Ahad, April 12, 2009
MOHON RESTU GAGAL BUAT UMNO BN
Rakyat tidak restu kerajaan BN Perak, PM baru Najib
Adnan Ibrahim
Sat | Apr 11, 09 | 1:42:14 pm MYT
Slogan kempen Umno 'Mohon Restu Rakyat' boleh membawa tiga maksud iaitu pertama memohon restu rakyat selepas merampas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, kedua peralihan kuasa kepimpinan tertinggi Umno kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan ketiga teori Mahathir dengan Jerlunnya. Iklan
Umno percaya teori pertukaran kepimpinan boleh mengambalikan sokongan rakyat kepada Umno sebagaimana pernah berlaku dalam pilihan raya umum 2004, di mana Barisan Nasional (BN) memperolehi kemenangan besar sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih kuasa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada pilihan raya umum 2008, BN menerima kekalahan teruk sehingga gagal mendapat dua pertiga majoriti di Parlimen serta lima negeri dikuasai Pakatan Rakyat.
Mahathir mengambil kesempatan daripada kekalahan teruk itu dengan menyerang dan menyalahkan Abdullah. Desakan begitu kuat sehingga Abdullah terpaksa berundur dan memberi laluan kepada Timbalannya, Najib.
Mahathir percaya bahawa orang Umno lari mengundi Pakatan Rakyat kerana kelemahan Abdullah. Beliau juga percaya orang Umno masih menyokong beliau berdasarkan kemenangan anaknya, Mukhriz di Parlimen Jerlun di mana beliau turun membantu berkempen.
Daripada kepercayaan ini, Mahathir merasa amat yakin tentang dirinya sehingga sanggup turun berkempen bagi calon Umno pada 6 April lalu, di Jalan Simpang, Taiping. Dalam perhimpunan tersebut, beliau menyeru kepada ahli dan penyokong Umno yang telah meninggalkan parti agar kembali bersama parti itu.
Akhirnya teori beliau bersama Jerlun tidak mendapat restu rakyat. Mungkin pada masa ini Abdullah tersenyum puas kerana keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau menjawab tuduhan Mahathir dan penyokongnya selama ini tanpa perlu beliau bercakap banyak dengan Mahathir.
Kemenangan hatrick Pakatan Rakyat juga menjawab bahawa teori pertukaran pemimpin Umno daripada Abdullah kepada Najib bermakna berlakunya perubahan dan ia akan mengambalikan kepercayaan ahli serta penyokongnya kepada Umno juga tidak menjadi kenyataan kali ini.
Namun amat malang bagi Najib. Sebagaimana Mahathir teruja dengan ucapan Najib, katanya: "Satu ayat Najib semasa sampaikan ucapan penutupan Perhimpunan Agung Umno yang menarik perhatian saya ialah walaupun ada desakan supaya parti menguasai kerajaan tetapi Najib menambah bahawa selain parti, rakyat juga mesti bersama dengan kerajaan."
Sebaliknya perubahan yang cuba dibawa Najib gagal mendapat restu rakyat. Apakah Mahathir akan mendesak Najib berundur bagi memulihkan Umno? Mungkin sekali tidak kerana Perdana Menteri inilah yang disukai beliau untuk meneruskan agendanya.
Kalau Abdullah sempat mendapat gelaran 'Mr Clean' selepas pilihan raya 2004 iaitu mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Umno daripada keburukan yang ditinggalkan Mahathir. Abdullah berjaya merampas kembali Terengganu yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum 1999 semasa pemerintahan Mahathir, sebaliknya rekod Najib bermula dengan buruk dan jawapan yang diberi oleh rakyat: "Tiada restu bagimu Najib."
Tiada restu bagi Najib juga terpalit dengan tindakan beliau merampas kerajaan Pakatan Rakyat. Jawapan jelas daripada rakyat hasil daripada kempen Umno mohon restu rakyat sebaliknya rejim yang dikatakan haram di bawah Menteri Besarnya, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir diberi jawapan bahawa: "Tiada restu bagimu Zambry."
Kerajaan BN Perak dan Sultan patut menerima keputusan pilihan raya kecil ini kerana rakyat memberi isyarat jelas bahawa mereka mahukan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak supaya pemerintahan Perak ditentukan oleh rakyat.
Tomohan media cetak dan elektronik bahawa Mohamad Nizar Jamaluddin penderhaka sukar diterima rakyat kerana isu yang lebih besar di sebalik itu ialah keganasan BN merampas kerajaan Pakatan Rakyat yang telah ditentukan rakyat pada pilihan raya umum 2008. - mns_
harakahdaily
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
April
(285)
- PAS UMNO: Apa punya turrrr...
- PAS UMNO: Nik Aziz minta Nik Abduh padamkan kekeli...
- Kejatuhan Umno kerana sekat kebebasan akhbar
- NIZAR: PR TIDAK AMAL DISKRIMINASI
- AGENDA MEDIA SAMAKAN PAS DENGAN UMNO
- UMNO PAS: KELULUSAN KABEL ELEKTRIK DI DASAR LAUT
- UMNO BN AKAN DIUJI DI SELANGOR PULAK?
- lupakan umno sekejap: Asal Usul Kentut
- LAWAN UMNO BN - UNDILAH PR WALAUPUN BATANG PISANG
- umno pas: PENANTI,APA PROJEK GENG?
- BIAQPILA TERIMA ANUGERAH
- Fenomena Nizar
- CALON PENANTI: LINE CLEAR KATA AMK
- nizar vs zambry: 7 MEI BIKIN RIBUT
- UMNO LAGI: DEPA NAK PECAT SPEAKER PULAK
- HANIPA JAWAB KENYATAAN PEGUAM UMNO , DATO’HAFARIZAM
- UMNO KETANDUSAN KEPIMPINAN
- UMNO MAKIN PENING DI PENANTI
- UMNO BN HANYA DAPAT 1BATANG AI
- NIZAR ADA HARAPAN
- ANWAR UMUMKAN NAMA CALON PENANTI -umno pkr pas
- pas umno: Cubaan bina semula tugu pokok demokrasi ...
- Pulih populariti Umno: Parlimen mungkin dibubar awal
- Beza Muktamar PAS dengan Perhimpunan Umno
- YB BALING,JANGANG DOK BUWAT TAT THUU -pas umno
- PELUK TANDA HORMAT...LINGKUP....LINGKUP...
- umno pas: PERTANDINGAN CIPTA LAGU 1 BIHUN
- FOBIA PONDOK PANAS,APA BARANG... -umno pas
- Khalid Saman SPRM, Kerajaan Malaysia
- PENANTI: CALON PKR DIUMUM MALAM INI?
- Pakatan mahu pulau sidang DUN Perak 7 Mei
- SPRM jadi 'Kelab Penyokong Umno'?
- Nizar vs Zambry: Adakah permohonan untuk 9 panel h...
- Krisis Perak Misi Terancang Umno BN
- umno pas: Apabila pepsi cola dicabut tudung....
- DS ANWAR TENGOK BOLA
- Media Arus Perdana Umno (MERAPU)
- PARASIT DALAM PAS YANG MENGUNTUNGKAN UMNO
- umno pas: Zambry Cuba Tukar Speaker
- Ceramah Ir. Mohammad Nizar Di Chinese Assembly Hall
- SELSEMA BABI
- "Biar saya lawan PKR di Penanti kalau UMNO tak mau"
- umno pas: SPR Terkial-kial Untuk Menetapkan Tarikh
- Nizar vs Zambry: Adakah permohonan untuk 9 orang p...
- ORANG PAHANG PIMPIN UMNO SELANGOR
- One Umno:Pemimpin Rasuah Didahulukan, Tokoh Kalah ...
- Media Arus Perdana Umno Cuba Lagakan Anwar-Guan Eng
- KANAK-KANAK HILANG
- PENANTI: KES SENJATA umno MAKAN TUAN
- LAWAK AHAD: LUPAKAN UMNO SEKEJAP
- NIZAR BLOG: MAJLIS KESYUKURAN DAN BERTEMU PENGUNDI
- UMNO PAS: SPR DAH TAK DAK MOOD NAK PILIHANRAYA?
- SELANGOR JUARA PIALA FA
- UMNO TERPAKSA GUNA PENGERUSI IMPORT
- umno pas: TOYOTA CAMRY ATAU TOYOTA ZAMBRY?
- NIZAR TAK BELI CAMRY
- 3 Beradik Maut Terbakar - Tak Sampai Hajat Pakai B...
- umno pas: MOHON RESTU LELONG CAMRY
- NIZAR,ZAMBRY DAN JOM HEBOH
- FINAL 2 NEGERI PAKATAN RAKYAT
- UMNO PAS: JOMHEBOH DPPKL MOHON SEMBAH DERHAKA
- Najib lebarkan lubang kubur UMNO BN
- LAMAN WEB LUCAH BIAQPILAAA...-dari bilik media buk...
- UMNO KITAR SEMULA BERULANGKALI
- Mekanik didakwa lakukan seks ganas terhadap isteri
- 'Jom Heboh': Zambry ingkar arahan Mufti
- Kes Nizar vs Zambry : Selagi Tidak Ditetapkan MB Y...
- UMNO, jangan dirayu pada yang tak sudi…
- Sokong bubar DUN Perak, syarat bekerjasama dengan ...
- SPRM tidak cukup bukti dakwa Fairuz
- Perpaduan alaUmno sekadar retorik politik
- Lelong Camry kemudian beli Mercedes?
- Bukit Gantang Restu Rakyat
- GERAM SEBAB UMNO BN ASYIK KALAH
- UMNO BN FOBIA DENGAN GELOMBANG RAKYAT
- VIDEO LUCAH MAKAN DIRI
- KES NIZAR BELUM DIBICARA KERETA DAH NAK DILELONG
- BIBIK TERAJANG BUDAK
- GERAM SEBAB UMNO BN ASYIK KALAH PRK
- Ahmad Said lantik pemandu ambulan, guru jadi Penga...
- JOM HEBOH DI TLDM LUMUT -media bukit selambau
- UMNO BN UNDERDOG DI PENANTI
- TV UMNO
- UMNO VS PKR : PENALTI DI PENANTI
- BELUM TENTU MEMBAZIR BEB! -media bukit selambau
- UMNO ~ Taufan
- PENANTI : UMNO BN SEMAKIN PENING, NAK BERTANDING A...
- SAMBUTAN HANGAT CERAMAH ANWAR DI PAHANG
- UMNO: Amende lah lu orang ni..
- SELAIN UMNO,MIC PUN HILANG KEPERCAYAAN RAKYAT JUGA
- DS NIZAR LANCARKAN BUKU KRISIS POLITIK DI PERAK
- Rumah Dan Kenderaan Rosak Dalam Ribut Di Pasir Puteh
- Bukit Selambau 19 April 2009: PENGUMUMAN UNTUK BLO...
- Isteri 6 jam
- Bukit Gantang: Pokok Demokrasi Dicabul Lagi
- Gadis dirogol 15 mat rempit
- UMNO DAH TAKDAK MODAL
- Nizar mohon mengadap Tuanku Sultan sekali lagi
- LAWAK AHAD - lupakan cerita pasal umno sebentar
- Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Yang Dipertua Dewa...
-
▼
April
(285)
PM-Presiden Mongolia-Datuk seri Mohd Najib Razak...rakyat mongolia sahaj yang hendak kan dia.
BalasPadamRakyat tak kebulog kat Umno dah haih. Cuba nak heret sultan pulak untuk kepentingan temolok depa. Patut sultan sula aja puak puak ni. Menderhaka kerana menyalahgunakan nama sultan. Yang syoknya, sultan pun masuk Umno !!!. Tanya adik raja perlis. Umno lebih tinggi dari sistem beraja kita ka?
BalasPadam