statusnya majoriti mengundi PR. Rating ini adalah melayakkan PR menang!!
Bagaimana pula pengundi wanita? Apakah dengan peralihan pimpinan wanita UMNO, kekalahan Rafidah Aziz yang sekian lama membawa imej wanita Perak dalam arus nasional masih membawa kelebihan kepada calon BN. Apa yang berlaku, segelintir pengundi wanita diberitahu 'calon kite' adalah peminat pusat hiburan di Danok. Lalu pemerhati luar yang mendapat respon, betapa Danok itu adalah lokasinya di Thailand adalah pusat hiburan yang berat kepada 'kemaksiatan'. Apakah wanita Bukit Gantang boleh menerima seorang 'calon kite' yang memiliki kegemaran demikian? Persoalan ini terjurus kepada kain pemidang yang tertulis huruf besar "DANOK" berwarna biru.
Ia boleh jadi satu isyarat daripada kumpulan wanita prihatin ditujukan kepada Ismail bukannya Kamarul bukan juga Ir. Mohd Nizar. Jika tafsiran ini tepat, sudah pasti pengundi wanita tidak akan berfikir banyak kali untuk tidak mengundi BN dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang!! Layaknya PR dapat memanangi hati wanita, kerana Ir. Mohd Nizar dilihat bebas dengan imej "DANOK".
Daripada analisis senario di atas, blog ini merumuskan: Dalam kempen yang normal, tanpa penglibatan ugutan pihak samseng terhadap pengundi Cina dan India, mahupun Melayu, maka PR menguasai kempen dan layaknya mencapai kemenangan. Namun Tuhan yang Esa adalah perancang mutlak, manusia sekadar merancang untuk mencapai segala tujuan. Tujuan itu tetap tercapai bila diizin-Nya.
greencresent-wanibrah.blogspot.com

0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
April
(285)
- PAS UMNO: Apa punya turrrr...
- PAS UMNO: Nik Aziz minta Nik Abduh padamkan kekeli...
- Kejatuhan Umno kerana sekat kebebasan akhbar
- NIZAR: PR TIDAK AMAL DISKRIMINASI
- AGENDA MEDIA SAMAKAN PAS DENGAN UMNO
- UMNO PAS: KELULUSAN KABEL ELEKTRIK DI DASAR LAUT
- UMNO BN AKAN DIUJI DI SELANGOR PULAK?
- lupakan umno sekejap: Asal Usul Kentut
- LAWAN UMNO BN - UNDILAH PR WALAUPUN BATANG PISANG
- umno pas: PENANTI,APA PROJEK GENG?
- BIAQPILA TERIMA ANUGERAH
- Fenomena Nizar
- CALON PENANTI: LINE CLEAR KATA AMK
- nizar vs zambry: 7 MEI BIKIN RIBUT
- UMNO LAGI: DEPA NAK PECAT SPEAKER PULAK
- HANIPA JAWAB KENYATAAN PEGUAM UMNO , DATO’HAFARIZAM
- UMNO KETANDUSAN KEPIMPINAN
- UMNO MAKIN PENING DI PENANTI
- UMNO BN HANYA DAPAT 1BATANG AI
- NIZAR ADA HARAPAN
- ANWAR UMUMKAN NAMA CALON PENANTI -umno pkr pas
- pas umno: Cubaan bina semula tugu pokok demokrasi ...
- Pulih populariti Umno: Parlimen mungkin dibubar awal
- Beza Muktamar PAS dengan Perhimpunan Umno
- YB BALING,JANGANG DOK BUWAT TAT THUU -pas umno
- PELUK TANDA HORMAT...LINGKUP....LINGKUP...
- umno pas: PERTANDINGAN CIPTA LAGU 1 BIHUN
- FOBIA PONDOK PANAS,APA BARANG... -umno pas
- Khalid Saman SPRM, Kerajaan Malaysia
- PENANTI: CALON PKR DIUMUM MALAM INI?
- Pakatan mahu pulau sidang DUN Perak 7 Mei
- SPRM jadi 'Kelab Penyokong Umno'?
- Nizar vs Zambry: Adakah permohonan untuk 9 panel h...
- Krisis Perak Misi Terancang Umno BN
- umno pas: Apabila pepsi cola dicabut tudung....
- DS ANWAR TENGOK BOLA
- Media Arus Perdana Umno (MERAPU)
- PARASIT DALAM PAS YANG MENGUNTUNGKAN UMNO
- umno pas: Zambry Cuba Tukar Speaker
- Ceramah Ir. Mohammad Nizar Di Chinese Assembly Hall
- SELSEMA BABI
- "Biar saya lawan PKR di Penanti kalau UMNO tak mau"
- umno pas: SPR Terkial-kial Untuk Menetapkan Tarikh
- Nizar vs Zambry: Adakah permohonan untuk 9 orang p...
- ORANG PAHANG PIMPIN UMNO SELANGOR
- One Umno:Pemimpin Rasuah Didahulukan, Tokoh Kalah ...
- Media Arus Perdana Umno Cuba Lagakan Anwar-Guan Eng
- KANAK-KANAK HILANG
- PENANTI: KES SENJATA umno MAKAN TUAN
- LAWAK AHAD: LUPAKAN UMNO SEKEJAP
- NIZAR BLOG: MAJLIS KESYUKURAN DAN BERTEMU PENGUNDI
- UMNO PAS: SPR DAH TAK DAK MOOD NAK PILIHANRAYA?
- SELANGOR JUARA PIALA FA
- UMNO TERPAKSA GUNA PENGERUSI IMPORT
- umno pas: TOYOTA CAMRY ATAU TOYOTA ZAMBRY?
- NIZAR TAK BELI CAMRY
- 3 Beradik Maut Terbakar - Tak Sampai Hajat Pakai B...
- umno pas: MOHON RESTU LELONG CAMRY
- NIZAR,ZAMBRY DAN JOM HEBOH
- FINAL 2 NEGERI PAKATAN RAKYAT
- UMNO PAS: JOMHEBOH DPPKL MOHON SEMBAH DERHAKA
- Najib lebarkan lubang kubur UMNO BN
- LAMAN WEB LUCAH BIAQPILAAA...-dari bilik media buk...
- UMNO KITAR SEMULA BERULANGKALI
- Mekanik didakwa lakukan seks ganas terhadap isteri
- 'Jom Heboh': Zambry ingkar arahan Mufti
- Kes Nizar vs Zambry : Selagi Tidak Ditetapkan MB Y...
- UMNO, jangan dirayu pada yang tak sudi…
- Sokong bubar DUN Perak, syarat bekerjasama dengan ...
- SPRM tidak cukup bukti dakwa Fairuz
- Perpaduan alaUmno sekadar retorik politik
- Lelong Camry kemudian beli Mercedes?
- Bukit Gantang Restu Rakyat
- GERAM SEBAB UMNO BN ASYIK KALAH
- UMNO BN FOBIA DENGAN GELOMBANG RAKYAT
- VIDEO LUCAH MAKAN DIRI
- KES NIZAR BELUM DIBICARA KERETA DAH NAK DILELONG
- BIBIK TERAJANG BUDAK
- GERAM SEBAB UMNO BN ASYIK KALAH PRK
- Ahmad Said lantik pemandu ambulan, guru jadi Penga...
- JOM HEBOH DI TLDM LUMUT -media bukit selambau
- UMNO BN UNDERDOG DI PENANTI
- TV UMNO
- UMNO VS PKR : PENALTI DI PENANTI
- BELUM TENTU MEMBAZIR BEB! -media bukit selambau
- UMNO ~ Taufan
- PENANTI : UMNO BN SEMAKIN PENING, NAK BERTANDING A...
- SAMBUTAN HANGAT CERAMAH ANWAR DI PAHANG
- UMNO: Amende lah lu orang ni..
- SELAIN UMNO,MIC PUN HILANG KEPERCAYAAN RAKYAT JUGA
- DS NIZAR LANCARKAN BUKU KRISIS POLITIK DI PERAK
- Rumah Dan Kenderaan Rosak Dalam Ribut Di Pasir Puteh
- Bukit Selambau 19 April 2009: PENGUMUMAN UNTUK BLO...
- Isteri 6 jam
- Bukit Gantang: Pokok Demokrasi Dicabul Lagi
- Gadis dirogol 15 mat rempit
- UMNO DAH TAKDAK MODAL
- Nizar mohon mengadap Tuanku Sultan sekali lagi
- LAWAK AHAD - lupakan cerita pasal umno sebentar
- Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Yang Dipertua Dewa...
-
▼
April
(285)