Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Ogos 07, 2009

Demonstrasi: Kuasa Rakyat Yang Tidak Dinafikan



Siri demonstrasi yang berlaku di Malaysia sejak akhir-akhir ini merupakan satu perubahan dalam lanskap negara kita. Jika dahulu semasa era pra-kemerdekaan, pelbagai demonstrasi dijalankan untuk mendesak pihak penjajah membebaskan tanah air. Kini, peristiwa yang sama berulang namun dalam suasana yang cukup berbeza.

Demonstrasi sering berlaku dalam mendesak pihak-pihak tertentu melaksanakan tuntutan tertentu. Keadaan ini hanya terjadi apabila perbincangan secara aman tidak dapat menyelesaikan sesuatu isu.

Demonstrasi gergasi di Malaysia dalam arena moden ini bermula kembali dengan perhimpunan aman BERSIH pada 10 November 2007 yang menuntut pilihanraya bersih dan adil di Malaysia, diikuti dengan perhimpunan HINDRAF pada 25 November 2007, perhimpunan PROTES pada 26 Januari 2008, perhimpunan Mansuhkan PPSMI pada 23 Februari 2009 dan yang terbaru perhimpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009.

Impak demonstrasi ini nyata memberi kesan yang mendalam sama ada positif mahupun negatif. Perhimpunan aman ini sering dilabelkan sebagai haram malah dianggap sebagai perhimpunan ganas dek kerana provokasi yang berlaku.

Layanan yang diberikan nyata membuatkan para peserta bertindak balas dengan menentang anggota keselamatan. Ramai berpendapat perhimpunan rakyat ini tidak memberi sebarang kesan kepada negara.Adakah benar?

Keputusan pilihanraya umum 2008 menjadi bukti kejayaan perhimpunan anjuran HINDRAF apabila banyak kerusi India dimenangi oleh pihak pembangkang. Malah pihak pembangkang mampu menawa beberapa buah negeri untuk ditadbir secara lebih sistematik. Peluang yang diberikan oleh kaum India nyata digunakan sepenuhnya untuk membuktikan pembangkang turut mampu mentadbir negeri malah mungkin negara.

Kejayaan terbaru perhimpunan rakyat ialah pemansuhan PPSMI yang diumumkan baru-baru ini. Tidak sampai setahun, kejayaan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dilihat sebagai kejayaan terpantas dalam mendesak pihak terbabit membuat keputusan. Walaupun keputusan pemansuhan ini dilihat banyak membazirkan wang rakyat, namun desakan yang diberikan tidak boleh dipandang rendah.

Persoalan terbaru timbul, adakah ISA turut menerima nasib yang sama? Secara umum, desakan memansuhkan ISA adalah wajar disokong secara total kerana akta ini dilihat terlalu lapuk dan menzalimi pihak yang ditahan. Menahan orang tanpa bicara adalah satu pencabulan hak asasi manusia. Pemansuhan ISA dan digantikan dengan akta baru yang lebih praktikal adalah jalan terbaik untuk dilaksanakan.

Memang kerajaan wajib mencegah anasir jahat yang cuba menganggu gugat negara namun dalam masa yang sama, keadilan harus diberikan kepada semua baik mereka yang melakukan kesalahan atau sebaliknya.

Apakah ISA turut menerima nasib yang sama dengan PPSMI? Kita tunggu, lihat dan tafsir menggunakan minda kita.

diari-hamba


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive