Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Ogos 05, 2009

DNA Tan, Lee tidak sepadan kesan darah pada Teoh Beng Hock




Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Ujian DNA Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing tidak sepadan dengan kesan darah pada baju dan tali pinggang Teoh Beng Hock, kata peguam keluarga mendiang, Gobind Singh pagi tadi.

Kedua-dua mereka memberikan sampel DNA minggu lalu selepas inkues ditangguhkan.

Inkues disambung semula pagi tadi.


Sebahagian daripada keluarga dan saksi yang sedang menunggu untuk memasuki Mahkamah Majistret Shah Alam bagi inkues kes kematian Teoh Beng Hock - foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN

Inkues menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, ditangguhkan sehingga esok selepas mendengar keterangan enam orang saksi. Lima daripada enam saksi itu merupakan kakitangan kawalan keselamatan di Plaza Masalam, tempat Teoh ditemui mati bulan lalu. Prosiding bermula pukul 9 pagi tadi dan ditangguhkan 1.30 tengah hari tadi. Ia dijadual bersambung pagi esok.

BERIKUT adalah situasi yang berlaku ketika Inkues kematian Teoh Beng Hock yang berlangsung di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini:

12.25 tengah hari: Saksi kelima, Wan Rosli Wan Adam, 38, seorang pengawal keselamatan di Plaza Masalam memberi keterangan.

11.50 pagi: Peguam Karpal Singh masuk tiba di mahkamah.

11.35 pagi: Saksi keempat, Anggota Bilik Gerakan cawangan IPD Shah Alam, Koperal Abdul Karem Othman dipanggil.

11.15 pagi: Saksi ketiga Mohd Khairul Izwan M. Nasir, Penolong Kanan Pengawal Keselamatan mula beri keterangan.

11.10 pagi: Ujian DNA Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing tidak sepadan dengan kesan darah pada baju dan tali pinggang Teoh Beng Hock, kata peguam keluarga mendiang, Gobind Singh

11.00 pagi: Prosiding disambung semula.

10.30 pagi: Mahkamah berhenti rehat.

9.40 pagi: Saksi kedua, Mohd Ridzuan Samsuri, juruteknik Plaza Masalam dipanggil.

Beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa koridor tingkat 5 Plaza Masalam, tempat mayat Teoh ditemui hanya boleh diakses oleh pengawal keselamatan dan pegawai penyelenggaran bangunan sahaja. Orang awam tidak boleh mengaksesnya.

Bahagian berkenaan hanya boleh dimasuki melalui dua laluan. Laluan pertama ialah melalui sebuah tingkap pejabat. Manakala laluan kedua ialah melalui dua pintu jeriji besi yang berkunci yang hanya boleh dibuka oleh pengawal keselamatan dan pihak penyelenggara.

"Koridor tingkat 5 hanya boleh pergi melalui pejabat orang, itupun dengan kebenaran itupun kena melalui tingkap. Cara kedua ialah melalui pintu jeriji perlu lapor kepada pengawal," katanya.

9.22 pagi: Saksi pertama beri keterangan, Siti Zabedah Yahya, 41 tahun - pengawal keselamatan.

Saksi pertama memberitahu mahkamah bahawa pada pukul 1.10 tengah hari ketika dia sedang berehat di bilik stor di tingkat 19, Plaza Masalam, ketika hendak menutup tingkap dia ternampak satu lembaga manusia terbaring di koridor tingkat 5.

"Selepas 20 minit berehat saya hendak tutup tingkap saya jenguk ke bawah. Saya nampak lembaga manusia terbaring di koridor tingkat 5.

"Saya tidak puas hati, saya nak pastikan sama ada ia (lembaga manusia terbaring) tertidur atau pengsan, saya ambil satu skru meja dan lempar ke bawah," katanya.

"Lepas tak bergerak, saya rehat sekejap, lepas lima minit saya panggil kawan saya. Kawan saya pun nampak apa yang saya nampak.

"Kemudian, saya hubungi En Ridzuan untuk beritahu, selepas saya hubungi dia saya tidak buat apa-apa lagi," katanya.

9.10 pagi: Prosiding inkues bermula.

9 pagi: Hari ini 49 pas media disediakan berbanding minggu lepas hanya 30.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di perkarangan mahkamah.

8.40 pagi: Peguam Gobind Singh dan Sankara Nair yang mewaikili keluarga Teoh tiba.

8 pagi: Pas liputan untuk media mula diedarkan.


mstar


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive