
KUALA TERENGGANU - Hasrat janda beranak sembilan pergi menoreh getah di belakang rumahnya di Kampung Bukit Perpat, Ajil, Hulu Terengganu kelmarin terbantut apabila dia dicabul jirannya sendiri.
:Suspek berusia 61 tahun dikatakan ‘naik berahi’ apabila bertindak memeluk mangsa dari arah depan sebelum mencium leher, menyelak pakaian dan meraba seluruh badan wanita malang berkenaan sehingga tidak mampu meronta.
:Perbuatan jahat suspek akhirnya membawa padah apabila mangsa dengan berani menendang kemaluan warga emas itu sehingga dia terpaksa melepaskan pelukan sebelum mangsa melarikan diri.
:Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa, 51 tahun, ingin menoreh getah berhampiran rumahnya.
:“Sebelum itu mangsa pergi ke kedai untuk membeli kuih, sebaik berjalan di satu lorong getah, suspek datang secara tiba-tiba dan memeluk dari depan lalu mencium leher, menyelak baju dan meraba badan.
:“Mangsa cuba meronta untuk melepaskan diri sebelum bertindak menyepak kemaluan suspek lalu lari ke arah kedai berhampiran bagi menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.
:Tidak berpuas hati dengan sikap buruk suspek yang juga jirannya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Wakaf Tapai, Marang kira-kira jam 7.30 malam bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
:Beliau berkata, bertindak atas laporan berkenaan polis menahan warga emas terbabit ketika berada di rumahnya di Kampung Bukit Perpat kira-kira jam 9.45 malam.
:“Isteri suspek dilaporkan terlantar sakit di rumah dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.
sinarharian
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com