Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Ogos 18, 2009

BANGLA CABUL GADIS 17 TAHUN

Warga Bangladesh ditahan cabul gadis 17 tahun



KUALA TERENGGANU – Seorang buruh warga Bangladesh yang dikatakan sudah lama memendam rasa terhadap anak gadis peniaga gerai makan di Kampung Chabang, Kerteh, Kemaman, melepaskan geram berahinya dengan bertindak mencabul remaja berkenaan, Sabtu lalu.

Suspek berusia 24 tahun yang bekerja di kawasan berdekatan melakukan perbuatan itu dengan mencium pipi mangsa beberapa kali dalam kejadian kira-kira jam 8 malam. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan K Manoharan (gambar) berkata, suspek turut bertindak lebih berani dengan meramas buah dada mangsa yang berusia 17 tahun itu selepas mendapati tiada orang lain di gerai berkenaan.

“Suspek sebelum itu datang minum di gerai tersebut dan meminta mangsa mengambil ais untuk diletakkan dalam minumannya. Ketika pengadu beredar mengambil ais, suspek tiba-tiba datang dan melakukan perbuatan tidak bermoral tanpa kerelaan mangsa.

“Bagaimanapun, adik mangsa yang kebetulan datang pada waktu kejadian, telah memarahi suspek menyebabkan dia terus melarikan diri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Manoharan berkata, gerai makanan tersebut dibina untuk memberi kemudahan kepada pekerja buruh di kawasan itu.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kerteh pada jam 12.55 tengah hari keesokannya dan tangkapan dibuat terhadap suspek kira-kira setengah jam selepas itu.

Beliau berkata, suspek kini ditahan direman tiga hari bermula kelmarin dan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

sinarharian


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

3 ulasan:

  1. Mangsa pakai baju dan seluaq ketat kot sampai nampak gunung-ganang.

    Janganlah pakai yang macam Nabi kata, pakai pakaian tapi macam bogel. Maksudnya pakai pakaian yang ketaq dan menampakkan body...

    BalasPadam
  2. AwangBelanga18/8/09 3:06 PTG

    reman 3 hari saja? aku kencing dalam botol pun kena reman 14 hari and NO JAMIN !!!

    BalasPadam
  3. Drug Dealer..Drug Possesser..Robbers..Bandits..
    All Sentences From Life Times To Death Penalty.
    What About Child Molester?Women Abusers?Rapist?
    All Doing 20 -25 With Minimum Of 10 Caine....~
    Is This Justice?Is This What The Way Of Islam?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive