Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Ogos 08, 2009

Dua punca Teoh Beng Hock mati






Oleh NORHAYATI YAHAYA dan NORLIDA AKMAR IDROS

SHAH ALAM - Mahkamah Koroner yang mendengar inkues kematian Teoh Beng Hock pada hari ketiga semalam, diberitahu terdapat dua kemungkinan punca kematian mangsa iaitu sama ada kemalangan atau sebaliknya.

Ahli Kimia Dr. Seah Lay Hong saksi kesembilan yang ditanya peguam Gobind Singh Deo, mewakili keluarga mangsa berkata, perkara itu diberitahu oleh pegawai penyiasat Asisten Supritendan Ahmad Nazri Zainal kepadanya.

Sebelum itu, Lay Hong menegaskan, Ahmad Nazri tidak pernah menyatakan kepadanya bahawa kematian mangsa disebabkan bunuh.

Sesi petang prosiding di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas tegang apabila Gobind terus mengasak ahli kimia itu berhubung ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Pada awalnya, Gobind mempertikaikan Lay Hong tidak melakukan calitan pada semua bahagian di seluar panjang, kemeja-T, tali pinggang, seluar dalam dan kot milik mendiang kerana beranggapan ia amat penting bagi mendapatkan keputusan lebih baik.

Namun, Lay Hong menjelaskan bahawa tidak semua bahan bukti itu mempunyai kontak dan DNA juga tidak perlu diambil pada tempat yang ada kesan darah.

Lay Hong sesekali menempelak Gobind supaya memahami kerja seorang saintis dan memaklumkan beliau tahu apa yang perlu dibuat.

Bagaimanapun, Gobind kemudian mempersoalkan Lay Hong tidak meminta gambar mayat Beng Hock kononnya bagi memudahkan analisis.

Namun, Lay Hong menjawab, ia tidak perlu.

Terdahulu, Lay Hong dalam keterangan awalnya memberitahu mahkamah bahawa terdapat lebih dua DNA asing lelaki tidak dikenali ditemui pada tali pinggang mendiang.

Malah katanya, hasil ujian DNA di belakang kot berwarna hitam milik mendiang pula menunjukkan ia bercampur dengan DNA milik dua lelaki iaitu satu dikenal pasti milik Beng Hock manakala satu lagi tidak diketahui siapa pemilik DNA itu.

Namun, hasil ujian pada 157 sampel DNA yang diambil ia tidak sepadan dengan kedua-dua DNA asing yang ditemui itu.

"DNA yang diambil ialah 14 kakitangan Forensik Patologi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Kuala Lumpu, 49 anggota polis, 81 kakitangan SPRM, lapan pengawal keselamatan dan juruteknik Plaza Masalam, tiga saksi lain dan dua tukang cuci," katanya.

Selain dua bahan bukti itu, Lay Hong memberitahu mahkamah, beliau menerima 18 bahan bukti lain daripada Ahmad Nazri. Antaranya beberapa helai rambut, 11 cebisan kuku, pengetip kuku serta spesimen darah dan seluar panjang.

Seluar panjang itu mempunyai kesan koyak pada bahagian punggung dan lutut kiri selain salah satu daripada butang di pinggangnya hilang.

Inkues itu ditangguh ke hari ini dengan semua pihak dibawa melawat Plaza Masalam tempat mayat Beng Hock ditemui.

KOSMO


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive