Isnin, April 13, 2009
Bukit Selambau: Anwar tak mahu layan dakwaan Kabinet bayangan mahu guling kerajaan
SUNGAI PETANI: Ketua umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak mahu melayan dakwaan Barisan Nasional (BN) bahawa Kabinet bayangan yang ingin dibentuk pihaknya merupakan satu rancangan untuk menggulingkan kerajaan.
"Biarkan mereka kata apa yang mereka hendak berkata. Lihat apa yang berlaku di Perak, mereka yang mengambil alih kerajaan," kata beliau pada sidang media selepas membuka pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau di Taman Ria Jaya di sini hari ini.
Anwar mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa rancangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk membentuk Kabinet bayangan menunjukkan beliau merancang untuk menggulingkan kerajaan.
Muhyiddin juga berkata, rancangan sedemikian merupakan usaha kali kedua oleh Anwar.
Anwar pernah menggerakkan usaha untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru menjelang 16 September lalu tetapi idea itu tidak menjadi kenyataan.
Pada Khamis lalu, Anwar mengumumkan bahawa komponen Pakatan Rakyat iaitu PKR, DAP dan PAS telah bersetuju untuk membentuk Kabinet bayangan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan Kabinet beliau Khamis lalu.
Kata Anwar, anggota Kabinet bayangan itu akan terdiri daripada wakil ketiga-tiga parti berkenaan.
Ketiga-tiga parti berkenaan telah bersetuju dan turut telah mengemukakan nama untuk mengisi panel berkenaan.
"Saya belum mengumumkan nama-nama itu lagi tetapi saya kemungkinan berbuat demikian selepas mesyuarat kami yang akan datang. Panel itu akan diketuai oleh ahli-ahli Parlimen," katanya.
Majlis itu turut dihadiri oleh bekas ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam; Pengerusi Perhubungan PKR Kedah, Ahmad Kassim dan ADUN yang baru dipilih, S. Manikumar.
Manikumar memenangi pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau Selasa lalu.
Selain di Taman Ria Jaya, Manikumar juga membuka pusat khidmatnya di pekan Bukit Selambau. - the star online
description: pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil,parlimen,dun,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru,altantuya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
April
(285)
- PAS UMNO: Apa punya turrrr...
- PAS UMNO: Nik Aziz minta Nik Abduh padamkan kekeli...
- Kejatuhan Umno kerana sekat kebebasan akhbar
- NIZAR: PR TIDAK AMAL DISKRIMINASI
- AGENDA MEDIA SAMAKAN PAS DENGAN UMNO
- UMNO PAS: KELULUSAN KABEL ELEKTRIK DI DASAR LAUT
- UMNO BN AKAN DIUJI DI SELANGOR PULAK?
- lupakan umno sekejap: Asal Usul Kentut
- LAWAN UMNO BN - UNDILAH PR WALAUPUN BATANG PISANG
- umno pas: PENANTI,APA PROJEK GENG?
- BIAQPILA TERIMA ANUGERAH
- Fenomena Nizar
- CALON PENANTI: LINE CLEAR KATA AMK
- nizar vs zambry: 7 MEI BIKIN RIBUT
- UMNO LAGI: DEPA NAK PECAT SPEAKER PULAK
- HANIPA JAWAB KENYATAAN PEGUAM UMNO , DATO’HAFARIZAM
- UMNO KETANDUSAN KEPIMPINAN
- UMNO MAKIN PENING DI PENANTI
- UMNO BN HANYA DAPAT 1BATANG AI
- NIZAR ADA HARAPAN
- ANWAR UMUMKAN NAMA CALON PENANTI -umno pkr pas
- pas umno: Cubaan bina semula tugu pokok demokrasi ...
- Pulih populariti Umno: Parlimen mungkin dibubar awal
- Beza Muktamar PAS dengan Perhimpunan Umno
- YB BALING,JANGANG DOK BUWAT TAT THUU -pas umno
- PELUK TANDA HORMAT...LINGKUP....LINGKUP...
- umno pas: PERTANDINGAN CIPTA LAGU 1 BIHUN
- FOBIA PONDOK PANAS,APA BARANG... -umno pas
- Khalid Saman SPRM, Kerajaan Malaysia
- PENANTI: CALON PKR DIUMUM MALAM INI?
- Pakatan mahu pulau sidang DUN Perak 7 Mei
- SPRM jadi 'Kelab Penyokong Umno'?
- Nizar vs Zambry: Adakah permohonan untuk 9 panel h...
- Krisis Perak Misi Terancang Umno BN
- umno pas: Apabila pepsi cola dicabut tudung....
- DS ANWAR TENGOK BOLA
- Media Arus Perdana Umno (MERAPU)
- PARASIT DALAM PAS YANG MENGUNTUNGKAN UMNO
- umno pas: Zambry Cuba Tukar Speaker
- Ceramah Ir. Mohammad Nizar Di Chinese Assembly Hall
- SELSEMA BABI
- "Biar saya lawan PKR di Penanti kalau UMNO tak mau"
- umno pas: SPR Terkial-kial Untuk Menetapkan Tarikh
- Nizar vs Zambry: Adakah permohonan untuk 9 orang p...
- ORANG PAHANG PIMPIN UMNO SELANGOR
- One Umno:Pemimpin Rasuah Didahulukan, Tokoh Kalah ...
- Media Arus Perdana Umno Cuba Lagakan Anwar-Guan Eng
- KANAK-KANAK HILANG
- PENANTI: KES SENJATA umno MAKAN TUAN
- LAWAK AHAD: LUPAKAN UMNO SEKEJAP
- NIZAR BLOG: MAJLIS KESYUKURAN DAN BERTEMU PENGUNDI
- UMNO PAS: SPR DAH TAK DAK MOOD NAK PILIHANRAYA?
- SELANGOR JUARA PIALA FA
- UMNO TERPAKSA GUNA PENGERUSI IMPORT
- umno pas: TOYOTA CAMRY ATAU TOYOTA ZAMBRY?
- NIZAR TAK BELI CAMRY
- 3 Beradik Maut Terbakar - Tak Sampai Hajat Pakai B...
- umno pas: MOHON RESTU LELONG CAMRY
- NIZAR,ZAMBRY DAN JOM HEBOH
- FINAL 2 NEGERI PAKATAN RAKYAT
- UMNO PAS: JOMHEBOH DPPKL MOHON SEMBAH DERHAKA
- Najib lebarkan lubang kubur UMNO BN
- LAMAN WEB LUCAH BIAQPILAAA...-dari bilik media buk...
- UMNO KITAR SEMULA BERULANGKALI
- Mekanik didakwa lakukan seks ganas terhadap isteri
- 'Jom Heboh': Zambry ingkar arahan Mufti
- Kes Nizar vs Zambry : Selagi Tidak Ditetapkan MB Y...
- UMNO, jangan dirayu pada yang tak sudi…
- Sokong bubar DUN Perak, syarat bekerjasama dengan ...
- SPRM tidak cukup bukti dakwa Fairuz
- Perpaduan alaUmno sekadar retorik politik
- Lelong Camry kemudian beli Mercedes?
- Bukit Gantang Restu Rakyat
- GERAM SEBAB UMNO BN ASYIK KALAH
- UMNO BN FOBIA DENGAN GELOMBANG RAKYAT
- VIDEO LUCAH MAKAN DIRI
- KES NIZAR BELUM DIBICARA KERETA DAH NAK DILELONG
- BIBIK TERAJANG BUDAK
- GERAM SEBAB UMNO BN ASYIK KALAH PRK
- Ahmad Said lantik pemandu ambulan, guru jadi Penga...
- JOM HEBOH DI TLDM LUMUT -media bukit selambau
- UMNO BN UNDERDOG DI PENANTI
- TV UMNO
- UMNO VS PKR : PENALTI DI PENANTI
- BELUM TENTU MEMBAZIR BEB! -media bukit selambau
- UMNO ~ Taufan
- PENANTI : UMNO BN SEMAKIN PENING, NAK BERTANDING A...
- SAMBUTAN HANGAT CERAMAH ANWAR DI PAHANG
- UMNO: Amende lah lu orang ni..
- SELAIN UMNO,MIC PUN HILANG KEPERCAYAAN RAKYAT JUGA
- DS NIZAR LANCARKAN BUKU KRISIS POLITIK DI PERAK
- Rumah Dan Kenderaan Rosak Dalam Ribut Di Pasir Puteh
- Bukit Selambau 19 April 2009: PENGUMUMAN UNTUK BLO...
- Isteri 6 jam
- Bukit Gantang: Pokok Demokrasi Dicabul Lagi
- Gadis dirogol 15 mat rempit
- UMNO DAH TAKDAK MODAL
- Nizar mohon mengadap Tuanku Sultan sekali lagi
- LAWAK AHAD - lupakan cerita pasal umno sebentar
- Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Yang Dipertua Dewa...
-
▼
April
(285)
Pasal apa depa nak sebok hal PR ni? Masa 6 bulan bukan lama, kalau sebok hal-hal rumahtangga orang lain, pakai tak wat kerja la. Tambah, hal rumahtangga kau orang pun lum selesai. Saya lum nampak pun ada mana-mana anggota kabinet baru ini dah stat kerja! Tu pasal saya lebih percaya perancangan PR.
BalasPadam